Friday, July 10, 2009

Wacana Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Zon Utara

Kembalinya Pismp Semester 4 Pengajian Agama (A) dari Hydro Hotel, Bt.Feringgi Pulau Pinang dari Wacana Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Zon Utara pada 29 Jun-1 Julai 2009. Segah namanya, lebih gah lagi kandungan programnya. Lebih gah dari itu ilmunya. Dilantik menjadi urusetia, aku sendirinya berbesar hati menerima tanggungjawab ini walau agak berat. Semestinya, rakan-rakan yang lain pasti begitu. Bukan sebarangan insan yang hadir ke wacana ini. Tiga hari dua malam. Terasa detik berlalu terlalu cepat, sehinggakan sayu dihati meninggalkan program ini.
Program ini dibahagikan kepada pembentangan wacana dari pembentang jemputan yang berpendidikan serta berpengalaman. Bukan calang-calang pendidik. Pendidik yang berilmu. Kagum dan takjub melihat mereka. Begitu hebatnya ilmu merubah manusia!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Wacana 1 (Penyelidikan Ke Arah Inovasi Dalam Pendidikan) disampaikan oleh Dr. Balakrisnan a/l Muniandy. Wacana 2 (Teknik Penulisan Ilmiah) oleh Dr.Chua Yan Piaw. Alhamdulillah~ ditugaskan menjadi pelapor bagi slot ini, sangat-sangat beruntung.. Namun bukanlah mudah. Perlu menulis laporan lengkap merangkumi isi pebentangan. Dugaan terlalu besar. Sebaik sampai pukul 2 petang sehinggalah lewat jam 7 malam pada hari pertama, menyambut tetamu dan sesi pendaftaran bukanlah sesuatu yang agak ‘menyeronokkan’ bahkan penat menguasai diri. Sehingga terbawa-bawa penat ke dalam wacana 2 yang pada esoknya menjadi pelapor, mampukah bertahan? Hati sedikit gusar duhai diri, kuatkanlah. Ketika didalam Slot Wacana 2, mata sudah layu, tangan tidak mampu lagi menulis isi pembentangan, badan kian lemah, namun segera hati mengingatkan “Tuhan, jadikan ini majlis ilmu, agar dilimpahkan pahala dari-mu”. Diri dipaksa, hati dipujuk. Sedikit terubat dengan doa itu. Alhamdulillah, Dr.Chua seorang yang kecindan dan bersahaja membuatkan rasa mengantuk hilang begitu sahaja. Dengan magic Shownya dan cerita serta pengalamannya terbit lagi rasa kagum terhadap minat yang timbul dalam dirinya untuk menulis. Manakala Wacana 3 (Inovasi Pedagogi) disampaikan oleh Dr.Ghazali Darussalam dan wacana 4 (Harapan Dan Hala Tuju) oleh Dr.Nasrudin.

Manakala sesi pembentangan selari khusus untuk pensyarah yang membuat kajian. Sewaktu pembentangan kajian mereka, sepatutnya bukanlah aku tergolong dalam golongan yang bertugas pada waktu itu. Namun entahlah, terasa ada kuasa mendorongku turun. Sewajarnya, badan perlukan rehat, namun entahlah, hebatnya kuasa Allah yang memilik segala ilmu. Ilmu-nya jua yang kupohon barakah-Nya. Mula-mula hanya tertarik untuk mendengar pembentangan di dewan 1 kerana ada tajuk yang menarik perhatianku dari mula lagi. Namun, bantuan yang diminta oleh pensyarahku tentang kerja copy meng’copy’ ni membuatkan aku mengikut langkah derasnya ke dewan 2. Kemudian, satu persatu pensyarah datang memberi softcopynya untuk diuruskan. Menyebabkan aku tidak boleh ‘lari’. Alahai.. Ada hikmahnya. Dan Alhamdulillah. Di dewan 2, tidak menghampakan. Hampir kesemua kajian dilakukan melibatkan kehidupan PISMP. Sungguh menyeronokkan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

benarlah, ilmu membezakan darjat seseorang… pemisah antara hak dan batil..
IQRA’… Kalam wahyu pertama..

No comments:

Post a Comment