Monday, March 30, 2009

Jalan-Jalan Cinta-Nya


Allahurabbi…
sewaktu Qiam, diberitahu adanya satu daurah tauhid seharian, katanya penceramah daurah ni hebat, best.. tapi hati berat, berfikir lebih sepuluh kali, nak pergi ke tidak.. soalan tugasan belambak dipaparkan di board bilik sebagai ‘reminder' agar tugasan disiapkan dengan sempurna.. tapi, rugi kalau tak pergi, bila pergi bermakna seharian meninggalkan tugasan..aii..macam mana ni..? Allahumma Inni Astakhiruka Bi’ilmika.. Allahummansurni Ya Allah..

Hati bermonolog, janji Allah dalam kalam-Nya yang ku faham mafhumnya, “kalau aku tolong agama Allah, Allah akan tolong aku” membuatkan diri lekas bangun, hati tetap pendirian... jawapannya tetap wajib pergi! Jahil dengan surah dan ayat apa membuatkan diri ini bertanya seorang sahabat, katanya Surah Muhammad ayat 7…



“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Paksa diri itu perlu bila hadir rasa malas.. bermalas-malasan dengan ‘makanan rohani’ itu penyakit..penawarnya rajin.. kalau tak mampu untuk rajin, paksa diri! Itu sebaiknya.

Melangkah ke dewan seminar itu, bekalan dibawa bersama buku teks Pendidikan Islam tahun 4 untuk ‘mencuri’ masa sekiranya ada waktu terluang agar berkesempatan membuat rancangan pengajaran harian tajuk rukun solat. Majlis lewat bermula sejam lantaran ada masyaqqah-masyaqqah tertentu, lantas masa yang ada diisikan dengan mengintai-intai tugasan yang dibawa bersama.. mengisi masa lapang =)

Penceramahnya yang simple, mudah tersenyum, bersemangat walaupun usianya menjangkau 60 tahun, berasal dari Singapura, dialah Ustaz Zainal Arifin. Kandungan ceramah menghabiskan fasal-fasal yang terdapat di dalam buku Kitab Tauhid yang dikarang oleh seorang ahli Fizik Yaman iaitu Abdul Majid Aziz Az-Zindani.. di dalamnya menceritakan tentang asas-asas keimanan, kehebatan Islam, kemukjizatan Al-Quran dan banyak lagi. Sungguh Tuhan! Tidak ku menyesal ‘mengabaikan’ tugasanku. Bahkan aku menyesal sekiranya mengabaikan daurah ini walau hanya sesaat. Satu ‘kenyataan’ yang dinasihatkan oleh ustaz ; iaitu manusia dan nikmat islam dan iman. Katanya tidak semua manusia melaksanakan Islam secara Syumul, dan tidak semua yang melaksanakan Islam secara syumul mengajak dan menyeru orang lain, dan tidak semua yang melaksanakan Islam secara Syumul yang mengajak dan menyeru orang lain mampu beristiqamah! Nah.. itulah manusia.. aku.., ditahap mana? Hanya berkata "wa ana minal muslimin wa ma ana minal musyrikin... tetapi pelaksanaannya? Hidup masih dipagari dosa. Aku masih seorang muslim yang ‘asi..

Seusai ceramah, ustazah mendoakan agar tugasan-tugasan yang kami ‘tanggalkan’ dari hati seharian mampu disiapkan lebih cepat. Aku terdiam, namun dalam hati, amin ya rabbi, tuhanku… Sepenuh hati aku aminkan doa sang murabbiyyah itu.

Keesokannya, tugasan perlu disiapkan kerana hanya tinggal sehari sahaja lagi (salahku juga kerana menangguhkan kerja). Allah pula menguji dengan kesihatan yang terganggu. Allah, tolonglah aku ya Allah, tidak mampu aku hilangkan kesakitan ini melainkan Engkau! Aku hairan, dalam keadaaan kesihatan sebegini, dalam meninggalkan tugasan seharian, aku mampu menyiapkan tugasan dengan berlapang dada dan disiapkan lebih awal dari kebiasaannya. Allah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!!! Allah menolongku! Benarlah janji-Mu dalam ayat-ayat cinta-Mu. Tidak kau abaikan hamba-hamba-Mu..Subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Justeru, buat diri dan sahabat sekalian, kesimpulannya mudah… Allah bersama kita, sepanjang mana pun jalan itu.. Seluas mana pun lautan, Allah disisi.. Serendah mana pun tiram di lautan…jawapannya hanya satu : Allah ma’ana… tidak Dia biarkan kita sendiri, bukan sifat-Nya sebegitu.. Dia tidak menzalimi hamba, bahkan hamba menzalimi Tuhannya.. Astagfirullah…Allah juga turut membuka jalan-jalan-Nya kepada hamba yang mencari hidayah-Nya.. selari dengan firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 69 :



"dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

soal ustaz penceramah.. siapakah yang mendatang Al-Quran? Jawapannya Allah…jadi mestilah ayat-ayat ini dari-Nya…juga janji Allah melalui surat cinta-Nya ini benar dan pasti.. Hak! Yakinlah! Itu selayaknya…

Justeru sahabat, ayuh berusaha mencari jalan menuju-Nya kerana pasti Dia kan membuka jalan… bukan sekadar jalan, bahkan jalan-jalan.. terlalu banyak nikmat dan kurniaan-Nya jika kita berusaha mencari-Nya..Subhanallah..mendapat dengan percuma, tanpa bayaran! Biarkan kesibukan melanda ketika diberi pilihan dakwah, islah, pelajaran…, seiringkanlah dunia dan akhirat, namun yakinlah satu janji Allah : Allah ada untuk menolong kerana Dia sebaik-baik Penolong!

Tuesday, March 24, 2009

Cuai & Lupa



Teringat kembali tazkirah subuh yang pernah dilewati suatu masa “manusia berasal dari perkataan ‘nasia’, yang bermaksud lupa. Sebab itu manusia perlu sentiasa diberi tazkirah iaitu peringatan agar manusia sedar dari sifat lupanya itu…” Begitulah peranan tazkirah dalam hidup setiap insan, agar sedar dari fitrahnya yang sentiasa lupa..

Mengimbau kembali kisah Nabi Adam yang pernah diceritakan oleh Ustaz Zamri bin Zainul Abidin dalam slotnya di TV9 ; Ustaz Zamri Bercerita… kisahnya Nabi Adam yang telah ‘memberi’ umurnya 40 tahun kepada keturunannya Nabi Daud agar umur Nabi Daud menjadi 100 tahun.. namun, ketika Izrail datang untuk mengambil nyawanya, Nabi Adam terlupa tentang umurnya yang 40 tahun telah pun diberi kepada Nabi Daud. Begitu jugalah sejarah lupa dan asal usul kenapa manusia bersifat membangkang dan mengingkari…

Melihat kepada diri sendiri yang agak ‘gagal’ menguruskan ‘harta’, menyedarkan diri satu hakikat… aku cuai! Banyak benda berharga hilang.. rantai tangan hadiah mak, dua jam tangan yang dihadiahi kakak, jam tangan yang dibeli? Lagi banyak hilangnya, kehilangan spek mata, keciciran hand-phone, dan macam-macam lagi… alahai diri… sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah, hampir menggemparkan rakan-rakan dengan kehilangan kunci motosikal sebanyak dua kali… aduh! Betapa cuainya diri ini…rakan-rakan hanya mampu menggeleng kepala…Lupa dengan jadual-jadual kuliyahnya, lupa pada due date tugasan yang perlu dihantar, lupa due date buku di library….semuanya lupa.. hmmm, gagalnya mengurus masa dengan baik! Agaknya, sistem ‘to do-list’ perlu di’mantop’kan agar terurus semuanya…

Baru-baru ini, sewaktu tugasan Bahasa Arab perlu dilakukan, terlupa pula untuk membawa bersama teks untuk diterjemah dan bahan-bahan tugasan ke kampung, kononnya untuk dibuat sewaktu cuti… namun, bila di IPPP, alamak, teks Arab hilang sehelai, esok dah kena hantar..kelam kabut dibuatnya, hilang arah, tidak tahu tindakan apa yang sebaiknya perlu dibuat.. Alhamdulillah, seorang sahabat menasihatkan agar mengakui kesalahan diri daripada kena ‘marah’ dengan teman-teman sekumpulan, nasihatnya lagi agar berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah… akhirnya, atas saranan sahabat ini, ustazah dihubungi, minta softcopy..Alhamdulillah,ustazah memahami tapi softcopy tersebut masih tak dapat, ustazah sibuk agaknya.. malamnya, sewaktu membuat talkhis (tanpa sehelai teks), kedua-dua teman sekumpulan hairan, teks mana yang hilang? Sedangkan teks yang diberi semuanya 6 helai, dibahaginya 2 helai sahaja untuk seorang..maknanya, tiada sehelai pun teks yang hilang… alahai…cuainya diri! rupanya, Surah Al-Asr masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...Allahurabbi...

Teringat kembali sewaktu berkongsi pandangan dengan seorang sahabat, katanya adiknya yang bongsu ‘careless’… opss.. tetiba sama pulak karekternya… mungkin fitrah bongsu yang masih gagal berdikari dengan sendirinya.. tapi betul ke? Tak semua begitu…masih ada jiwa-jiwa bongsu yang teliti…

Justeru, buat diri terutamanya, ambillah iktibar dari kisah Nabi Adam a.s, kikiskan sikap cuai tersebut, ‘reminder’ kan perjalanan hidup dan sentiasalah memperbaharui syukur kepada Allah dengan apa yang dimiliki… bagaimana? Bukan sekadar lafaz Alhamdulillah, bahkan perlu menjaga setiap apa yang dimiliki dengan baik dan menghargai apa yang ada di depan mata…

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku
kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya
azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Friday, March 13, 2009

Living Together

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang agak membosankan sewaktu semester ini… Peperiksaan berlangsung, bermakna tiada kelas, tiada aktiviti PnP untuk ditinjau… hmm.. termenung panjang bila dipelawa untuk mengawasi peperiksaan…sudahlah komunikasi dan interaksi yang lemah dengan kanak-kanak..alahai...maklumlah, anak bongsu… manalah ada adik untuk dihiraukan..

Sewaktu dilema bosan membelenggu jiwa, rakan se’PBS’ menunjukkan satu buku ‘Animal Life Living Together’ oleh Brimax… ada gambar kulit hadapan buku ; dua ekor Chimpazzi yang sedang melihat satu sama lain dan menghulurkan tangan.. hm..lantaran terlalu bosan, buku tersebut dibaca sekali lalu... Tertarik dengan kandungan buku ini, walaupun Bahasa Inggeris, dek kerana ada sedikit asas-asas bahasa ini, tak la susah untuk difahami, lagipun buku ini untuk standard sekolah rendah, bahasanya mudah difahami dan lengkap beserta gambar-gambar haiwan yang comel-comel belaka..kecil tapi padat..

Animal together, living in groups, leaving the groups, safety in number, hunting for food, thousands together, sleeping in winter, keep warm
dan banyak lagi subtopiknya… Canada Geese hidup bersama-sama dalam kumpulannya, kangaru hidup dalam kumpulan mobsnya, girafah berada dalam bilangan tertentu dalam kumpulannya, semut membina sarangnya, lebah bekerja dengan pembahagian tugasnya, rattlesnakes hidup berhibernasi sewaktu musim sejuk, remora hidup bersama-sama shark.. Subhanallah.. mampukah semua ini berlaku secara kebetulan.. tidak lain tidak bukan Allah Ahsanul Khaaliqin yang mengilhamkan ke atas makhuk-makhlukNya…

Tiba-tiba terfikir, patutlah Allah suruh belajar dari alam ini.. banyak iktibarnya walau hanya dari seekor haiwan yang kecil.. Hebatnya Dia.. Selayaknya hanya Dia berhak disembah dari patung-patung yang Sukmun, Bukmun, ‘Umyun!

‘Living together’ boleh disamakan dengan kerja-kerja dakwah atau dalam erti kata yang lain Jemaah.. ah..dunia sekarang, bila mana disebut Jemaah, begitu sensitifnya.. jihad pun dipandang serong.. kenapa perlu ada rasa sensitif dengan istilah Jemaah dan Jihad? Jihad disinonimkan dengan keganasan walhal tidak sebenarnya, mana mungkin Konsep Syumuliyyah yang Salim itu keganasan.. tak masuk dek akal… begitulah, Ghuzwatul Fikr yang dilancarkan, menghapuskan ‘jiwa-jiwa’ Islam secara halus…

Berbalik kepada ‘Living Together’tadi, melihat kepada penciptaan lebah contohnya.. Subhanallah, dalam Al-Quran sendiri dinyatakan dalam surah An-Nahl ayat 69 maksudnya:
“ Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir ”

Lihat sahaja cara lebah ini bekerja atas ilhamNya.. tugas-tugas lebah ‘dibahagikan’ mengikut ‘individu-individu’. Masing-masing mempunyai tugas tersendiri..cleaning cells, nursing young, finding food, guarding the nest..
When worker honey bees find some new flowers, they return to the nest and dance, as they twist and turn the dance shows the others how far away the flowers are and in which direction the bees must go…



‘Living Together’
bermakna mengenali,memahami, tolong menolong, melindungi satu sama lain, kerjasama dan banyak lagi… Sekecil-kecil kerja seperti tugasan ‘assignment’ pun kalau boleh ‘ala puan…, lagi mudah kerja group, kami busy, tak dan nak buat sorang-sorang, assignment lain banyak lagi…’ apatah lagi dalam kerja-kerja Islam, mana mungkin mampu melakukan dakwah secara bersendirian…Hidup berjemaah menyenangkan bukan menyusahkan…kalau kita perhatikan, sekecil-kecil haiwan ini pun bersatu atas Ilham Allah, perlu tak manusia yang berpecah belah, bergaduh sesama sendiri sedangkan dia punya akal untuk berfikir…?

kadang-kadang berdepan dengan jiwan-jiwa dan ragam manusia banyak memberikan kita peluang dan ruang untuk memahami dan merasai pelbagai jenis emosi.. suka, duka, gembira, pilu, terkilan, sakit hati dan berbagai 1001 jenis emosi.. Namun, bukan emosi perlu diturutkan, bahkan emosi perlu mengikut akal yang waras dan yang dipandu wahyu.. hakikatnya, hubungan sesama manusia ini akan membuatkan kita matang dalam berfikir mahupun bertindak..

Moga konsep ‘Living Together’ haiwan-haiwan diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai hamba kepada Tuhan bukannya konsep ‘Living To Get Her’ iaitu pengabdian kepada cinta insan…

p/s : moga kita semua berpegang pada tali Allah yang satu walau kita berbeza ; fizikal, emosi, sikap dan semua aspek, sebab itulah perlunya kita mencari persamaan dalam perbezaan.. Akidah yang bertuhankan Allah yang Esa..itulah persamaan kita!

Sunday, March 8, 2009

Air Mata?


Perut lapar…Masya-Allah ,tiba-tiba ja KCJ 6338 tak boleh nak start.. bukan sekadar tak boleh nak ‘on’ tapi seolah-olah ‘sistem’ dah ‘down’ & ‘corrupted’.. hanya tuhan yang tahu betapa hati ni risau, gelisah, pilu… sadisnya…perut dah berkeroncong.. tapi KCJ 6338 buat hal pulak.. agaknya lama tak diberi ‘belaian’ dan ‘perhatian’… air mata ditahan supaya tak jatuh… ni kali pertama rasa macam tu, agaknya ramai yang akan terkejut bila tengok riak wajah yang berubah waktu tu.. dari seorang yang tak mudah kalut, ‘nervous’.. tiba2 tadi, Subhanallah, hanya tuhan yang tahu apa perasaan yang hadir waktu tu…bercampur baur..

tapi itu bukan isunya, sekadar terdetik di hati ; refleksi diri bila meminta pertolongan dari rakan sekelas yang terror bab motor ni, katanya melalui SMS (ke tulisnya?), “rilex la, orang perempuan ni mudah susah hati” yeke? Mungkin.. ilusi hati menidakkan… tapi hakikatnya akal mengatakan ya!

susah hati, sensitif berkait dengan emosi, emosi dikaitkan dengan air mata, air mata dikaitkan dengan wanita..

Kajian membuktikan pengesaan-Nya menciptakan kelenjar-kelanjar air mata wanita lebih besar dari lelaki, yang mana sains membuktikan tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dan merupakan ‘pencuci’ mata..Subhanallah…

Seorang wanita mudah menangis bahkan lebih dan lebih banyak menangis dari insan bernama lelaki..
Sekeras-keras mana pun seorang wanita, dia tetap wanita, ada lembutnya Cuma tidak dipamerkan.. begitu juga lelaki, selembut-lembut mana pun lelaki itu, dia tetap lelaki.. tapi isu mak nyah, aww ni macam mana pulak ya? Fitrahnya dia tetap seorang lelaki!

Alahai wanita, sensitifnya…,
~Ha..tu la perempuan, sikit-sikit teghiak (loghat Kedah), Perempuan dan air mata tidak dapat dipisahkan! Huh, perempuan.takde keje lain ke nak buat selain merajuk, menangis.. ah, hang ni sikit-sikit merajuk,sikit-sikit menangis…mu ni tok jerit tokle ke (kelantan style : betul ke? Cek bukan oghe kelate no..hehe)~

Pelbagai kenyataan, pelbagai spekulasi, pelbagai persepsi tentang perempuan di stereotaipkan... kenapa ya perlu dipersoalkan wanita dan air mata? Sedangkan nabi dah pun mengingatkan kita dalam hadisnya wanita ibarat tulang rusuk, kalau dibetulkan patah, kalau dibiarkan kekal membengkok… Nabi mengingatkan lagi : berpesanlah terhadap kaum wanita…

Aii~ Rimas ke dengan air mata? Air mata adalah senjata wanita.. air mata kami mungkin dilihat sebagai rajuk, mungkin sinonim dengan lemah… tapi itulah sebenarnya cara jiwa kami meluahkan perasaan, meredakan amuk dalam hati.. itulah hakikat…! kalaulah kami mewarisi sifat dan sikap lelaki, harulah dunia, kacaulah alam ni..
Kenapa ya lelaki susah menangis? Malu pada air mata? Atau ada tangisan tu, tapi tak dipamerkan.. kerana adat mengatakan lelaki tidak boleh menangis? Atau ada faktor lain? Mungkin tangisan lelaki bertempat.. Susahnya memahami lelaki…
(hanya lelaki memahami jiwa lelaki)…. tangisan wanita pulak? haiii...hmmm...

Konklusinya dan solusinya? ……………………………… no comment! Hehe.. tepuk kepala tanya akal… ;-) tepuk dada tanya hati…. Selamat mencari solusi…

p/s : air mata~ tangisan manusia bukan satu keaiban tapi satu keperluan bahkan satu kemestian…usah ditahan air mata kerana air mata membuktikan kita takut dan berharap pada Allah..tanda keinsafan..bukti taubat.. Kalam Allah disampaikan oleh Rasulullah dalam hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i “aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah”

Saturday, March 7, 2009

Telah Ku Pilih Jalan-Mu




Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan

Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan

Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

http://www.iluvislam.com_telah ku pilih jalanMu

Embun Suci



Kata Pujangga :
Persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan..
Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..

Mencari sahabat sejati bukanlah mudah....
ramai yang bersama berkongsi suka,namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka..
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan.. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur.
Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua..
Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab..
Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan..

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib :
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”

Jika dikatakan embun pagi itu suci... Suci lagi ukhuwwah yang kalian hulurkan..
Salam sayang…

Jangan Merajuk Wahai Daie




Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa..


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'..


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah..


Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.
Nabi Yunus menyeru pada kaumnya :

Sembahlah Allah Yang Maha Esa,
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa,
Jauhi perbuatan yang sia-sia,
Seruan Nabi tidak diterima,
Nabi diejek dan Nabi dihina,
Baginda tidak berputus asa,
Walau dicaci walau dihina,
Akhirnya Nabi merasa hampa,
Umatnya masih menderhaka,
Lalu dia pergi membawa hati,
Ke tepi pantai seorang diri,
Kapal pedagang Baginda menumpang,
Membawa diri ke rantau orang,
Malangnya laut bergelombang,
Hampir karam ditengah lautan,
Bila diundi Nabi merelakan,
Terjun ke laut penuh bergelora,
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun,
Gelap gelita tidak terkira,
Sedarlah baginda akan silapnya,
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa,
Menangislah Nabi penuh duka,
Memohon Ampun dari Tuhannya,

Begitulah Kisah seorang Nabi..
Diuji Allah begitu sekali…


Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya." (Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" (Ali-`Imran:139)


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

Jalan Mujahadah.. Allah janji!