Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah..lagi dan lagi

Alhamdulillah..lagi dan lagi?

nikmat Iman..
nikmat Islam..

manakah yang lebih besar..

Alhamdulillah lagi..
nikmat tubuh badan..
nikmat pancaindera..

tadi MHI TV3, Hj.Muhammad Lee Abdulllah, seorang yang buta boleh membaca al-Quran dengan baik dengan 'braile'
kita yang sempurna?

Islam.. agama fitrah.. kita dikurniakanNya..
Iman.. pengisi jiwa.. alhamdulillah..

ada orang disekeliling kita..yang jahil setelah alim.. yang sesat setelah benar..
mudah2an hati kita diistqomahkan..dan tidak dibolak-balikkan..

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala to'atik"

INFINITI alhamdulillah....

Friday, December 3, 2010

Hujan dan Tanah

assalamualaykum..

pagi yang sejuk. Baling.

alhamdulillah..
masih diberi nafas baru walau iman sudah ada naik dan turunnya...

+++

Rasulullah s.a.w memberi gambaran tentang 'hujan' dan 'tanah'
hujan adalah ilmu dan hidayah Allah
tanah adalah hati2 manusia..

so?
hm..
tanah ada 3 jenis..
1) "diantara tanah itu ada yang suci dan baik yang boleh menerima air lalu tumbuhlah diatasnya rumput2 dan tumbuhan yang banyak"

2) "diantara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam"

3) "dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput"

+++

fikir2kan..

tanah jenis apakah kita?
adakah kita memanfaatkan hujan?

+++

renung2kan.
buat diri dan semua..

+++

semoga ukhuwwah ini dikekalkan..
aminn...

Saturday, November 13, 2010

Sepuluh


+++

refleksi buat diri..

alahaiii...

Friday, November 12, 2010

dari bumi mutiara..

Alhamdulillah..
catat sejarah~ hari ini menulis dari Pulau Pinang, bumi i4p. bersama sahabat2 di sini...

^___^

seharian penat berjalan.. eh, baru satu dua tempat. tak semua lagi..

+++

bersama2 mereka yang sangat memahami. rasa hilang beban.
benarlah, sharing is caring. segala nasihat adalah sangat berguna, terutamanya buat kami yang masih setahun jagung!

+++

saat kami sama2 mentadabbur alam...
kata kak cik, "hati kita bagai laut, ombak kecil datang maka kecillah perubahan hati kita, jika besar ombaknya, maka besarlah perubahan hati kita"
ada sesuatu kan dari kata2 kak cik?

+++

dan aku sebenarnya, bukan melarikan diri... hakikatnya, ia bukan jalan yang mudah, namun.. aku mahu bersama2 mereka.. rasa resah, kusut semuanya bersatu. aku mahu mendapatkan sentuhan2 hati dari mereka yang memahami...

bukan merajuk, cuma hati ini.. masih baru..

we are here..
dari subuh bertemu zohor bertemu asar bertemu maghrib bertemu isyak hinggalah subuh kembali.. sentiasa bertemu..

Alhamdulillah, pesona bersama mereka benar2 terasa ^__^
Fawastiqillahumma rabitotaha...

semoga kita semua terus tetap di jalan ini...amin..

Saturday, November 6, 2010

Banjir.

huh. panas, rimas. semuanya ada. namun Alhamdulillah. selamat sampai di bumi biru kuning.. Perlis Darul Sunnah.

sepanjang perjalanan.. jem sungguh teruk. ya lah, hanya 1 jalan yang berfungsi dengan baik, tanpa banjir. semua jalan dari Alor Star tutup. kecuali jalan melalui Kepala Batas. huuu~

sebenarnya, beshh kan hidup? kalau sentiasa berlapang dada dan bersangka baik. terutamanya dengan Allah.

banjir ni..tak siapa nak. tambah2 pulak..rosak kereta, rosak harta benda.. seperti 'gila' kalau nak banjir. pelik!

tapi kenapa Allah bagi? kenapa Dia timpakan musibah??

banyak hikmahnya. dan ianya terlalu misteri. cuma kita..perlu yakin..ada sesuatu.

haii... masa terperangkap dalam jem tuh.. aku sure punya lah. ramai orang akan diserang migrain, darah tinggi, atau sakit jantung. kenapa? sekiranya tidak ada sabar.

jem ni.. pun tak dak yang suka kan? termasuklah aku.. ya lah..perjalanan aku sepatutnya 2 jam setengah.. jadi hampir 5 6 jam. dasat la tu.. sampai jam 9 malam lebih.

erm.. sebenarnya perasan tak? Allah uji kita dengan SABAR, REDHA dan SYUKUR.

sabar,
maka..janganlah kita asyik 'sound' pemandu2 lain. sabar.. kenapa? kalaulah pemandu2 lain tu potong line kita, janganlah marah.. tapi mana tahu, entah2 ada kematian ke, ada kecelakaan ke, ada kemaslahatan2 lain ke.. urgent, so, memerlukan pulang segera ke rumahnya..
alangkah baiknya jika kita saling bertolak ansur. bukannya mengutuk dan memaki mereka...

sekalipun mereka tidak bertujuan apa2.. maka sebaiknya juga kita bersabar kan? biarlah Allah yang tentukan. mungkin juga mereka kurang sabar... dan, sebagai muslim yang kita tahu..kita perlu sabar..apa salahnya kita sabar. kan? apatahlagi bagi kita yang faham... 'sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar'

heh..sekurang2nya sayang la sikit dekat jantung tuu...sayang la dekat kepala tu...kang tak pasal2 dapat migrain, sakit jantung.. nauzubillah..

redha?? wahh.. susah ni. tapi tu kan bukti kita beriman dengan Qadar Allah?
katakanlah.. "segalanya milik Allah"

hmm.. syukur,?
selalu bila dalam kereta.. dalam jem.. kita akan cakap cmni... bestnya tengok moto. laju je. terus boleh sampai depan. kereta susah.

eh eh? tak bersyukur lagikah? ada kereta?? tak dinafikan..motor memang senang, untuk mengelakkan jem. hihi. ohh.. rindu pada KCJ 6338. sihatkah? demamkah? I LOVE U. siang dan malam..asyik teringat2..
hmm..ada kereta, elak hujan.
ada kereta, kurang risiko kemalangan.
macam2lah kelebihan kereta..

hmm.. perasan tak, kalau orang naik moto.. beshh nye ada kereta.. bila la aku nak beli kereta ni...

erm.. sekurang2nya berSYUKURlah..

Dan.. sekurangnya harta je kan musnah.. diri masih okay? nyawa masih ada.. Alhamdulillah..

simple je kan benda2 nihh?

tapi tarbiah Allah cukup kuat.
bersabar dengan ujian,
bersyukur dengan apa yang ada...

lastly.. musim banjir..
belajarlah dari alam..
kenapa adanya musibah inii?

+++
aku terfikir...
banjir di Perlis. alangkah indahnya jika semua REDHA.. dan alangkah indahnya..jika hati2 kita juga dibanjiri dengan rasa SABAR, REDHA, dan SYUKUR..



ni KEDAH! bukan Perlis. dan takziah kepada semua yang mengalami banjir. kuatkan hati, kuatkan jiwa. ada sesuatu yang Allah ajar kita. SABAR, REDHA, dan SYUKUR.

nampak BALING takkk?hihiii

Thursday, October 28, 2010

off to BALING

hihi. perlu ke bagitahu sinii?
eh...suke hatilah! blog siapa?

+++
off to Baling hari nihh..
sampai bila ? not sure lah, sampai exam la kutt...

+++

ekcely..
semalam dengan adik2 yang tersayang
mun, ika, syila, shahana, syakinah, zaf, che an~
kecuali dayah..ngee... >_<

kami membicarakan erti BAHAGIA. dan BAHAGIA itu adalah subjektif. relative. kan?

"hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan"

"KETAHUILAH DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI KAN MENJADI TENANG" -arRa'd : 28

+++

kaedah mencari BAHAGIA?

ada 7 semuanya. dan aku yakin.. adikku2 telah khatam semalam. heh heh.. ^_____^

di antaranya adalah......

"sentiasa mencari peluang berbuat baik"
~berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan IKHLAS, dan mengharapkan PAHALA daripada ALLAH akan memberi ketenangan hati...

firmanNya bermaksud :
"tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan2 mereka kecuali daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. barang siapa melakukan hal itu kerana mengharap keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan pahala yang besar.."
surah anNisa' : 114

+++

maka.. akan ku sampai ke Baling. insyaAllah
pulang ke kampung. mencari keredhaan mereka dan keredhaanNya..
"berbuat baik terhadap makhluk"
^________^
hohoo... atau erti kata lain adalah (ayat skema mun)..
i miss my parent!

Rabbighfrli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira..
aminnn..

+++
belakang rumah.. sungguh cantik kan? say. SUBHANALLAH. kerana itu.. maka...
OFF TO BALING

Wednesday, October 27, 2010

Rahsianya adalah pada ISTIQOMAH

>>>>>>>>>>Dirimu itu terlalu mahal adikku. Untuk mendapatkan diri kamu seorang, berjuta jam manusia telah abeskan buatmu, beribu wang dihabiskan buat kami, bergelen air mata bergenang kerana kamu. Kerana itu, aku terpaksa aku katakan perkara ini:

‘aku tak risau jika kau tak melahirkan pewaris di bumi dakwah ini, namun aku cukup risau,jika kamu tak mampu istiqamah atas jalan dakwah ini, takkan mampu tsabat jika kamu berhadapan dengan keadaan cabaran tarbiyah yang lebih dahsyat dari ini.
Dirimu lebih aku sayangi daripada pewaris dakwah yang baru kamu cetak itu. Kerana keberadaan dan istiqamahnya kamu di atas jalan dakwah ini lebih bermakna bagi kami semua dalam jemaah ini berbanding dengan ratusan mad’u kamu bina, namun takkan pasti akan bersama dengan kita kelak.

Mentajmik manusia, dan mentarbiyah mereka adalah tarbiyah paling besar buat kita. Dari situ kita merasai makna, dari situ kita merasai cinta, dari situ kita belajar banyak perkara.
Namun tidak akan sama dengan usaha kita melengkapkan diri kita dengan muwasafat dan bekalan ilmu dan fikrah yang ada. Dan ini semua takkan didapati tanpa adanya tarbiyah.
Dakwah ini memerlukan nafas yang panjang. kita mahu tsabat dan kekalkan kaki kita di atas jalan dakwah ini hingga kita masuk syurgaNya. perjalanan kita masih jauh dan ramai lagi manusia akan kita temui.

nak tak nak, kita perlu selamatkan diri kita sebelum manusia lain.
aku tahu kau mengatakan dirimu ok. Aku tahu kau merasai keseorangan dalam menbincangkan masalah dakwahmu, dan kau amat struggle dalam tarbiyahmu,.
tapi di situ masih ada sebuah lilin yang takkan pernah padam. Dan lilin itulah lilin harapan. Selagi mana kau masih berharap, dan positif bahawa setiap masalah pasti ada penyelesainnya, iAllah akan kau temui lilin harapan di situ.

Berusahalah adikku untuk mencari tarbiyah itu. Jangan kau bandingkan dirimu dan aku. Dalam usia dakwahmu yang muda, terlalu banyak perlu kau pelajari,banyak perlu kau dengari dan tahu dari manusia lain.

Dalam menyediakan pelapis kita, mantapkan juga diri kita. Jika usrah kita tak berjalan, carilah majlis ilmu, bergurulah dengan akak2 dan syeikh yang kita kenali. Sentiasalah muhasabah naqibah kita. Sentiasa berbincang dengan masulah kita.

Dan sentiasa berdoa kepada Allah.. Betul, mendengar mp3, membaca buku, membaca quran dan beramal itu bekalan, namun, tidak dapat tidak, kau perlu juga mendapat sentuhan tarbiyah itu. Sentuhan seorang murabbi kepada mutarabbinya.

Harga istiqamah itu amat mahal sekali. dan aku takut kau akan kepenatan di tengah jalan dalam beramal, dan kau menjadi selesa dngan keadaanmu, puas dengan tarbiyah yang miliki, seleasa dengan tak berjalan pun tarbiyah, tanpa kau peduli untuk memperjuangkannya lagi.<<<<<<<<<< *dari mula sampai habis.. baca sini!*

+++

fikir2kan wahai diri yang dhaif.. yang mengharap kesempurnaan namun tidak sempurna...
duhai diri..
mampukah istiqomah?
dan aku masih baru.
masih samar.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

+++
ekcely. berFB dgn sahabatku.. katanya ISTIQOMAH..

pss.. mudah2an bermanfaat untuk semua~ pada diriku, pada dirimu..
^__________^
nak tunggu baik, bila?
nak tunggu free, bila?

dan aku...

"itulah yang paling susah sekali...."


Allahumma thabbit qulubana..

Sunday, October 24, 2010

Boleh ku curi hatimu..?

Akan ku curi hatimu dengan izin Allah..
Akan ku sayangi hati itu..

dan akan ku pastikan dalam doakan tidak tertinggal memohon kepada Allah..

agar hati itu sentiasa dalam keadaan tenang dengan sentiasa zikrullah,
bersih dengan ilmu-ilmu Islam,
dibajai dengan ukhuwwahfillah,

dan disuburi dengan husnuzhon kepada orang lain..

moga hati itu akan membuahkanmu peribadi Muslim yang unggul..

indahnya ukhuwwah ini,

dikala lupa ada yang mengingati,

dikala tersilap ada yang menasihati,

di dunia jasad dan hatinya menemani,
di kubur nanti pasti, doanya mengiringi.
kita tidak mencari sekelumit redha manusia,
yang kita cari seinfiniti redha Allah,

moga hidupmu sentiasa diberkati Allah..

salam ingatan buat ukhtiku sayang..
ukhwah 4eva ;-)


+++

aku dapat mesej ni petang tadi..
dari seorang yang aku sayangi~ aku sayangi seperti mereka yang lain, yang dulu, kini dan selamanya akan ku sayangi..
kemudian..air mataku bergenang. terharu...

anis, shera, tika, alya, aisah, kimah dan tyra...
~a bright day with them. sungguhhh hepiiiii.. hilang semua masalah~
i love u all...

^_^

boleh aku curi hatimu dengan izin Allah?
boleh aku sayangi hatimu?


*heh..mintak izin dulu~*

Saturday, October 23, 2010

Belajar dari OMBAK ^_^

Erm.. bosan kut pagi nihh.. *ni lah aku..tak boleh duduk diam* ^_^

Baring2 atas katil. Lagi lah bosannn…. Baca buku? Ngee~ japg lah kut.

Basuh baju.. japgilah kut~ sejuk air pagi2 ni..

Then.. belek handphone. Bukaklah lagu tu lagu ni..

Tiba2 bunyi lagu ni~ *dengan tiba2, jiwa pagi yang bersih ni..maka semangat tiba2*

Dan juga. Aku terkenang daurah murabbi hari tu~ ngeh2..

+++

Gelombang Keadilan_Shoutul Harakah_

Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah dinanti

Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Tuk tumbangkan segala kezhaliman

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat surga

+++

Sabarlah..Allah sedang melihatmu..

Janganlah..Engkau tinggalkan usaha agamamu.. biarpun ibarat menggenggam bara api..

sabarlah..menunggu hari yang pasti..

janganlah..engkau berbalik hati.. tunggulah.. harapanmu yang tinggi.. mengejar cinta yang pasti. Untuk Tuhan yang Ilahi..

Janganlah.. Engkau kejar dunia yang sementara, yang engkau akan tinggalkan. Mungkin sekarang, esok atau bila2 masa.

Tapi..usahakanlah yang pasti. Akhirat yang kekal abadi..

ingatlah..Tuhanmu tidak melihat pada rupa dan hartamu.. sesungguhnya Dia melihatkan hatimu..iman yang sempurna kepadaNya..

+++

Aku sedar. Mahu berada di jalan ini, atas pilihan kita. Mahu teruskan atau berpaling.

Apa yang penting. Untuk aku dan kita semua.

Hari ini.. kita ada dua pilihan. Selepas subuh..sama ada mahu terus tidur atau bangun dan buat kerja2 harian Muslim.

Hari ini, kita buka almari baju.. kita pilih nak pakai baju biru atau pink *kut..hihi* - kamu senyum ya bila sebut pink?-

Hari ini, kita pilih.. mahu buat apa..

Inilah kehidupan. Ada jihadnya. Mujahadah~ begitu jualah perjuangan~

Membina perjuangan bukan dari semangat. Kalau didasari semangat semata2.. itu hanya taksub kepada fikrah mahupun jemaah.

bercakap sana sini, menulis sana sini.. lalu, kalau semangat semata2?

Tapi sekiranya membina perjuangan dari jiwa.. wahhh..itulah yang sebenar2nya kan?

Maka ketahuilah. Semangat hanya akan membawa diri kita sebelah kaki kita dalam kegembiraan..

Tapi kalau jiwa yang dikuatkan.. kedua2 kaki kita dalam penderitaann..

Lalu, tanyalah diri kita.. syurga itu harganya apa?

+++

ceh.. syahida. suda semangat kan?

jom!

p mana?

mulakan hari dengan rutin lah~

sarapan, mandi, basuh baju.. maka turun ke padang...

teringat pulak tulisan sahabatku dalam i-IMPI ^_^ semuanya tanggungjwab ^_^

*aku cukup tak suka LAUT. sebab OMBAK yang cukup besar~ aku takut aku LEMAS. sungguh. aku fobia pada AIR. sebab tu..aku cuak bila Bina Insan Guru(BIG). ngee~ ngeri kut!! kemudian.. rupa2nya aku sedar HIDUP ni macam LAUT jugaklah~ sebab ada OMBAK. ada keTAKUTan.. mungkin lemas atau tidak. tapi.. boleh SELAMATkan kehidupan ini dengan belajar 'BERENANG'. kan??


so - berenang itu disimbolikkan dengan apa?? hoohoo~ maka jawapannya adalah IMAN, KEKUATAN JIWA.. bukan SEMANGAT semata2. kalau SEMANGAT semata2, terus kita gopoh2 nak masuk LAUT inii kan? terus LEMAS. dan mungkin tak boleh diSELAMATkan.. maka hadirkan berSAMA2 KEKUATAN JIWA.

aku ulang ya.. aku kata hadirkan berSAMA2. maksudnya dua2 ada.. bukan pada hanya semangat semata2... faham x niii?

*lemas yang boleh diselamatkan..hihi*

Friday, October 22, 2010

Khusus buat Du'at Muda Generasi Y - kalian adalah MASA DEPAN dakwah ini!

Salam


Khusus kunukilkan coretan ini, istimewa buat setiap seorang anak mudaku yang berusia 30 tahun ke bawah - yang telah berjanji setia dengan Allah SWT untuk mewakafkan jiwa dan raga buat satu perjuangan yang hebat dan agung, demi DAKWAH - menyeru, memanggil, menyantuni, memujuk dan menunjuk, mendampingi, membelai, merayu - apapun jua kata buatnya, :

  • agar manusia hamba ini kembali menghayati asal maksud penciptaannya oleh Rabb yang Maha Segalanya!
  • agar insan sedar, adalah lebih MUDAH untuk patuh dan menuruti setiap perintah Allah, dari melalui setiap KEPAYAHAN dan KESUKARAN cuba melawan fitrah dan berlagak sombong, bongkak dan takabbur terhadap Allah.
  • mudah-mudahan kehidupan kita semua menjadi lebih sejahtera, bila nilai dan keutamaan ditumpahkan kepada mencari redha Allah dan bukan sanjungan manusia
Kalian digelar Generasi Y - lantaran banyak sebabnya - kalian dibentuk dalam sebuah dunia yang mengecil sempadan geografi, masa dan batasannya. Kalian dilahirkan dan dibesarkan oleh Generasi Boomer & GenX yang begitu `protective', menyanjungi dan menghargai kalian dari dalam rahim, sewaktu mula melangkah, masuk ke tadika, ke alam sekolah hinggalah ke menara gading! Kekadang - kalian jadi bingung melihat gelagat Gen X dan Boomers di sekeliling kalian, mengapa seperti disanjung, namun kerap jua rasa tersingkir dan tersisih.
Mengapa rasa seperti disayangi, namun masih tidak dipercayai? Kenapa diminta bersuara, hanya untuk disangkal dan diminta diam semula?

Anak-anakku, para du'at muda,
Semangat dan kudrat kalian memang hebat. Optimisme kalianlah yang memberi nafas baru buat medan ini. Inovasi dakwah menjadi identiti kalian. Kalian berlari sepantas kilat, hampir kami yang sudah separuh abad ini, tercungap-cungap nak try to `catch up'.
Gandingan kita memang pasti mencetus sesuatu yang `phenomenal', InsyaAllah. Namun, ianya mesti diasaskan kepada suatu kesimbangan yang mantap.

Anak-anakku, berlarilah - jangan bimbang kami yang di sini. Jangan sekali rasa terjerat atau terperangkap, kerana kalianlah yang lebih tahu mengenai dunia kalian. Namun, jangan lupa, kemudaan kalian menyebabkan kematangan masih perlu dibina.

Para senior dakwah, kalian juga jangan tersentak dan terkejut melihat kelantangan mereka. Anak-anak ini masa depan dakwah kita. Ayuh kita sisipkan doa dan titipkan bekalan yang mantap - agar mereka bersiap siaga menempuh sejarah zaman mereka.

Anak-anakku, para du'at muda,
I HEAR YOU, I HEAR YOU......InsyaAllah, kembangkanlah sayapmu, terbanglah tinggi. Dr.Har yakin, hanya Allah SWT yang mampu membimbing kita sebaik-baiknya... Kenang Dr.Har dalam doa rabitah kalian, sepanjang masa.

Yang menyayangi,
Dr.Har


+++
terkedu membaca tulisannya~

moga kita semua beroleh sesuatu..

Tuesday, October 19, 2010

.::. Mak .::.

kata seseorang "seCINTA mana pun seorang lelaki terhadap seorang wanita, di hatinya tetap seorang IBU" ~

kataku "hanya ada IBU BAPA yang SAYANG, CINTA dan TERIMA kita sepenuh hati tanpa syarat"

hayatilah bersama... ringkas. tapi.. ketahuilah IBU adalah insan mulia di hati aku dan kau!

+++


rindu mak yang tera
mat sangat. namun aku tahu mak mesti inginkan aku menjadi anak bongsu yang kuat walau sangat manjaa..

wahai insan kekasih
hati.
di hatiku hanya dirimu. tiada dua. tiga apatahlagi.

ku titipkan doa buamu..agar engkau bahagia.. kerana syurgamu adalah syurgaku...

mak..
terima kasih..

kerana mengandungkanku selama 9 bulan lamanya.
terima kasih..
kerana membawaku
ke mana2 saja di dalam rahim, tersemat rahimNya. subhanallah.

mak..
terima kasih..

atas kelahiranku. atas kesudianmu. atas penggadaian nyawamu.

mak..
terima kasih..
atas susuanmu..

halalkan segalanya makk...

mak..
terima kasih...
atas didikanmu..

atas kesabaranmu..

mak..

terima kasih..
atas Cintamu yang tiada syarat.
atas pengorbanan
mu.
segala2nya.

ya Rabb.. damaikan hatinya, kurniakan syurgaMu ya Allah! aminn..
satu tiada dua!

Saturday, October 16, 2010

Degil.

Kata abang aku. Aku degil. Katanya degil bukan yang buruk. Tapi kalau inginkan sesuatu akan dapatkannya selagi bolehh. Dan itu mungkinlah dikenali sebagaiiiii nekad. Kut? *yela tuuuu*

Degil ni ada baik, ada buruknya. Kadang2 degil sikap kita untuk pertahankan agama, pendirian itu baguss… tapi kalau degil yang menyakitkan hati orang, itu yang tak bagus.. buruk.

Sebab~ adakala.. orang yang kelemahan dia adalah mengalah akan tertindas. Yang diam terus diam, yang diam terus mengalah. Sampai satu saat, semua itu menjadi sungguh booosaannnn. Dan boosaaan. Bahkan menjadi terlampau bosannn.. Tapi..

Mengalah bukan bererti kalah. Ia cuma lambang kesabaran.

Orang selalu cakap. Orang yang nampak ganas ni hakikatnya hati dia lembut. Orang yang nampak halus ni hati dia keras. No wonder lah ramai yang degil2 walau cakap macam boleh cairkan hati orang. Hampeh jugaklah! So.sekiranya lelaki yang baca entry ni... Aku nak warn awal2. Don’t judge a book by its cover. Perempuan sekarang banyak hipokrit. Depan ayu, belakang. Fuhh.. dasat~ hah~ sama lah macam lelaki pun. 2x5. Arghh…yang penting hati mau baik..

Berbalik kepada degil. Tak kesian ke dengan orang yang selalu mengalah? Ya! Simple thing je.. tapi yang simple tu mampu membuatkan orang menjadi sangat geramm dengan kita, menjadi sungguh bosann..

Oh diriku, sentiasalah ingat tips2 mak eh eh. Mak tak suka orang degil, orang melawan~ so..mengalah itu lebih baik walau ia sungguh menyakitkannn… ya lah! Orang mengalah ni sudah berkorban, mungkin korbankan kehendak dia sendiri. Siapa tahu kan?? Terpaksa mengalah untuk menjaga sebuah ikatan. Walau hanya sebagai kawan..

Dan ingatlah.. bersabar itu kunci kehidupan ni.

Biarlah mereka dengan dunia degil mereka. hidup takkan ke mana kalau asyik berdegil.

Mungkin jugaklah~ ramai pasangan yang berkahwin bermasalah atau bercerai sebab kurangnya tolak ansur, kata abang aku, tolak ansur kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. So. Bermulalah bertolak ansur dengan kawan dahulu. Kemudian setle kawan baru boleh kawin. Ape ingat kawin ni senang semudah akad? Huh huh. Kalau degil dengan kawan, tak hairanlah.. dengan suami@isteri pun sama.

Haa.. dah tazkirah BM walau belom BM. Ngeh2.

Hm.. aku cadangkan, kita semua kembali muhasabah diri. Degilkah kita? Adakah menyakitkan hati orang?

Apapun. DEGIL lah bertempat. Jangan semua perkara asyik biarkan orang mengalah dengan kita. Kadang2 orang terlampau diam dan mengalah akan mengundang gelojak hati yang sangat serius.

free from DEGIL yang tak bagus. buang semuanya~

Wallau’alam~


pss...aku tulis pasal degil ni..sebab ingat ape yang MAK aku pesan... i miss my mom! dan setiap kali aku rindu dia.. aku mesti ingat semua nasihat2 dia.. termasuklah "jangan DEGIL ya ida?"