Sunday, March 8, 2009

Air Mata?


Perut lapar…Masya-Allah ,tiba-tiba ja KCJ 6338 tak boleh nak start.. bukan sekadar tak boleh nak ‘on’ tapi seolah-olah ‘sistem’ dah ‘down’ & ‘corrupted’.. hanya tuhan yang tahu betapa hati ni risau, gelisah, pilu… sadisnya…perut dah berkeroncong.. tapi KCJ 6338 buat hal pulak.. agaknya lama tak diberi ‘belaian’ dan ‘perhatian’… air mata ditahan supaya tak jatuh… ni kali pertama rasa macam tu, agaknya ramai yang akan terkejut bila tengok riak wajah yang berubah waktu tu.. dari seorang yang tak mudah kalut, ‘nervous’.. tiba2 tadi, Subhanallah, hanya tuhan yang tahu apa perasaan yang hadir waktu tu…bercampur baur..

tapi itu bukan isunya, sekadar terdetik di hati ; refleksi diri bila meminta pertolongan dari rakan sekelas yang terror bab motor ni, katanya melalui SMS (ke tulisnya?), “rilex la, orang perempuan ni mudah susah hati” yeke? Mungkin.. ilusi hati menidakkan… tapi hakikatnya akal mengatakan ya!

susah hati, sensitif berkait dengan emosi, emosi dikaitkan dengan air mata, air mata dikaitkan dengan wanita..

Kajian membuktikan pengesaan-Nya menciptakan kelenjar-kelanjar air mata wanita lebih besar dari lelaki, yang mana sains membuktikan tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dan merupakan ‘pencuci’ mata..Subhanallah…

Seorang wanita mudah menangis bahkan lebih dan lebih banyak menangis dari insan bernama lelaki..
Sekeras-keras mana pun seorang wanita, dia tetap wanita, ada lembutnya Cuma tidak dipamerkan.. begitu juga lelaki, selembut-lembut mana pun lelaki itu, dia tetap lelaki.. tapi isu mak nyah, aww ni macam mana pulak ya? Fitrahnya dia tetap seorang lelaki!

Alahai wanita, sensitifnya…,
~Ha..tu la perempuan, sikit-sikit teghiak (loghat Kedah), Perempuan dan air mata tidak dapat dipisahkan! Huh, perempuan.takde keje lain ke nak buat selain merajuk, menangis.. ah, hang ni sikit-sikit merajuk,sikit-sikit menangis…mu ni tok jerit tokle ke (kelantan style : betul ke? Cek bukan oghe kelate no..hehe)~

Pelbagai kenyataan, pelbagai spekulasi, pelbagai persepsi tentang perempuan di stereotaipkan... kenapa ya perlu dipersoalkan wanita dan air mata? Sedangkan nabi dah pun mengingatkan kita dalam hadisnya wanita ibarat tulang rusuk, kalau dibetulkan patah, kalau dibiarkan kekal membengkok… Nabi mengingatkan lagi : berpesanlah terhadap kaum wanita…

Aii~ Rimas ke dengan air mata? Air mata adalah senjata wanita.. air mata kami mungkin dilihat sebagai rajuk, mungkin sinonim dengan lemah… tapi itulah sebenarnya cara jiwa kami meluahkan perasaan, meredakan amuk dalam hati.. itulah hakikat…! kalaulah kami mewarisi sifat dan sikap lelaki, harulah dunia, kacaulah alam ni..
Kenapa ya lelaki susah menangis? Malu pada air mata? Atau ada tangisan tu, tapi tak dipamerkan.. kerana adat mengatakan lelaki tidak boleh menangis? Atau ada faktor lain? Mungkin tangisan lelaki bertempat.. Susahnya memahami lelaki…
(hanya lelaki memahami jiwa lelaki)…. tangisan wanita pulak? haiii...hmmm...

Konklusinya dan solusinya? ……………………………… no comment! Hehe.. tepuk kepala tanya akal… ;-) tepuk dada tanya hati…. Selamat mencari solusi…

p/s : air mata~ tangisan manusia bukan satu keaiban tapi satu keperluan bahkan satu kemestian…usah ditahan air mata kerana air mata membuktikan kita takut dan berharap pada Allah..tanda keinsafan..bukti taubat.. Kalam Allah disampaikan oleh Rasulullah dalam hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i “aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah”

2 comments:

  1. biarlah jutaan titisan air mata yg gugur..namun pastikan ianya digugurkan di tempat dan masa yg betul..iaitu..sedang diri mengadu pd yg ESA, bersama sujud seorang hamba di atas SEJADAH CINTA~~

    ReplyDelete
  2. sejadah cinta? =)hakikat penghambaan manusia, memerlukan Tuhan segala2nya di dalam hidup..tiap saat, tiap keadaan.. Allah sebagai sebaik2 penolong.. apa yang penting; Tuhan tidak memungkiri janji...“aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah”.. tu janji Allah..moga air mata kita sntiasa di atas 'sejadah cinta'...moga air mata kita sbg wasilah pengelak api neraka..ameen...

    ReplyDelete