Saturday, July 11, 2009

Nilai Sabar.. Manisnya dirasai..

ALHAMDULILLAH, 3-5 julai yang lalu, selesai sudah Kembara Al-Falah, sebuah Kem Motivasi Tahun 6 Sekolah Negeri Islam Perlis Peringkat Negeri anjuran Lajnah Ilmiah, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam IPGM KP. Berkampung di Pusat Pendidikan Luar (PL), IPGM KP.

Bagiku, setakat ini, kem inilah yang benar-benar mencabar kewibawaan dan kematangan berfikir meski pesertanya hanyalah kanak-kanak berusia 12 tahun. Subhanallah, terima kasih Tuhan beri aku kekuatan selama tiga hari berturut-turut. Memegang status Timbalan Pengarah Program bukanlah sekadar mengarah, memantau dan menolong. Ke hulu ke hilir, itulah tugasku. Menolong ketuaku mengendalikan slot demi slot, memastikan segalanya berjalan lancar.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada warga IMPI atas komitmen yang diberikan walau ada kurang dan lebihnya. Normal~ setiap manusia melakukan kesalahan. Ucapan MAAF kupohon ikhlas buat Pengarah Projek saudara Fikri sekaligus merupakan Ketua Lajnah Ilmiah dan Nurus Syazana sebagai Setiausaha Program merangkap Setiausaha Lajnah Ilmiah.. kerana tidak berpeluang bersama kalian ketika susah payah dan jatuh bangunnya kalian dalam mengemudikan pra-program kem ini. Lantaran hambatan Wacana Penyelidikan dan Inovasi yang berlangsung selang dua tiga hari dari tarikh kem ini. Kumohon maaf atas ketiadaanku.

Andai boleh ku tolak ‘amanah’ sebagai Urusetia Wacana Penyelidikan dan Inovasi..

Perasaan serba salah menghantui sehingga kini. Masakan tidak, jatuh bangun, dihentam dihempas, dikritik dicaci, dimaki diumpat.. ‘pemandangan’ biasa Lajnah Ilmiah hadapi bersama.. sikap saling menolong, saling menasihati, saling berkongsi, saling memberi diantara kamilah yang menguatkan hujah kenapa kami masih disini.. terus menggalas amanah IMPI dalam membangunkan ilmiah dan intelek warganya.. semua dugaan ini, mematangkan kami dan memberi anugerah Tuhan 'sabar' yang tidak terhingga..

Namun, terkilan dihati membekas kerana tidak terlalu menolong mereka berdua mengendalikan urusan sebelum program.. seolah bagai senang dilalui bersama, susah ditinggalkan kepada mereka berdua. Ketahuilah, di Hydro Hotel saat wacana berlangsung, tak semudah itu untuk aku memandang enteng pada Kembara Al-Falah. Pemisahnya Jambatan Pulau Pinang, namun penghubungnya talian Celcom yang menjadi ikatan antara kami. TQ ‘tonggak’ Lajnah Ilmiah, kalian memberitahuku segala perubahan dan perjalanan pra-program… sangat dihargai..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Melihat kanak-kanak peserta program ini, terbit jutaan rasa. Berbaur. Bangga kerana mereka diberi didikan agama. Kasihan melihat mereka penat, kurang rehat dan kurang tidur. Geram melihat kanak-kanak yang ‘sakit’. Pelbagai alasan dicipta, sakit dada, sakit mata, pening. Apa yang harus kuingat, sabar adalah jalan yang terbaik. Namun, kemuncak kesabaran meningkat apabila, malam itu, seorang pelajar mengatakan dia sakit dada, lalu menangis. Kupujuk agar dia makan, kupujuk agar dia berhenti menangis. Namun, segalanya diendahkan. Lantas, ku ‘ugut’, kan kuhantar dia ke hospital malamnya dan esok hari. Mungkin sedikit gentar, dia menghabiskan roti dan air teh dan akhirnya menjalani program seperti biasa. Alahai.. kanak-kanak… manjanya lebih dari kehendaknya.

Melihat mereka, terbit satu sinar baru dalam diri.. benarlah.. mendidik biarlah dari masa kecilnya. Mudahnya ‘rebung’ dilenturkan.. mudahnya hidayah menghinggapi. Namun, kesabaran haruslah mengatasi segalanya. Dalam mendidik, sabar itu adalah asas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Melihat ‘ibrah disebalik kisah Rasulullah menyuapi seorang wanita tua Yahudi meski si wanita tua mencaci maki Rasul hinggalah ke akhir hayat Baginda, bahkan selepas itu, Abu Bakar merealisasikan sunnah yang belum terlaksana. Menceritakan bahawa insan si penyuap adalah Rasulullah. Kisah ini menunjukkan satu ibrah yang cukup besar. Dalam dakwah Rasul, ada sabarnya.. dalam sabarnya ada hidayah yang hadir.. Akhirnya taubat dan pengislaman wanita ini dizahirkan walau hanya selepas kewafatan Baginda insan agung. Kerana sabar dan kuatnya peribadi Rasulullah…

Lantas, nilailah diri kita.. setakat mana mampu bersabar? Sejauh mana mampu menahan amarah?

Duhai diri.. perbaikilah mutu sabarmu… hidupmu masih jauh, didiklah jiwamu dengan kesabaran.. bersabarlah atas apa jua.. kerana manisnya sabar… pasti bukan nikmatnya dirasai kini… siapa tahu.. Allah ada rancangan-Nya buat kita…

Kata Imam Shafie berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan..

“berpesan-pesanlah diatas kesabaran”

Friday, July 10, 2009

Wacana Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Zon Utara

Kembalinya Pismp Semester 4 Pengajian Agama (A) dari Hydro Hotel, Bt.Feringgi Pulau Pinang dari Wacana Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Zon Utara pada 29 Jun-1 Julai 2009. Segah namanya, lebih gah lagi kandungan programnya. Lebih gah dari itu ilmunya. Dilantik menjadi urusetia, aku sendirinya berbesar hati menerima tanggungjawab ini walau agak berat. Semestinya, rakan-rakan yang lain pasti begitu. Bukan sebarangan insan yang hadir ke wacana ini. Tiga hari dua malam. Terasa detik berlalu terlalu cepat, sehinggakan sayu dihati meninggalkan program ini.
Program ini dibahagikan kepada pembentangan wacana dari pembentang jemputan yang berpendidikan serta berpengalaman. Bukan calang-calang pendidik. Pendidik yang berilmu. Kagum dan takjub melihat mereka. Begitu hebatnya ilmu merubah manusia!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Wacana 1 (Penyelidikan Ke Arah Inovasi Dalam Pendidikan) disampaikan oleh Dr. Balakrisnan a/l Muniandy. Wacana 2 (Teknik Penulisan Ilmiah) oleh Dr.Chua Yan Piaw. Alhamdulillah~ ditugaskan menjadi pelapor bagi slot ini, sangat-sangat beruntung.. Namun bukanlah mudah. Perlu menulis laporan lengkap merangkumi isi pebentangan. Dugaan terlalu besar. Sebaik sampai pukul 2 petang sehinggalah lewat jam 7 malam pada hari pertama, menyambut tetamu dan sesi pendaftaran bukanlah sesuatu yang agak ‘menyeronokkan’ bahkan penat menguasai diri. Sehingga terbawa-bawa penat ke dalam wacana 2 yang pada esoknya menjadi pelapor, mampukah bertahan? Hati sedikit gusar duhai diri, kuatkanlah. Ketika didalam Slot Wacana 2, mata sudah layu, tangan tidak mampu lagi menulis isi pembentangan, badan kian lemah, namun segera hati mengingatkan “Tuhan, jadikan ini majlis ilmu, agar dilimpahkan pahala dari-mu”. Diri dipaksa, hati dipujuk. Sedikit terubat dengan doa itu. Alhamdulillah, Dr.Chua seorang yang kecindan dan bersahaja membuatkan rasa mengantuk hilang begitu sahaja. Dengan magic Shownya dan cerita serta pengalamannya terbit lagi rasa kagum terhadap minat yang timbul dalam dirinya untuk menulis. Manakala Wacana 3 (Inovasi Pedagogi) disampaikan oleh Dr.Ghazali Darussalam dan wacana 4 (Harapan Dan Hala Tuju) oleh Dr.Nasrudin.

Manakala sesi pembentangan selari khusus untuk pensyarah yang membuat kajian. Sewaktu pembentangan kajian mereka, sepatutnya bukanlah aku tergolong dalam golongan yang bertugas pada waktu itu. Namun entahlah, terasa ada kuasa mendorongku turun. Sewajarnya, badan perlukan rehat, namun entahlah, hebatnya kuasa Allah yang memilik segala ilmu. Ilmu-nya jua yang kupohon barakah-Nya. Mula-mula hanya tertarik untuk mendengar pembentangan di dewan 1 kerana ada tajuk yang menarik perhatianku dari mula lagi. Namun, bantuan yang diminta oleh pensyarahku tentang kerja copy meng’copy’ ni membuatkan aku mengikut langkah derasnya ke dewan 2. Kemudian, satu persatu pensyarah datang memberi softcopynya untuk diuruskan. Menyebabkan aku tidak boleh ‘lari’. Alahai.. Ada hikmahnya. Dan Alhamdulillah. Di dewan 2, tidak menghampakan. Hampir kesemua kajian dilakukan melibatkan kehidupan PISMP. Sungguh menyeronokkan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

benarlah, ilmu membezakan darjat seseorang… pemisah antara hak dan batil..
IQRA’… Kalam wahyu pertama..