Wednesday, April 8, 2009

dihimpit dan tersepit

Manusia selalu menjangka berjaya memperolehi sesuatu apabila ia berada di tangan. Walau ilusi, walau fantasi, walau imaginasi.. Menyangka jika selesai urusan, habislah tanggungjwab yang dipikul. Menyangka sudah selesai urusan, hinggakan terlupa satu kenyataan, Allah memegang jiwa dan perasaan setiap insan.. Hinggakan tanpa disedari disedari, lupa bahawa Allah yang berhak menghilangkan gelojak hati manusia.. Allah lah sebaik-baik Pendamai.. lantaran itulah Islam ; sejahtera datangnya dari Dia..Rabbul ‘Alamin.

Seketika sama-sama kita fikirkan, rupanya ada hati-hati yang masih jauh dengan Tuhan..yang sentiasa berharap setiap jiwa lain itu sedar, bahawa ad-din penyatu fikrah.. namun lupa, Allah pemberi taufiq hidayah.. sedangkan Rasul diuji bapa saudaranya yang hingga akhir hayatnya musyrik.. sedangkan kita? mungkin hanya tahu bersedih, berduka.. 1001 emosi menyesakkan nafas..cukup teruji dengan sikap manusia, padahal.. ‘kesakitan’ terhadap sikap manusia, hanya tempias yang tidak terzahir jika dibandingkan ‘tarbiyyah’ Allah kepada insan agung; sallallahualaihiwasallam …hakikatnya, ada yang gagal dengan ujian ini. Lupa pada tawakkal pada Allah itu lebih penting..

sesak, hilang arah tujuan… dihimpit, disepit, diasak.. yang mana mungkin medan perantaraan..diluah mati emak, ditelan mati bapa.. masakan ada manusia sanggup dihimpit rasa ‘tersepit’…melihat hati-hati berantakan tanpa ada solusinya..

Dari situ, bermuhasabahlah seketika..benarlah, hal yang kecil sekiranya dipantang enteng, benteng kan terbina! Kata orang “alah, kecik je mende tu, sok lusa abih la cite tu”.
Untuk setiap Muslim, Rasul mengingatkan agar tidak dipatuk dari lubang yang sama. Hal kecil jangan dipandang remeh, hal besar jangan dibesarkan. Jadi jangan ditimbul jawapan “esok lusa kan selesai semuanya” tanpa yakin ada bantuan dari Allah! Kerana, jiwa kita pada-Nya!

“biarlah malas nak masuk campur.. ah, biarlah, malaslah, nanti aku gak susah hati, buat apa ambil tahu?”..ayat ini, selalu diungkapkan bahkan terzahir pada tindakan..semua orang, relakah diri disakiti menanggung derita demi bahagiakan orang lain, menyusahkan diri demi masalah orang lain? Relakah?

moga secebis kesedaran yang timbul digarapkan dalam tindakan; melalui pengorbanan kita yang tidak sebesar mana, kan membuatkan manusia lain boleh bahagia.. pujuklah hati, berharaplah mempunyai jiwa kan cekal, kerana sekiranya kita lemah tersungkur, sekiranya kita beralah mengalah.. kesan negatif yang cukup besar akan semua orang terima.. Tuhan kan menolong kerana Dia sebaik-baik Penolong. jangan biarkan kita berterusan merajuk pada kerja dakwah ini..

tanyalah pada diri.. kenapa Allah ‘izinkan’ kerja ini ke bahu sesetengah di antara kita? Sedangkan ‘rela’ tidak pernah dijemput hadir..moga suatu saat, Kau singkapi hikmah disebalik semua misi-Mu agar bertambah keyakinan pada-Mu. Agar disedari, semua ini ‘tarbiyyah’ pada jiwa yang manja, semua ini ‘tazkirah’ pada hati yang alpa…

Tuhan, damaikan hati-hati yang berada dijalan-Mu.. moga mereka fahami, agar hati-hati ini bersatu atas agama-Mu.. dengan itu ya Allah, kurniakan tafahum, agar kamilah nadi ad-din-Mu..kan terus berdenyut hingga tiba pengakhirannya…

No comments:

Post a Comment