Sunday, April 26, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran 21..

Lahirnya pada tanggal 26 April 1988, pada jam 2.44pm zuriat bongsu wanita tercinta Mek Sum binti Abu Bakar dan lelaki tercinta Salleh bin Mat Daud.. lahirnya mempertaruhkan nyawa bonda tercinta. Terima kasih mak.. nikmat dan belaian di dalam rahimmu walau tidak kusedari, tapi ku rasai sifat ar-rahim Allah dalam bias dirimu…moga syurga bukan hanya di telapak kakimu bahkan menjadi milikmu. Andai dosamu menggunung, ku pinta pada Tuhan, “Tuhan.. dialah yang telah mengandungkanku, melahirkanku, menyusukanku, mendidikku, mentarbiyyahku, memeliharaku dengan sempurna hingga genap 21 tahun hari ini.. Bukakanlah dia pintu Jannah-Mu.. berilah rahmat-Mu…” untuk ayahanda tercinta “pak”… terima kasih kerana memberi jagaan dan perhatian selama 21 tahun, terima kasih kerana begitu memahami diri ini, Kasihmu hingga ke syurga, bahkan kalianlah penghuninya…amin!

Tadi, kedua mereka ku hubungi. Sebak di dada menahan kerinduan, doa emak agar aku terus maju jaya, selamat, panjang umur, diberkati… air mata mengalir deras saat men’amin’kan doa emak, kata emak “hari ini 26 April, dulu waktu lahirkan anak mak, kalau tak silap 19 hb Syaaban hari khamis, mak ingat-ingat waktu tu bulan puasa, mak tengah pantang”… lantas kusyukuri pengorbanan seorang ibu.., “mak, terima kasih mak, ida minta maaf, halalkan makan minum, minta maaf, ida anak yang degil dan banyak melawan…” "mak maafkan..” luluh dengar kemaafan mak, mana mungkin jika hati terluka bisa sewenang-wenangnya memaafkan orang, tapi bagi seorang ibu, mak kata mak maafkan semua anak mak. Pada lelaki tercinta, ku minta dihalalkan segalanya, terima kasih dan mohon maaf…

Waktu berbicara dengan bonda tercinta, pandai emak tukar tajuk, bercerita tentang itu tentang ini, tentang abang-abang dan kakak-kakak..mungkin dia menyedari suara dan intonasi puteri bongsunya berubah esak….. aku sangat mencintai kedua orang tuaku…

Sms dihantar pada semua abang dan kakak. Lupa barangkali hari lahir adik ni… ishk3.. apalah abang dan kakak ni, takkan lupa..sibuk sangat kot.
“amin.amin yarobbalalamin. Semestinya hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini. Selamat maju jaya” ~abang shim
“yang dulu biarlah ia berlalu… tetap dimaafkan atas kesalahan kerana ida adik k.nah yang disayangi… maaf dipinta tak mengingat hari lahirmu” ~ kak nah

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Alhamdulillah, LAILAHAILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH…hari ini aku masih dibangkitkan sebagai muslim.. doa dipanjatkan, kerana masih berpeluang ku lihat sinar fajar di pagi ini, if tomorrow never comes.. Alhamdulillah, hari ini masih ku bernafas, hari ini usiaku makin menginjak meningkat dewasa. Semoga usia yang meningkat seiring dengan kematangan dalam semua aspek kehidupanku sebagai muslim, mukmin, murabbi… Semoga dengan usia yang meningkat ini seiring dengan amal ma’ruf yang kian menggunung tinggi bukan pahala yang makin kikis terhakis.. amin..

Disini, ingin diri ini membawa satu nasihat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb. yang ku jumpa nasihatnya dua tiga hari lepas “apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita amatlah singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ini. Tetapi, jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan Dinul Islam di atas muka bumi ini, sesungguhnya hidup kita akan lebih panjang dan bermakna. Bermula dengan bermulanya manusia dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi Allah ini,”
Moga hidup kita semua kerana ad-din, innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin…

Saat baru, hari baru, umur baru, hidup yang baru… berubahlah duhai diri, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, yang lalu tetap berlalu, kelmarin yang pergi takkan kembali, semalam yang hilang tak kan hadir semula… wal’asr… FASTABIQUL KHAIRAT…

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan milyun marhaban buat sahabat-sahabat yang mengingati hari lahirku… ada yang seawal 24hb sudah wish… Tq, walau awal, tetap ku hargai...hehe.. thanks a lot… sms-sms diterima seawal pagi meraikan hari ini disertai doa. Sangat-sangat terharu sahabat-sahabatku. =)
“semoga panjang umur, murah rezeki, semoga meningkatnya usia menambahkan lagi iman2mu & semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhirnya, ukhwah fillah Abadan abada”
“moga pertambahan umur ni akan lebih mematangkan diri dalam menghadapi kehidupan seharian”
“semoga terus kuat menghadapi cabaran hidup dalam usia yang baru, sentiasalah berusaha mengamalkan firmanNya berlumba-lumbalah oleh kamu dalam mengerjakan kebaikan”
“selamat hari tua”

dan banyak lagi(tak larat nak taip..huhu)

Rasulullah s.a.w bersabda “apabila seseorang muslim mendoakan saudaranya yang ketika itu tiada disisinya, maka malaikat akan berkata, bagimu jua apa yang engkau doakan buat saudaramu”…. Moga apa yang kalian doakan kan kalian perolehi…. Bagi kalian jua apa yang didoakan untukku…. Amin.. Insya-Allah…

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

To classmate Pengajian Agama ; Nurul, Farah, K.Na, A.Qalbi, K.Eryn, K.Da, Azrein, Zakwan, Azlan, Nik, Muhaimin (bakal ‘tua’ beberapa hari lagi~29 April..hehe..TQ 4 hadiah topup tu..), Ct, Akak, Hasmeera (TQ 4 lagu 'selamat ulangtahun sayang-imran ajmain' hehe..syahdu betul, Syazana (doamu yang last aku suka..hehe,) Zila dan yun.. Syukran milyun… diri ini sangat menghargai ucapan dan doa kalian. erm..yang lain mana ucapannya? hehehe.. to salwani juga : nice card... satu kelainan..orang terakhir wish..really appreciate you all my friends!

untuk semua sahabat-sahabat yang masih mengingati hari ini..a lot of thanks!

To pengunjung-pengunjung blog yang wish..syukran... bertemu di alam maya menyatukan satu wadah fikrah dan ukhwah..

To adik puteri (smkb) dan adik pojie (IPPP) yang berkongsi tarikh 26 April ini, selamat hari lahir dik… moga hidup kan lebih bahagia dengan rahmatNya…amin..SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK "ADIK 26 APRIL"... juga buat semua yang berkongsi tarikh istimewa yang sama..

Ya Allah,
Seketika di hari lahir mereka ini,
moga muncul hari baru mereka yang ceria,
Engkau muliakan dan sayangi mereka,
ampuni dosa mereka,
berkati keluarga mereka,
sihatkan tubuh badan mereka,
limpahkan rezeki mereka,
jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan..
bahagiakan hidup mereka,
suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa keraguanMu,
makbulkan dan berkati cita-cita mereka yang murni...
amin ya Rabbal 'Alamin...




ni kek tahun lepas : dihadiahkan oleh Nik Najmiah dan Liza Suraya.. thanks freinds, yg ke 21 takde ke? hehehe

7 comments:

  1. hepi besday!!!
    may allah bless u alwiz...

    p/s:umo 21..dh besar..no hadiah k?=P

    ReplyDelete
  2. thanks.. amin...

    ala, nak jugak... alang2 dok jauh tu, beli le satu dua cenderahati besday... hehehe

    ReplyDelete
  3. salam..

    selamat hari ulang tahun kelahiran..
    semoga semakin bertambah umur semakin bertambah dengan Yang Maha Menghidupkan.. semoga semakin matang dalam menguruskan kehidupan harian.. semoga sentiasa stabat dalam dakwah dan perjuangan, sentiasa berpegang dan mengamalkan alquran dan sunnah rasul..

    asifi 'ala kulli hal.. wa mutaassif lianna la ajid alhadiah illa addu'a faqat..

    اللهم اصلح لك..

    ReplyDelete
  4. wslm akh, syukran jazilan atas ucapan dan doa yang dikirimkan.. amin, bagimu jua apa yang didoakan.. bahkan lebih dari itu, Moga Allah redhai setiap perjalanan hidup kita, insyaAllah... moga kita jua kan terus thabat di jalan ini...

    tak mengapa, hadiah bukan segala-galanya... tanda ingatan ; doa adalah segala-galanya.. itulah doa 'seni menghargai'...menghargai dengan cara yang diberkati.. senjata mukmin..

    syukran milyun marhaban...

    =)
    really appreciate it!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..wah2x! 21tahun..titik umur yg belum pernah sy sendiri kecapi..mohon dipanjangkn umur utk terus bertaubat~ alfu mabruk3x! Sanah Helwa ya Ukhti!! =)

    ReplyDelete
  7. to ariff...

    syukran2...
    erm, tak lama lg rasa jugak angka 21 tu.. =)
    sedar tak sedar da 21 tahun, mula masuk mktb bru 18..
    amin, moga umur mu jua dipanjangkan dalam maghfirah-Nya...
    TQ=)

    ReplyDelete