Monday, May 11, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ).. aku datang!


Alhamdulillah, Sabtu 9 mei yang lalu KBAZ telah kukunjungi. Alhamdulillah, hari itu aku masih hamba yang terpilih ke situ, sungguh diluar bidang kuasa manusia. Mulanya, rasanya mahu sahaja terbang ke KL minggu tu, namun memikirkan tiada teman untuk ke sana, lantas hasrat itu jauh disudut hati dipendamkan, pasrah dengan kudrat dan kemampuanku. Anggapanku, sememangnya tidak dapat aku menjejaki kaki ke situ. Alhamdulillah, aku masih hamba yang terpilih diantara jutaan syabab untuk ke situ. Datangnya jemputan dibawah nama persatuan memberi peluang kepadaku. Syukur ya Allah. namun, masih ada sahabat-sahabat yang tidak dapat pergi. Banyak masyaqqahnya. Benarlah, kita merancang, Allah juga merancang. Tapi rancangan-Nya lebih baik. Ada hikmah disebalik sesuatu kerana tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia.

Di dalam majlis, aku mampu bertahan seharian mendengar mutiara-mutira yang dikeluarkan dari Dr. Roslan bin Mohd Nor, Dr. Azzam Tamimi dan Dr. Mohsen Salleh. Keadaan dewan yang cukup sejuk sekali sekala mengganggu konsentrasiku. Apa yang diutarakan oleh Dr.Roslan, Alhamdulillah dalam bahasa melayu. Manakala dua lagi sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Aduhai.. berkerut juga mukaku reaksi dari menangkap kalimah-kalimah yang perlu aku fahami sebetulnya. Alhamdulillah, mujurlah bahasa yang digunakan agak familiar dan mudah difahami. Pengisiannya? Terlalu banyak, bahkan banyak isi-isi penting aku terlepas lantaran Bahasa Inggeris. Tapi mujurlah ada ‘translator’ disisi.

Diantara kertas kerja yang dibentangkan ialah Zionism Versus Judaism dan The End Of Zionism by Dr.Azzam Tamimi, The Downfall Of Islam (Ottoman Empire And The Creation Of The Illegal State Of Israel by Dr.Roslan bin Mohd Nor, , The Reality Of The Zionist & Their Propaganda dan Revival Of Islam In Palestine & Facing The Zionist Agenda by Dr.Mohsen Salleh.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Khilafah Islamiah sebenarnya dijatuhkan pada 19 Oktober 1923 apabila disytiharnya Republic Of Turki. Masalah ekonomi dengan jumlah hutang yang banyak menjadi faktor kejatuhan khilafah ini. Berikutan dengan hilangnya khilafah sebagai payungan Negara islam inilah, timbul masalah ummah, Ad-din tidak terbela, Ad-din tidak tertegak dalam sebuah Negara lagi.

Kini, untuk kembalikan kegemilangan khilafah, perlu mujahadah dan jihad yang kuat. Bagaimana?

Bagiku disini, kisah susur galur Palestin sememangnya ramai yang sudah tahu, bahkan sudah mendalami. Tapi cara mempertahankannya dan peranan seorang Muslim? Agaknya, hanya sebilangan kecil yang faham. Menurut speakers, peranan seorang muslim ialah perlu membaca dan mendalami sejarah palestin. Galakkan orang lain untuk speak out dan jangan give up. Hal ini kerana menjadi tanggungjawab setiap insan untuk semarakkan hakikat jihad ini dan sekarang tiba masanya kita harus berhenti bercakap tentang hal ini dan mula bertindak.

Disini dinyatakan pentingnya media massa yang menjadi alat komunikasi utama. Masih ingat tentang dasar ‘apartheid’? kenapa dasar ini boleh jatuh? Kerana adanya penolakan rakyat yang berkulit hitam bangun menentang. Kita? Muslim? Tentangan dari segi apakah yang kita lakukan? Bahkan media digunakan secara meluas. Adanya penentangan media secara global. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan dasar ini jatuh ; peranan media.

Saranan speakers ; gunakan kemudahan yang ada terutamanya internet. Bagaimana? Menulis. Blog satu wasilah, emel dan sebagainya. Ayuh sahabat, apalagi yang ditunggu?

Aku benar-benar tertarik dengan kata-kata Dr.Azzam Tamimi
“sebelum kamu tidur, tanya diri kamu, apakah yang telah kamu lakukan untuk palestin?”
~aku sendiri hingga kini tidak tahu hujah apakah untuk menjawab soalan itu. Sekadar boikot? Setakat mana usahaku memboikot barangan yahudi itu? Bercakap tentang palestin? Semestinya kurang! Lantas, mana usahaku?.

Seketika, kata-kata Dr.Mohsen menjengah
“Simpati adalah satu perkara dan berbuat sesuatu hasil simpati adalah perkara yang lain”
~aku terfikir lagi, hanya simpati cukupkah? Hanya melihat cukupkah?

Mafhum speakers lagi, ku kutip mengiringi peranan dan tugasku sebagai bakal murabbi, bakal mursyid.

Untuk mendidik manusia mengambil masa yang lama. Dan ianya tidak memakan masa yang singkat. Contohnya, bermula dari pemikir pendidik Imam Al-Ghazali untuk membentuk Solahuddin Al-Ayubi mengambil masa 100 tahun. Nah, sebagai pendidik, selalunya mudah berputus asa dengan ‘kerenah’ anak didik. Tapi Imam Al-Ghazali berupaya menghasilkan pembebas Palestin dalam jangka masa yang lama. Aduh, aku, mampukah?

~Ramai masyarakat diluar pastinya mempersoalkan kenapa Hamas menerima bantuan dari Iran yang majoriti ialah Syiah? Disini, tambah Dr.Azzam, kenapa perlu persoalkan Iran yang memberi bantuan tanpa bertanyakan kenapa Mesir yang sunni tidak memberi bantuan?


~tepuk dada tanya iman, apakah yang telah kita lakukan untuk Palestin, untuk Islam...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

justeru teman-teman yang dikasihi.. ayuh sama-sama kita baiki diri dan menyeru orag lain, berusaha ke arah melakukan 'sesuatu' untuk bumi jihad ini. sama-sama kita hayati kata-kata Solahuddin Al-Ayubi "sesiapa yang menguasai Palestin, dia kan menguasai dunia"

.... i've wrote Syahid dalam cinta-Nya.... about Palestin.. in archieve April 2009.. read it~

2 comments:

  1. Syukran jazilan kerana sudi sertai program anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Aman Palestin Berhad. Lps ni bleh la plak menjadi ahli PEMBINA dan memberi sumbangan.

    Tahniah buat anti...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    hehe..afwan..
    insyaAllah...

    memberi kerana Islam..
    =)

    ReplyDelete