Tuesday, August 18, 2009

Juang Seorang Wanita

Ku kagumi hebatnya semangat juang Asiah yang memohon istana di sisi Tuhannya, ku kagumi hebatnya Siti Khadijah dalam pengorbanannya yang tiada sempadan, ku kagumi juang Sumayyah mempertahankan akidah tauhid nan satu… ratu syahadah, lambang pengorbanan, syahidah.. juangmu bukan juang biasa, juang seorang hamba, juang seorang wanita..

Bukan senang untuk kita memiliki semangat juang yang tinggi, bahkan kalau sudah memilikinya, belum tentu bersemangat untuk laksanakannya. Melihat ibrah yang ditonjolkan melalui peribadi-peribadi srikandi Islam, sememangnya mampu membangkitkan semangat juang meski hanya mereka hanya seorang wanita yang ‘lemah’. Insan-insan agung ini sememangnya contoh semangat yang perlu disusuri dalam hidup ini. Siapa yang tidak kagum dengan Asiah? Wanita yang dinobatkan di dalam Al-Quran yang suaminya dicela Allah, siapa yang tidak kagum dengan Siti Khadijah? Wanita tersayang Rasulullah, teman setia suka dan susah, lambang pengorbanan.. siapa yang tidak kagum dengan Sumayyah? Syahidah Islam yang unggul tegar mempertahankan akidah..

Wanita sememangnya lemah dari segi fizikal, dipengaruhi emosi. Namun, sekali wanita bangkit dengan penuh kesedaran, juangnya tersangat luar biasa, kekuatannya melebihi kemampuannya, lihat sahaja betapa ramai pejuang-pejuang wanita Islam yang bergelar muslimah, lihat sahaja betapa ramai srikandi-srikandi Islam.. bahkan punya maqam taqwa yang tinggi. Punya cinta pada-Nya yang tiada tandingannya. Benarlah, kelembutan bukanlah satu kelemahan… diam wanita jangan dipandang lemah, tegar wanita bisa menggegar dunia…

Kuharap, ku impi, dan ku doa…moga aku, Allah kurniakan dan anugerahkan semangat dan peribadi yang tegar… sabar dan taat seperti Asiah, punya jiwa ‘korban’ teman setia yang sejati seperti Siti Khadijah, memiliki semangat ‘syahidah’ dalam diri persis Sumayyah yang kuat hatinya.. moga cerminan nama-nama ini, meresap kukuh, mengalir deras dalam diri.. amin..

buatmu sahabat-sahabat wanita, marilah sama-sama kita susuri sirah wanita unggul, wanita sejati.. mengambil iktibar dari semangat juang yang tegar dalam menegakkan Haq…
buat lelaki diluar sana, jadilah pemimpin kepada wanita dengan penuh sifat dan sikap ‘kekhalifahan’ . jadilah 'amir' persis Rasul kepada Khadijah, jadilah seperti Yasir senantiasa menjadi sayap kanan Sumayyah, tapi jangan sesekali seperti Fir’aun yang takbur pada Tuhan hinggakan Asiah, isterinya sanggup dibunuh..

2 comments:

  1. Salam..lama tidak meninggalkan jejak di blog ini =)

    hmm..muslimat sangat besar peranannya dalam dakwah Islamiyyah..

    pernah baca kisah Zainab Al-Ghazali, antara sayap kiri bagi gerakan Ikhwanul Muslimeen? Sungguh mengharukan..jiwa setabah itu dalam menempuh dugaan dan ujian..masih kah ada jiwa sekuat itu di kalangan kita?

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi meninggalkan bekas di blog ni=)
    ya, muslimah besar sekali peranannya.. sayap kiri perjuangan.. pernah baca sinopsis kisahnya, cuma bukunya belum..=)

    secara peribadi, sebenarnya sangat sukar nak mencapai maqam setaraf Zainab Al-Ghazali.. diancam dengan pelbagai kekerasan..sangat2 mencabar kekuatan fizikal wanita.. bahkan jika diukur dengan kudrat biasa, tidak sesekali boleh bertahan.. hairan, bagaimana dia boleh sebegitu teguh? semuanya pasti boleh, kalau Allah diletakkan di tempat teratas, pergantungan tawakkal...

    tarbiyyah, didikan dan peribadinya sangat luar biasa.. apatahlagi barangkali, ada aliran darah srikandi2 dahulu dalam dirinya.. yg menjadikan dia sehebat itu..

    hm..Thanks..soalan yang sangat 'mencabar' diri untuk jadi sepertinya..

    sekalipun jiwa setabah dan sekuat itu tidak lagi wujud, tapi semangat untuk menjejaki jiwa sepertinya insyaAllah masih dan kekal ada dikalangan muslimah2..

    masih dalam tarbiah dan memperbaiki mutu kekuatan jiwa..
    amin..

    ReplyDelete