Tuesday, March 24, 2009

Cuai & Lupa



Teringat kembali tazkirah subuh yang pernah dilewati suatu masa “manusia berasal dari perkataan ‘nasia’, yang bermaksud lupa. Sebab itu manusia perlu sentiasa diberi tazkirah iaitu peringatan agar manusia sedar dari sifat lupanya itu…” Begitulah peranan tazkirah dalam hidup setiap insan, agar sedar dari fitrahnya yang sentiasa lupa..

Mengimbau kembali kisah Nabi Adam yang pernah diceritakan oleh Ustaz Zamri bin Zainul Abidin dalam slotnya di TV9 ; Ustaz Zamri Bercerita… kisahnya Nabi Adam yang telah ‘memberi’ umurnya 40 tahun kepada keturunannya Nabi Daud agar umur Nabi Daud menjadi 100 tahun.. namun, ketika Izrail datang untuk mengambil nyawanya, Nabi Adam terlupa tentang umurnya yang 40 tahun telah pun diberi kepada Nabi Daud. Begitu jugalah sejarah lupa dan asal usul kenapa manusia bersifat membangkang dan mengingkari…

Melihat kepada diri sendiri yang agak ‘gagal’ menguruskan ‘harta’, menyedarkan diri satu hakikat… aku cuai! Banyak benda berharga hilang.. rantai tangan hadiah mak, dua jam tangan yang dihadiahi kakak, jam tangan yang dibeli? Lagi banyak hilangnya, kehilangan spek mata, keciciran hand-phone, dan macam-macam lagi… alahai diri… sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah, hampir menggemparkan rakan-rakan dengan kehilangan kunci motosikal sebanyak dua kali… aduh! Betapa cuainya diri ini…rakan-rakan hanya mampu menggeleng kepala…Lupa dengan jadual-jadual kuliyahnya, lupa pada due date tugasan yang perlu dihantar, lupa due date buku di library….semuanya lupa.. hmmm, gagalnya mengurus masa dengan baik! Agaknya, sistem ‘to do-list’ perlu di’mantop’kan agar terurus semuanya…

Baru-baru ini, sewaktu tugasan Bahasa Arab perlu dilakukan, terlupa pula untuk membawa bersama teks untuk diterjemah dan bahan-bahan tugasan ke kampung, kononnya untuk dibuat sewaktu cuti… namun, bila di IPPP, alamak, teks Arab hilang sehelai, esok dah kena hantar..kelam kabut dibuatnya, hilang arah, tidak tahu tindakan apa yang sebaiknya perlu dibuat.. Alhamdulillah, seorang sahabat menasihatkan agar mengakui kesalahan diri daripada kena ‘marah’ dengan teman-teman sekumpulan, nasihatnya lagi agar berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah… akhirnya, atas saranan sahabat ini, ustazah dihubungi, minta softcopy..Alhamdulillah,ustazah memahami tapi softcopy tersebut masih tak dapat, ustazah sibuk agaknya.. malamnya, sewaktu membuat talkhis (tanpa sehelai teks), kedua-dua teman sekumpulan hairan, teks mana yang hilang? Sedangkan teks yang diberi semuanya 6 helai, dibahaginya 2 helai sahaja untuk seorang..maknanya, tiada sehelai pun teks yang hilang… alahai…cuainya diri! rupanya, Surah Al-Asr masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...Allahurabbi...

Teringat kembali sewaktu berkongsi pandangan dengan seorang sahabat, katanya adiknya yang bongsu ‘careless’… opss.. tetiba sama pulak karekternya… mungkin fitrah bongsu yang masih gagal berdikari dengan sendirinya.. tapi betul ke? Tak semua begitu…masih ada jiwa-jiwa bongsu yang teliti…

Justeru, buat diri terutamanya, ambillah iktibar dari kisah Nabi Adam a.s, kikiskan sikap cuai tersebut, ‘reminder’ kan perjalanan hidup dan sentiasalah memperbaharui syukur kepada Allah dengan apa yang dimiliki… bagaimana? Bukan sekadar lafaz Alhamdulillah, bahkan perlu menjaga setiap apa yang dimiliki dengan baik dan menghargai apa yang ada di depan mata…

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku
kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya
azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

No comments:

Post a Comment