Tuesday, May 5, 2009

Khabar Cinta


semasa di gerai jualan konvokesyen IPP yang lalu, semua sibuk membeli bunga mawar. Sangat cantik. Indah. Lalu seorang sahabat berkata ‘cintakan bunga, bunga kan layu’. Terus sahabatku yang lain menyampuk ‘habis tu, hang tak nak disayangi?’… kerenah dua orang sahabat ini membuatkan aku terfikir seketika. Ada benarnya.

Cinta itu fitrah, tetapi boleh bertukar menjadi fitnah. Sebenarnya secara peribadi, aku agak berat untuk menulis tentang hal ni. Bercakap tentang cinta ni, tiada penghujungnya. Tak perlu dibahaskan hujah-hujahnya. Bagiku, semua sudah besar, tahu mana baik mana buruk. Tahu mana halal mana haram kerana cinta ; yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Noktah.

Tak lama dulu, abang yang sulung pernah bertanya ‘dik, dah ada orang ke belum?’. Alahai, malasnya soalan tu untuk ku jawab. Hajat dihati ingin sahaja buat-buat tidak faham dengan pertanyaannya, tapi tengok pada renungannya dan intonasi yang serius, aku sedar ‘munaqasyah’ bersamanya turut serius. Dilarang bermain-main. Lalu ku jawab ‘belum, tak fikir lagi’. Lalu nasihatnya dengan nada yang amat tegas dan agak ditinggikan tapi masih penuh dengan kasih sayang ‘dik, nak bercinta biar satu. Dan yang satu tu suami. Berkawan tak apa seribu sekalipun. Tapi cinta ; pada yang satu’. Lama aku senyap disitu. Dan hanya mengangguk setuju menerima ‘syarat’ yang diberikan oleh abangku. Lalu pada ibu, ku ajukan soalan kenapa abang nasihat begitu begini padaku, kata emak ‘mak pun tak tahu, tapi abang lebih tahu.. kerana dia lelaki’. Erm, aku bersetuju mengangguk mengiayakan kata bonda tercinta. Namun, bagiku pada ketegasannya ku tahu ada dua makna. Pertama ; bercinta biarlah satu,.. Kedua ; kalau tak bersedia nak ‘akad, jangan bercinta. Pastikan tu suami yang betul. Tersirat disebalik nasihatnya ‘kalau tu suami, boleh ke manusia tahu Qada’ dan Qadar jodohnya?’. Ayatnya mudah, tapi kalau diamati sangat tersirat. Terima kasih abang.

Justeru, sekiranya ada terlintas dihati perasaan itu, belajarlah untuk kawal. Bukan melawan bukan melayan. Fitrah kalau dilawan parah akibatnya. Kalau dilayan fitnah jadinya. Pandai-pandailah kemudi hati.. Bawalah perasaan itu ke arah yang benar. Bermatlamatkan pernikahan. Bila matlamat diluruskan, segala masalah hati takkan timbul. Dahulukan apa yang penting di dalam hidup. sekiranya belajar menjadi keutamaan, dahulukanlah.. bergantung kepada diri masing-masing. Namun, kawal hati tak semudah dikata. Dugaannya terlalu luar biasa. Benar-benar hebat sesiapa yang mampu menjaga hatinya. "jangan kerana cinta kita gugur, jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair"

Teringat kata-kata ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya Aku Terima Nikahnya ‘cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta itulah jati diri’

Sekadar perkongsian (“,)

No comments:

Post a Comment