Friday, October 9, 2009

Ujian.. Anugerah...

Salam alayk… sekadar kisah biasa yang ingin dikongsi..

Ujian-Nya...
Di saat tugasan yang membukit, di saat itulah aku dipanggil ustaz untuk menyertai Majlis Ujian Tafsir dan Hafazan peringkat IPGM seluruh Malaysia.. jauh termenung, bukan niat hendak menolak, tapi seakan-akan tidak mampu untuk memikul tugas itu… paling sedih, laptopku terkubur rosak.. mana mungkin mampu kuselesaikan semuanya? namun, pada Allah jua dikurniakan segala serahan tawakkal.. ku selak helaian Tafsir al-Quran kesayangan, ku tatapi surah As-syarh berulang kali menenangkan jiwa dengan janji-Nya.. hati terubat.. ada kesenangan disebalik semuanya, bila dan bagaimana? Aku sendiri tidak pasti.. pada-Nya jua aku sandarkan segalanya...

Hanya Allah yang mengerti bagaimana hati ini.. di dalam kelas, aku ’terlepas’ cakap mengatakan kenapa aku yang diuji sebegini.. namun segera sahabatku menyambut ’ish, tak baik, tu tandanya Allah sayang kat kita’.. dan sebenarnya ujian itulah yang dapat membuktikan betapa kita beriman atau berdusta.. Astaghfirullah, begitu bebas hati berprasangka dengan Allah..
Benarlah firman-Nya dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
dan aku.. entahlah dimana aku... seakan tidak mencapai maqam ujian...

Alhamdulillah, usai kesemuanya 5-9 Oktober 2009..

Allahu Akbar, Subhanallah... Maha Suci Engkau yang memudahkan urusanku, yang memberi kecukupan buatku, yang memberi kekuatan kepadaku melalui segalanya..

Sahabat-sahabat,
Selamanya masalah akan menghimpit kita.. pelbagai cara, pelbagai jenis ujian yang Allah timpakan kepada kita. Namun, ia sebenarnya ada kesenangan dan ketenangan yang Allah anugerahkan...yang penting, bagaimana kita menghadapinya.. tentulah dengan berlapang dada dan sabar.. pujuklah hati, berbaik sangkalah dengan Allah.. kerana disetiap ujian ini, adanya hikmah disebaliknya yang cukup besar dan yakinlah ianya adalah tarbiah Allah.. melaluinyalah sifat sabar, tabah, cekal, tawakkal dapat dipupuk.. usah dicari ketenangan pada manusia, kerana dia takkan mengerti apa yang dihati kita.. tapi pada Allah! Dia Maha Mengetahui segalanya , sangat memahami hamba-Nya, dan sangat Maha Merancang, Dialah yang datangkan segala masalah ini, dan selayaknya pada Dialah dipohonkan jalan penyelesaian.. pohonlah kekuatan melaluinya..


Berakhir sudah kekusutan... kini, terbit sinar kesenangan.. syukur pada-Mu ya Allah... jadikan aku dikalangan mereka yang ’sedikit’.. amin..

Dan...
Anugerah-Nya...
Disana, kupertemukan semula dengan sahabat-sahabat yang awal perkenalan kami ketika Februari 2009.. untuk sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam terutamanya PISMP Sem 4 PA, ku dedikasikan setinggi ingatan buat kalian..ucapan terima kasih atas segalanya..

Ingatlah, di jalan Allah, persahabatan ini bukan milikmu dan bukan jua milikku, walau sekejap cuma kita bertemu.. persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia.. kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana dialah yang telah menetapkan kita mengukir kenangan bersama.. moga ianya kekal hingga ke Jannah...




~ustazah.. Tq sbb blanja Sup Be Dengung di Nilai3.. sedap..


~makan selepas stress... hehe..

Wallahu’alam...

4 comments:

  1. tahniah2....
    berjuang di jlnNya akn dimudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  2. thanks ayman..
    pe khbr? smg sihat wal afiat..

    btul2x..
    sememangnya Allah akan mudahkan segala urusan.. biarpun sesak, tapi jalan kluar ttp ada kan?..

    smg Allah mudahkan segalanya untk kita..
    =)

    ReplyDelete
  3. Disana, kupertemukan semula dengan sahabat-sahabat yang awal perkenalan kami ketika Februari 2009.. untuk sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam terutamanya PISMP Sem 4 PA, ku dedikasikan setinggi ingatan buat kalian..ucapan terima kasih atas segalanya..

    sesama dan mkaseyh kembali sygku~

    ReplyDelete
  4. bazz..

    hehe..sygku?

    thanks a lot...hopefully boleh jmpe lg..dtg sini plak tau!

    ReplyDelete