Friday, May 15, 2009

Jihad Ilmu

Salam jihad ilmu~

Sekadar peringatan buat diri yang sentiasa leka dengan masa dan sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi.

Manusia sememangnya telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Punya ruh, akal dan jasad. Firman Allah dalam surah Al-Tin ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”. Namun, diakui setiap manusia berbeza mengikut usaha dan jihad diri sendiri. Dalam jihad ilmu, ada di kalangan kita leka dan lalai dengan masa, ada di antara kita tekad berjuang.

Sempena musim imtihan IPGM… penulis ingin mengucapkan maan najah untuk semua..
Dalam seminggu dua ini, pastinya tekanan yang diterima cukup menggoyahkan semangat. Desakan tugasan mahupun organisasi dan hambatan masa yang ibarat pedang boleh memotong kita sekiranya sedetik kita leka. Ayuh teman, betulkan niat ikhlaskah hati menuntut ilmu mencari Mardhatillah. Dikuatiri, tekanan yang diterima dek kerana niat yang belum beres, mungkin ada di antara kita belajar untuk exam, belajar untuk jadi cikgu. Apapun, masih belum terlambat. Mardhatillah. Itu selayaknya tujuan utama. Pasti kelak kan lebih bermotivasi belajar kerana-Nya. Ayuh letakkan pergantungan sepenuhnya pada-Nya setelah usaha semaksima mungkin.

Ramai dikalangan kita berusaha tetapi lupa berdoa, ramai juga diantara kita berusaha dan berdoa. Tapi ramai lagi di antara kita berusaha dan berdoa tanpa tawakkal kepada-Nya!

Jom! Tegakkan usaha, pasakkan doa, teguhkan tawakkal..
Mohon maaf buat semua dan doakan Al-Falah ku… Maan najah~

No comments:

Post a Comment