Thursday, April 2, 2009

Syahid dalam cinta-Nya

“syahid, hang nak gi tak kuliyah maghrib jap gi?” tanya sahabat seakidah, hmm… esok hantar tugasan major.. mengapa hati masih liar dengan Taman Syurga ini? permudahkan jalan menuju-Mu Ya Rabbi… Allahumma thabbit qalbi Ya Allah…jangan biarkan kesibukan dengan dunia menyebabkan aku lari dari akhirat.. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang memudahkan jalan-jalan ke Taman Syurga-Nya kerana Ahad 29 Mac yang lalu, masih aku dipilih Allah dan sahabatku untuk menghadiri Kuliah Maghrib. Tugas sang pentazkirah sebenarnya diganti pada malam itu dengan seorang doktor Islam yang amat ku kagumi ; Dr.Jamnul Azhar. Sekali lagi, Allah memilihku untuk berguru dengannya dan moga melalui majlis seperti ini, hatiku dijinakkan..

Sesiapa yang pernah menonton Majalah3 khusus tentang Palestin pasti pernah melihat insan doktor ini, turut bersamanya Dr Sheikh Muzaphar Shukor. Pemergian mereka ke Palestin lalu hasil anjuran bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Kandungan ceramahnya banyak diisi dengan tayangan gambar-gambar realiti yang berlaku di Palestin kini…Pada yang mabuk darah, tidak doktor sarankan untuk melihat.. bahkan, aku sendiri kalau tidak kerana Allah kuatkan ‘daya tahan’ tubuhku, pasti aku orang pertama yang ‘syahid~pitam’ di dalam masjid itu…

Tatkala sang doktor menunjukkan satu gambar.. runtunnya hati melihat seorang bayi yang syahid terbunuh, umurnya baru 10 hari, disisinya ada ibunya yang syahidah… Ketika sang ibu sedang menyusukan bayinya, tapi ditembak mati.. Ah…yahudi laknatullah! Rakus! Alasannya mudah tapi cukup untuk menceritakan bahawa yahudi penakut! “sebelum kami ditembak oleh kanak-kanak Palestin yang nanti menjadi tentera Islam, baik kami menembaknya sebelum kami ditembak!” nah..betapa penakut dan pengecutnya yahudi!

Hati bergetar hebat dan tertawan melihat gambar seorang pemuda yang syahid, manisnya senyuman yang Allah hiaskan pada wajah syahidnya… Jujurnya, sehingga kini, tidak dapat aku lupakan wajah itu...wajah seorang syahid.. kata doktor, dirinya mungkin sedang melihat bidadari syurga yang Allah kurniakan padanya… hai, indahnya hidup dan hidupnya dia disisi Tuhan…

Kata doktor lagi, dia ikut serta mengiringi seorang syahid muda untuk dikebumikan.. kata doktor dia ingin melihat bagaimana syahid syahidah dikebumikan… sebelum kematiannya, sempat si pemuda syahid ini mewasiatkan pada ibunya agar nanti dia dikebumikan bersebelahan kubur ayahnya yang telah syahid pada tahun 1989..lantaran keadaan tanah di bumi al-Quds, cangkul digunakan…saat penggalian, cangkul tersebut terkena kubur ayahnya dan Allah memperlihatkan sekali lagi kekuasan-Nya.. Jenazah ayah si pemuda tadi tidak reput!! Menurut doktor lagi, dalam ilmu perubatan, sekiranya 4 jam selepas jantung berhenti berdenyut, darah kan membeku terus…tapi kes si ayahnya yang syahid? sudah 20 tahun berlalu, kenapa masih utuh jenazah ayahnya? Bahkan darah masih segar merah mengalir… Tak lain tak bukan, benarlah janji Allah, dalam surah Ali-Imran ; 169 :

Peristiwa itu membuatkan sang doktor seram sejuk melihat kehebatan Tuhan.. ku kira, peristiwa ini sememangnya Allah tingkatkan keimanan sang doktor dan semua yang memerhati.. mengambil 'ibrah disebalik peristiwa itu.. Tuhan Al-Hadi.. hanya Engkau membuka tutup hati insan….

Wawancara bersama Menteri Kesihatan Palestin turut diceritakan.. sekiranya ingin dibawa keluar seorang anak yatim Palestin, harus dibayar RM20 ribu…ya, Seorang! Lihat.. manusia apakah yahudi itu? Kata doktor lagi, dia didatangi seorang anak yatim perempuan yang berusia 6 tahun, comel kulihat menerusi tayangan gambar, katanya mulut anak itu petah bercakap, membuatkan sesiapa yang melihatnya kan sebak didada.. “ana wahdi fi dunya” argh…runtunnya jiwa bila cerita itu aku hayati… bayangkan, aku masih lagi punya ibu bapa yang amat memanjaiku, abang dan kakak yang sangat mengasihiku tapi anak itu? Keseorangan… bila ditanya apakah cita-citanya ketika besar nanti? Kata anak itu ; doktor! Kenapa? Bila jadi doktor, cucuk jarum ke badan orang Islam kan sembuh, cucuk jarum ke badan yahudi kan mati… cerdiknya…! aku tersenyum seketika membayangkan anak itu.. kata doktor lagi, anak itu menangis dan meraung bila mana dia mahu pulang ke Malaysia, katanya datanglah semula ke Palestin membawa dia ‘lari’ dari azab yahudi laknatullah… ah..permintaan seorang anak.. kita, mampukan dipekakkan telinga bila dirayu sebegitu? Justeru, RM20 ribu perlu disiapkan, kerana dia pasti kan membawa pulang anak itu dengan izin Allah… Tambah doktor lagi, Solat Jemaah Subuh di bumi Palestin itu seperti Solat Jumaat di Malaysia.. Solat Subuh di Malaysia?.. satu lagi tambahan menarik.. ayam turut ‘syahid’? Hampir 500 ribu ekor ayam dibunuh yahudi.. kenapa? Kerana itu bekalan makanan penduduk Palestin..kejamnya! mereka ingin penduduk Palestin mati kerana tiada makanan.. huh yahudi! Lantaran bodohnya kalian lebih dari binatang ternakan, rakusnya kalian dari binatang liar.. layaklah! Sememangnya tiada satu tempat pun di bumi Allah layak kalian duduki!

Erk..aku terfikir, aku bagaimana? Adakah jiwa syahid dalam diriku? Walau sekadar cebisan tempias semangat syahid? Adakah…? Sedangkan amal ma’ruf nahi mungkar pun tidak tertegak di dalam diri… alahai diri yang rapuh semangatnya… Tuhan, ku mohon, kuatkan hatiku dalam ketaatan pada-Mu, Rasul-Mu dan Ad-Din-Mu.. moga aku mati dalam keadaan Mukmin, bukan Musyrik.. moga bila aku mati, matikan aku juga dalam keadaan syahidah.. tapi ku tahu.. sebelum maqam itu tercapai aku harus ‘syahid’kan semua runtunan diri dan nafsu.. perlu ku ‘syahid’kan dunia dari hatiku…bahkan mesti! agar syahid disisi-Mu ku peroleh… mampukah aku? Lantas, ku tahu jawapannya, aku masih gagal! Namun, takkan ku berdiam diri, memandang sepi, memekakkan seruan Islam… Boikot! Itu cara terbaik bagiku agar tidak ku kukuhkan lagi ekonomi Israel Yahudi Laknatullah.. berbaloikah dengan boikot yang tidak seberapa ringgitnya? Ah, Sekurang-kurangnya Allah tidak tanya apa natijah sumbangan aku kepada Islam, tapi apakah yang aku sumbangkan untuk Islam?! Moga tidak aku ‘alirkan’ peluru-peluru yahudi ke bumi Palestin dan ke seluruh 'isi'nya..amin.. Allahummaghfirli ya Allah!


Untuk Mu Palestin
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa..lestin

2 comments:

  1. teruskan perjuangan dOa.....insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. doa senjata mukmin.. hati harus meyakini..pertolongan Allah itu dekat!
    Allahummansur falastin ya Allah!

    ReplyDelete