Saturday, May 23, 2009

Masa dizalimi..

Berakhirnya sudah Semester 3 … semester hadapan, semester yang baru. Semalam, sebelum mata tertutup lena, aku terfikir tentang kerja-kerja yang tidak disiapkan~ terlalu banyak! Terlalu! Kemudian, hadirnya satu natijah dari muhasabah itu.. aku ; lemahnya pengurusan masa!

File-file kelas semester lalu masih belum kusiapkan semuanya. File kelas semester ini? Kalau yang lalu belum ditunaikan, yang sekarang apatah lagi~ ucapan TQ buat rakan sekelas yang mengetuai sistem file kelas. Kulihat pada rakan-rakan sekelas yang lain, semuanya sudah beres! Aduh.. File Helwani masih berterabur, mujur rakan kepimpinan Helwani memahami tugas dan faham kesibukan masing-masing.. Aktiviti lajnah kelas masih belum disudahi. Apatahlagi kami hanya bertiga mengeras tenaga membangunkan ilmiah 34 orang. Mujur masing-masing diantara kami memujuk satu sama lain saban saat saban ketemu. Jua kertas kerja itu dan ini juga belum disiapkan… sekarang minggu peperiksaan. Dua kertas peperiksaan telah disudahi. Alhamdulillah~ kini menanti tiga kertas lagi.. Allahurabi…

entahlah.. entri seorang sahabat yag kubaca dari blognya (http://waznulhaq.blogspot.com/2009/05/jangan-pakai-baju-labuh.html) sangat-sangat menghadirkan rasa bersalah pada diri.

“Namun, apa yang perlu diingat, gerak kerja ini memerlukan kayu ukur bagi menghadkan batas seseorang itu untuk mengatakan CUKUP. Lumrah insan biasa, pasti punyai had tenaga, had tumpuan dan had fokus yang tertentu. Saya pernah melihat peristiwa seorang sahabat, memegang pelbagai jenis jawatan, bermula dari peringkat akar umbi hinggalah pimpinan. Sibuk, sibuk, sibuk…sungguh sibuk. Pagi ini program A, tengah hari usrah B, petang pula Program C, kemudian malam pula program D! Sehinggakan tiada masa untuk dia berehat, saya yang melihat sahaja pun sudah terbit rasa kasihan, apatah lagi tubuh yang menanggung. Apa yang termampu saya bantu beliau sebaik mungkin.
Tapi perkara yang paling disesali ialah, yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Kepelbagaian jawatan itu menyebabkan sedikit demi sedikit ianya terabai. Persatuan yang dahulunya aktif akhirnya bertukar pasif akibat komitmen diri yang tidak dibahagikan dengan baik. Kepenatan membelenggui dirinya, kebingungan sering menjamah ruang pemikiran. Akhirnya, terlontar pelbagai fitnah dari mulut-mulut jahat yang tidak diketahui puncanya. Masakan tidak, apabila kesibukan itu benar-benar menjadi pengganti kepada ‘kesihatan’ hubungan sosial bersama manusia lain, maka terabailah ukhwah, tersingkirlah kemesraan. Pertimbangkanlah otak-otak asing yang tidak pernah mengenal erti fikrah dan perjuangan kita. Andai benar jika kau katakan ingin menjadikan dirimu ibarat IKON Muslim yang baik, mengapa dibiar barah fitnah itu bermaharajalela? Benarlah apa yang dinasihatkan oleh seorang sahabat baik saya, “Terima jawatan itu selagi mana awak rasa awak mampu, jangan sampai jawatan itu menjadi fitnah kepada diri awak”.

Pesanan saya, jangan dipakai baju yang labuh, sudah tahu diri bersaiz M, mengapa dipakai baju bersaiz XL? Ukurlah diri agar mudah bermuhasabah nanti. Berjuang itu bukan dengan semangat kerana ia datang dari nafsu tapi berjuanglah dengan penuh hikmah dan daya kemampuan serta kebijaksanaan kerana ia datang dari sifat tulus seorang hamba. Ingatlah, jika kita mengharapkan pahala sebagai balasan untuk perjuangan, berhati-hatilah, khuatir ianya telah pun BUSUK diracun DOSA.”


Erm.. aku hanya mampu berteleku memikirkan kesilapan diri. Penat makin menguasai diri, kebimbangan kian bertambah begitu jua kerusingan. Hubungan sesama sahabat kian renggang lantaran ketiadaan ruang untuk berinteraksi. Mujur, syukur kerana punya sahabat yang sangat memahami. Namun fitnah tetap bermaharajalela. Itulah kelemahanku, tidak mampu memfokuskan kepada dua perkara sekaligus. Fikirkan organisasi, akademik terabai. Fikirkan akademik, organisasi terabai. “Sungguh, aku menyesal!” kata-kata ini pernah terbit dari hati. Tulus. Namun segera hati beristighfar, jangan disesali apa yang telah berlaku, tetapi perbaikilah kesilapan. Itu sebaiknya. Bukan salah kerja, tapi salahnya diri sendiri yang gagal. Sedar diri bersaiz M tapi mencuba XL. Itu kerja gila. Bahkan aku rasa, kerjaku telah pun busuk diracun dosa.

Sewaktu perjalanan ke surau Maghrib lalu, aku mendongak ke atas memandang langit malam “telah kupinta pada-Mu panjangkan umurku untuk hari esok, namun kutetap sia-siakan hariku berlalu tanpa ada perubahan. Tuhan, jangan diakhirat nanti Kau persoalkan aku tentang masa yang telah Kau berikan yang telah aku sia-siakan” Astaghfirullah.. Subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Sekarang ini, aku masih mengutip kekuatan jiwa dan hikmah. Sedang membina kemampuan dan kebijaksanaan. Masih perlu kubaiki diri dan pengurusan masa. Kelak, dengan hadirnya semester yang baru, moga punya jiwa yang baru, punya nyawa yang baru.. diri perlu berubah! amen..

Teringat makna hadis Rasulullah mafhumnya orang mukmin takkan terpatuk ular dari lubang yang sama. Moga aku seperti itu ; belajar dari kesilapan pengurusan masa. Belajar dari Rasulullah sebagai Hamba, Suami, Pemimpin Negara dan segala-galanya. Ku susuri sirahmu… moga aku diberi kekuatan!

2 comments:

  1. Salam~ betul3x..masa, kdg2 kita terlupa masa itu faktor yg paling kita x pandai susun..igt! Allah..ada bersumpah mengenai masa dlm surah al-asr!

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam~
    Al-Asr.. hurm, rasanya masih belum dihayati sepenuhnya =( sebab tu masa pun berterabur nih..

    kerja pun telah terfitnah kerana diri ni..
    sedang diperbaiki.. insyaALLAH..

    ReplyDelete