Saturday, June 20, 2009

Rona bosphorus

“Seboleh-bolehnya dia mahu melupakan memori pahit itu, tetapi sesungguhnya dia tidak mampu. Telah hampir sejam dia di situ, duduk bertindih paha sambil menyandar pada bangku batu, menghadap Selat Bosphorus.

Dia menutup Sejarah Istanbul yang baru selesai dibaca. Sengaja dikhatamnya buat kali kedua. Dia ingin memahami sejarah dan belajar daripada sejarah Istanbul ini. Melalui sejarahlah dia terus mengagumi Istanbul. Dan kerana mengetahui sejarahlah dia sentiasa menyayangi Istanbul. Kekal optimis dengan nasib Istanbul.

Matanya tidak lekang daripada merenung ke tengah selat yang membiru. Di situ ada kedamaian. Ada kenangan. Ada harapan. Dan menurut buku yang dibacanya tadi, ada sejarah yang bakal berulang.

Tiba-tiba guruh mengetuk pintu langit. Kepulan awan yang memutih lama-kelamaan bertukar kelabu. Langit yang tadinya cerah biru lazuardi, mulai resah dan kini sudah diselubungi mendung.

Berkali-kali dia mendongak ke langit.

Hujan akan mencurah dalam musim panas begini?

Dia seakan-akan tidak percaya. Agak mustahil.

Tetapi ini semua kuasa Tuhan. Pasti ada hikmahnya atas setiap yang berlaku. Dia teringatkan impian Ilham yang mahu melihat hujan turun di Istanbul pada musim panas sebelum terlukisnya pelangi berlatarkan Selat Bosphorus.

Apakah impian itu akan terlaksana?

Dia segera mencari pondok berteduh. Guruh kian bermaharajalela. Kilat sabung-menyabung mengiringi hujan yang turun dengan lebat membasuhi bumi Istanbul. Lebat selebat-lebatnya. Serta merta rasa gembira menjuak hatinya, bagai tidak terkawal. Dia semakin optimis dan jauh di dasar sanubarinya perlahan-lahan bertunas keyakinan.
Pasti sesudah hujan nanti, ada pelangi yang akan meronai Istanbul dengan wajah baru. Yang lebih berseri”


Ini adalah part terakhir dalam novel Rona Bosphorus yang telah berulang kali ku khatamkan. Karya dari Zaid Akhtar. Sungguh mempesonakan!



Dulu, Islam pesat berkembang disini, segar dan indah didiami, dinaungi..kini Turki, pembangunan sekular, Atartuk dianggap wiranya. Namun, bagi yang melihat dengan mata hati.. dialah perosak khilafah!

Pun aku seperti Afham.. menanti ‘pelangi’ itu kan muncul. Pasrah pada takdir. Pasrah pada kehendak-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui tentang segalanya. Pasti! Pelangi Islam kan muncul.. suatu hari nanti!

Pun aku seperti Afham, kan kekal optimis tentang nasib Istanbul. Walau sejarah biasanya akan dielakkan dari berulang, namun aku.. mengharap sejarah itu kan berulang ke dua kalinya. Islam kan kembali bertapak megah gah di dunia…

Rasulullah, khulafa’ ar-rasyidin, khalifah-khalifah Islam..kami susuri sirahmu… kami kutip ibrahnya… ku cuba…

No comments:

Post a Comment