Saturday, March 7, 2009

Embun Suci



Kata Pujangga :
Persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan..
Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..

Mencari sahabat sejati bukanlah mudah....
ramai yang bersama berkongsi suka,namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka..
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan.. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur.
Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua..
Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab..
Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan..

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib :
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”

Jika dikatakan embun pagi itu suci... Suci lagi ukhuwwah yang kalian hulurkan..
Salam sayang…

5 comments:

  1. mencari sahabat sejati ialah dengan kita menjadi sahabat sejati kepada yg lain..

    ReplyDelete
  2. setuju! nak mencari yang sejati semuanya bermula dalam diri kita.. baik kita, baiklah kita dapat.. sahabat kita, dapatlah sahabat, musuh kita, musuhlah orang pada kita..

    syukran WhoSign!

    ReplyDelete
  3. salam...

    saudari memang ada bakat tulis sajak..

    terus manfaatkan bakat yang ada.

    Insyallah ada ganjaran disisinya.

    ReplyDelete
  4. alahai.. maaf ya, lupa nyatakan.. tu ambik dari nukilan2 yang di'copy' dari internet jugak...
    =)

    ReplyDelete
  5. Mudah - mudahan terus thabat dijalanNya...
    (",)

    ReplyDelete