Monday, October 20, 2014

Dialah sahabat. Dialah kekasih. Dialah suami.

bismillah.

***

30 Disember 2013, Kuala Lumpur International Airport.

mulanya sebuah pertemuan.
hanya perkenalan sebagai guru yang berkhidmat di Sarawak.
 

***
"ohhh... kami ni sedara rupanyaa.."


28 Mac 2014, Baling, Kedah

mengikat tali pertunangan.
betul! "kalau kita nak, kita buat dengan cara yang betul"

***

30 Mei 2014, Baling, Kedah

rahmah dan sakinah.

ikatan diperkuatkan dengan pernikahan.

***

2 Jun dan 4 Jun 2014.

resepsi kedua belah pihak.

***
perkenalan kami tak mengambil masa yang lama. genap 5 bulan. 30 Disember 2013-30 Mei 2014.
 kalau dah jodoh, keluarga pun mempermudahkan dan segalanya menjadi mudah dan semakin mudah..

Alhamdulillah....

 ya Allah, kukuhkan cinta antara kami hari demi hati, kuatkanlah hati kami menempuh kehidupan ini... kurniakanlah kami rezeki yang berkat... dan lindungilah keluarga kami..
serta kekalkanlah ikatan ini hingga kami melangkah bersama dalam syurgaMu.. amin...


 dia sahabat, kekasih dan suami. terima kasih Mohd Khairil Azri bin Subhi. atas segalanya.

Thursday, June 13, 2013

menjadi guru...

bismillah...

menjadi seorang guru. memang seronok.
dengan mereka (murid-murid),
ia akan membuatkan kita tersenyum dengan kerenah mereka.
ia akan membuatkan kita tertawa.
ia akan membuatkan kita hilang segala bebanan.
dan kadang-kadang ia akan membuatkan kita marah.
tapi tak apa. kita bukan marah benci.
cuma, kerana kita kurang sabar.

sekarang, dengan kondisi ini. dalam kekalutan kehidupan dan jiwa.

mendidik boleh menghilangkan segala bebanan.

senyum selalu :)

Friday, March 22, 2013

Kehidupan Bekerja

bismillah..
wahai masa. terima kasih kerana pantas berlalu. dan menjadikan tahun ini adalah 1 tahun 3 bulan berkhidmat di bumi kenyalang. Alhamdulillah!

wahai Tuhan. ampuni daku, keluargaku dan sahabat-sahabatku.

kehidupan bekerja. salah tajuk sebenarnya. tajuk Kuching lagi sesuai kot!

alang-alang sebut bumi kenyalang.
ini gambar 5 hari di Kuching. chinesw new year bah!
:)

fantashiru fil ardh.
-berjalan dan bermusafirlah. melihat kebesaran Tuhan yang..diciptakan untuk mereka yang berfikir.. lalalaala (lagi mirwana-hikmah kembara)

Allah.. aku, naik bot. ok, nampak cekal kan?  gulp.
antara bertiga (aku, ainul dan kak gee) rasanya, aku paling teruk lah. gayat. sebab bot tu lalu di sungai 3 jam. di laut 2 jam. masa di laut tuuu... subhanallah! bergoyang sana sini. hingga. paksa diri tidur. sebelum memuntahkan apa yang ada dalam badan.. -_-

ok. stop cerita. tengok sahaja gambar di bawah.. hehe.. *malas la tu kan?*

 
dari sisi bot.

 sarawak tanah airku... eh?

di persisiran sungai rajang

 gong xi fa chai!
 Tasik BIRU *tulisan sengaja dibesarkan)
 Pantai Pandan
sila fokus pada pelangi di belakang.
 seriyesli. cari cinta di Kuching.tapi tak jumpa. haha. tp jumpa ini. jadilah kan?

Kuching~

 MasyaAllah. Gunung Santubong. it is!
 Pantai Puteri. rasanya. di area Santubong.
 depan waterfront.
 pantai puteri di Santubong lagi...


eh,
assalamualaikum!

Friday, February 15, 2013

mari update blog

assalamualaikum!

hehe.......

Wednesday, September 19, 2012

selama 2 weeks tanpa rehat, berserta tidur, makan, dan beberapa kerja-kerja lain..

akhirnya, migrain datang semula.
masa belajar hilang, tak pernah nak rasa sakit kepala...

bila start kerja.. :(

adakah aku yang salah?
salah menguruskan masa?
atau sebenarnya kerja tu adalah saaaaaaaangat banyak?

i do spent, lot of time.......much n much. menghadap laptop dan buat kerja. plus fb, blog, bla..bla..

ya Allah..bila semua ini terasa beban. aku mula tertanya2..aku kerja untuk apa?
sedangkan kalau kerana Allah..pasti segalanya mudah...

sungguh. mahukan kerehatan. dan syurga itu tempat rehat abadi..
andaikata, mahukannya. harus mati..
tapi aku tahu, aku dan syurga..jaraknya masih beribu batu!

:(

sekarang? di PPD, menunggu pegawai ppd..hehe.. lupa bawa buku. jadi online lah sekejap..
hehe...

senyum!

Monday, September 10, 2012

seorang sahabat cakap..
walau dia kenal siapa aku. tapi Allah lagi kenal aku.
dia pesan. supaya aku.. bersabar atas ketidaksenangan yang Dia berikan pada masa sekarang kerana.. nanti bila tiba di hujung ujian, aku akan bersyukur untuk terpilih dalam ketidaksenangan ini..
JUST LEAVE IT TO HIM

oh Allah. aku milikMu.
kuatkan aku.
kuatkan jiwaku..

oh Allah.kirimkan secebis kekuatan dari kekuatanMu..untuk aku hadapi segalanya....

tiba-tiba aku teringat firman Allah..

["Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar]

[(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".]
AlBaqarah : 155-156


   

Sunday, July 8, 2012

lama rasanya tak buka folder 'Riwayat Teragung'
terasa sesuatu...bila mendengar lagu tentang asiah, siti khadijah, aisyah :(
abu bakr, hanzalah.. oh Allah...

Allahu Allah.
jujurnya, di Sarawak.
aku rasa sangat jauh...jauh dan jauh..
sukar membina diri. barangkali expectation yang tinggi.
membuatkan diri ini..hilang..

oh syahida,mana jiwamu?
bagaimana hubunganmu dengan Allah..

oh Allah.
adakalanya, dengan kesibukan 'dunia' ini..
aku ingin berehat...berehat di syurga sana..
namun aku tahu, syurga masih jauh..

T_T

oh Allah, keep my heart..please...

oh Allah..


On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector Help us against those who stand against faith." [al-baqarah : 286]