Saturday, September 26, 2009

Menelusuri ibrah sirah~



“alangkah indahnya jika sekarang merupakan era khilafah, berada dibawah payungan khalifah, Islam sebagai cara hidup, bukan hanya sekadar agama anutan yang mana di ambil setengah dan menolak setengah yang lain!”

menelusuri sirah khilafah yang banyak ‘ibrahnya untuk diselongkari dan dihayati bahkan untuk dikhasiatkan ‘ibrahnya ke dalam hati yang makin hari menghitung hari, menjauhi Rasulullah, mendekati mati dan menghampiri yaum Assa’ah..

Islam; kan bergerak dengan kita ataupun tanpa kita…dakwah ; kan terus bernafas dengan kita ataupun tanpa kita.. beruntunglah jika kita Allah pilih sebagai ‘nadi’ Islam! ‘nadi’ yang akan mengembalikan syiar Islam yang agung, memartabatkan semula sistem khilafah yang runtuh di zaman Uthmaniyyah setelah berhempas pulas Sultan Abdul Hamid (II) mempertahankan khilafah dari golongan munafik dan kuffar! Namun, Allah sebaik-baik perancang… benarlah kata Saidina Umar r.a “tiada Islam melainkan jamaah, tiada jamaah melainkan kepimpinan, tiada kepimpinan melainkan ketaatan”. Golongan-golongan yang menjatuhkan khilafah pasti ada balasan setimpal dengan perbuatan kalian ‘merobohkan’ istana kemegahan Islam yang lama bertapak.. bermulanya hanya kerana tiada ketaatan kepada pemimpin, bahkan menjadi boneka kepada Kuffar la’natullah!

Melihat kepada peribadi Sultan Solahuddin al-Ayubi membuatkan kembara sirah terhenti seketika..lantaran unggul personalitinya, dalam meneruskan syiar Islam walau dia tidak menampakkan tanda-tanda suatu hari nanti dialah kan menguasai Palestin.. ah..besarnya semangatmu Sultan Solahuddin.. mempunyai kesedaran yang ternyata ‘rakus’ sehingga selepas mendapatkan bumi Mesir, kau merasakan Allah ‘mengilhamkan’ padamu untuk memakmurkan bumi Al-Quds ; Palestin.. benarlah katamu ‘siapa menguasai Palestin dialah yang menguasai dunia’.. alangkah malunya bila mana di era ini bukan Dinul Haq Islam yang menguasainya.. bahkan yang menguasainya bangsa-bangsa yahudi yang Allah usir mereka dari mana-mana tanah bumi ini.. pilunya bila mengetahui kisah kuburmu dipijak dan diseru ‘wake up Solahuddin, we are here!” Allahurabbi, begitu sekali kebencian golongan-golongan kuffar terhadapmu.. namun kedudukanmu disisi Allah ternyata luar biasa..

Sultan Muhammad al-Fateh, mencemerlangkan pemerintahan dan menakluki kota Konstantinople pada sekitar usia 20 tahun sehinggakan strategi Jihadnya diiktiraf sejarawan barat sebagai strategi peperangan terbaik dunia.. wah..apa agaknya ya perlakuan dan pemikiran kita sekitar usia 20 tahun tu, seperti Muhammad al-Fateh kah? Menguasai empayar-empayar di usia muda? Aduh..mustahil bagi diri ini bila memikirkannya…aduhai, benarlah ‘Pemuda harapan bangsa” Syabab? Tentulah untuk Islam!

Namun, sedasawarsa ini, usahkan di luar Malaysia, lihat sahaja di tempat-tempat pengajian kita kecuali yang mengamalkan biah solehah.. bagaimana syabab kita? Persis Muhammad Al-fateh? Atau masih ada yang tidak mengenali siapa khalifah muda itu? Isu-isu sosial dah macam budaya di tempat pengajian kita bermula sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.. akidah dipermainkan kerana kurang didikan agama, kerana cinta.. isu lelaki aww makin menjadi-jadi.. wanita pengkid makin meliar… kalau inilah syabab pada hari ini, bagaimana dengan generasi dewasa nanti rentetan syabab yang rosak? Agaknya, ada tak persis Sultan Solahuddin al-Ayubi yang ditakuti musuh? Alahai..rapuhnya jiwa! Namun, ada sahaja kemungkinan di antara kita yang menggelarkan dirinya da’ie namun masih bersikap bermain-main dengan dakwah? Yang masih mengutamakan hambatan fitrah berbanding hambatan fikrah?

Ayuh, sama-sama memperbaiki diri, mengislahkan jiwa.. dan tanyalah pada diri setiap insan bergelar Rijal Muslim yang Soleh wa Musleh.. di mana amir ummah ini sekarang?

p/s : Moga di mana sahaja ‘dia’ berada, pasti Islam kan agung semula…
Moga bila sahaja ‘dia’ bersuara, pasti syaitan kan membencinya...
moga bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya tersenyumlah malaikat dengan bangga...
moga untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan disekelilingnya...
moga ‘dia’ adalah kamu... amir ummah ini! Ameen…

No comments:

Post a Comment