Monday, March 30, 2009

Jalan-Jalan Cinta-Nya


Allahurabbi…
sewaktu Qiam, diberitahu adanya satu daurah tauhid seharian, katanya penceramah daurah ni hebat, best.. tapi hati berat, berfikir lebih sepuluh kali, nak pergi ke tidak.. soalan tugasan belambak dipaparkan di board bilik sebagai ‘reminder' agar tugasan disiapkan dengan sempurna.. tapi, rugi kalau tak pergi, bila pergi bermakna seharian meninggalkan tugasan..aii..macam mana ni..? Allahumma Inni Astakhiruka Bi’ilmika.. Allahummansurni Ya Allah..

Hati bermonolog, janji Allah dalam kalam-Nya yang ku faham mafhumnya, “kalau aku tolong agama Allah, Allah akan tolong aku” membuatkan diri lekas bangun, hati tetap pendirian... jawapannya tetap wajib pergi! Jahil dengan surah dan ayat apa membuatkan diri ini bertanya seorang sahabat, katanya Surah Muhammad ayat 7…



“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Paksa diri itu perlu bila hadir rasa malas.. bermalas-malasan dengan ‘makanan rohani’ itu penyakit..penawarnya rajin.. kalau tak mampu untuk rajin, paksa diri! Itu sebaiknya.

Melangkah ke dewan seminar itu, bekalan dibawa bersama buku teks Pendidikan Islam tahun 4 untuk ‘mencuri’ masa sekiranya ada waktu terluang agar berkesempatan membuat rancangan pengajaran harian tajuk rukun solat. Majlis lewat bermula sejam lantaran ada masyaqqah-masyaqqah tertentu, lantas masa yang ada diisikan dengan mengintai-intai tugasan yang dibawa bersama.. mengisi masa lapang =)

Penceramahnya yang simple, mudah tersenyum, bersemangat walaupun usianya menjangkau 60 tahun, berasal dari Singapura, dialah Ustaz Zainal Arifin. Kandungan ceramah menghabiskan fasal-fasal yang terdapat di dalam buku Kitab Tauhid yang dikarang oleh seorang ahli Fizik Yaman iaitu Abdul Majid Aziz Az-Zindani.. di dalamnya menceritakan tentang asas-asas keimanan, kehebatan Islam, kemukjizatan Al-Quran dan banyak lagi. Sungguh Tuhan! Tidak ku menyesal ‘mengabaikan’ tugasanku. Bahkan aku menyesal sekiranya mengabaikan daurah ini walau hanya sesaat. Satu ‘kenyataan’ yang dinasihatkan oleh ustaz ; iaitu manusia dan nikmat islam dan iman. Katanya tidak semua manusia melaksanakan Islam secara Syumul, dan tidak semua yang melaksanakan Islam secara syumul mengajak dan menyeru orang lain, dan tidak semua yang melaksanakan Islam secara Syumul yang mengajak dan menyeru orang lain mampu beristiqamah! Nah.. itulah manusia.. aku.., ditahap mana? Hanya berkata "wa ana minal muslimin wa ma ana minal musyrikin... tetapi pelaksanaannya? Hidup masih dipagari dosa. Aku masih seorang muslim yang ‘asi..

Seusai ceramah, ustazah mendoakan agar tugasan-tugasan yang kami ‘tanggalkan’ dari hati seharian mampu disiapkan lebih cepat. Aku terdiam, namun dalam hati, amin ya rabbi, tuhanku… Sepenuh hati aku aminkan doa sang murabbiyyah itu.

Keesokannya, tugasan perlu disiapkan kerana hanya tinggal sehari sahaja lagi (salahku juga kerana menangguhkan kerja). Allah pula menguji dengan kesihatan yang terganggu. Allah, tolonglah aku ya Allah, tidak mampu aku hilangkan kesakitan ini melainkan Engkau! Aku hairan, dalam keadaaan kesihatan sebegini, dalam meninggalkan tugasan seharian, aku mampu menyiapkan tugasan dengan berlapang dada dan disiapkan lebih awal dari kebiasaannya. Allah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!!! Allah menolongku! Benarlah janji-Mu dalam ayat-ayat cinta-Mu. Tidak kau abaikan hamba-hamba-Mu..Subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Justeru, buat diri dan sahabat sekalian, kesimpulannya mudah… Allah bersama kita, sepanjang mana pun jalan itu.. Seluas mana pun lautan, Allah disisi.. Serendah mana pun tiram di lautan…jawapannya hanya satu : Allah ma’ana… tidak Dia biarkan kita sendiri, bukan sifat-Nya sebegitu.. Dia tidak menzalimi hamba, bahkan hamba menzalimi Tuhannya.. Astagfirullah…Allah juga turut membuka jalan-jalan-Nya kepada hamba yang mencari hidayah-Nya.. selari dengan firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 69 :



"dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

soal ustaz penceramah.. siapakah yang mendatang Al-Quran? Jawapannya Allah…jadi mestilah ayat-ayat ini dari-Nya…juga janji Allah melalui surat cinta-Nya ini benar dan pasti.. Hak! Yakinlah! Itu selayaknya…

Justeru sahabat, ayuh berusaha mencari jalan menuju-Nya kerana pasti Dia kan membuka jalan… bukan sekadar jalan, bahkan jalan-jalan.. terlalu banyak nikmat dan kurniaan-Nya jika kita berusaha mencari-Nya..Subhanallah..mendapat dengan percuma, tanpa bayaran! Biarkan kesibukan melanda ketika diberi pilihan dakwah, islah, pelajaran…, seiringkanlah dunia dan akhirat, namun yakinlah satu janji Allah : Allah ada untuk menolong kerana Dia sebaik-baik Penolong!

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    tahniah untuk perkongsian rasa yang menjentik keinsafan di hati
    dalam kesibukan mengurus duniawi
    kdg2 diri ini terlupa menilai diri
    mencari bekal ke akhirat nanti
    moga kita saling dapat ingat mengingati
    selamat berjuang, sahabatku...
    mujahadah itu payah namun cukup indah...

    ReplyDelete
  2. syukran akak... mujahadah itu memang payah.. kita manusia, bukan malaikat..tapi Allah dah mengatakan, sesiapa yang bermujahadah dijalanNya, Dia membuka jalan2Nya untuk kita..
    moga dunia ditangan kita, akhirat dihati.. thanks 4 ur advice... moga kita di dalam rahmatNya...salam sayang, moga kita boleh berjumpa lagi =)

    ReplyDelete