Saturday, November 14, 2009

Tiba-Tiba Terjaga dari Tidur..

Aku membalikkan badan ke kanan dan kiri.. terjaga dari tidur. Jam masih 2.30 pagi. ”awal lagi”. Seperti malam-malam sebelumnya, hampir seminggu barangkali, kerap kali sekitar jam ini aku terjaga.. tiada mimpi yang mengejutkan atau menyeramkan.. Kucapai telefon bimbit, barangkali ada sms atau calling yang mengganggu tidurku. Tiada...

Nak kata minum radix? Tak juga..hehe.. tidur awal? Tak juga... rutinku seperti biasa..

Ku belek SOLUSI isu nombor 12... “muhasabah”
Lantas...

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “oh, baru pukul 3 pagi”

Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilhan yang bijak.

Pilihan 1

Kebanyakan dari kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel “apasal la aku bangun awal sangat”. Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah..

Pilihan 2
“oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian sambung kembali ‘ibadah senyap’

Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3). Segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah..

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan...


~benarlah, terjaga di sekitar jam ini adalah satu rahmat.. tanpa perlu kita ‘alarm’kan handphone, Allah sudah pun membangunkan kita...betapa sayangnya Dia pada kita.. mungkin ada dosa yang belum terampun.. menyebabkan Dia mahu kita bertaubat saat dinihari... betapa! Engkau Al-Ghaffar.. mungkin ada impian yang Dia hendak tunaikan..membangunkan kita saat doa dimakbulkan.. betapa! Engkau Al-Wahhab...

namun seringkali kita mengabaikan ‘alarm clock’ Allah ini..kembali menyambung tidur...apatahlagi, aku dibumi Perlis, saat ini cuacanya begitu sejuk. mencecah 23 darjah Celcius.. hanya manusia yang berhati waja mampu berjihad.. namun, begitu sekali aku mensia-siakan rahmat Allah... doa al-Fatihah supaya ditunjukkan jalan yang lurus.. hasilnya, apabila datang ‘petunjuk’ Allah..ianya hanya sekadar di angin lalu.. akulah diantara manusia yang mensia-siakan rahmat Allah!

Allahumma faghfirli...
Semoga selepas ini, mampu kita menyelak selimut tebal, membasahi anggota wudhu’ dan menyingkap tirai kamar yang sejuk, dingin...
Lantas...

“sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal...
Iaitu, orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”

(Ali-Imran ayat 190-191)

Tangan bertakbir... rukuk memuji...sujud menginsafi kekerdilan diri.. bertaubat kala dinihari.. berdoa saat dimakbulkan.. sesungguhnya Allah itu dekat...

“ dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperolehi kebenaran”
(Al-Baqarah ayat 186)

Semoga kita sama-sama diberi kekuatan melawan nafsu dan mampu bangkit mengerjakan Qiamullail... amin.

4 comments:

  1. tol2..nk istiqamah mmg sukar
    kite try sesame ea?

    p/s:mkasey doakan kite skali~

    ReplyDelete
  2. susah.. walau sikit pun susah nak istiqamah..apetahlgi pkare besar..
    tpi kta perlu cube sesama kita=)
    insyaAllah..
    nnt bile bgun awl nak qiam tu..msj2 aku k...
    bley sme2 bngun...

    =)

    ReplyDelete
  3. amin....
    bkn sng nk dpt pluang...
    sme2 mhsbahttkala terleka

    ReplyDelete
  4. ayman...

    tapi selalunya peluang tu kita sia2 kan..
    slg2 mperingati..
    =)

    ReplyDelete