Thursday, January 21, 2010

Pidato itu...?


Salam pidato…

Alhamdulillah,selesai sudah kursus teknik pengucapan awam/pidato. Bunyinya agak membosankan bukan? Aku juga begitu mulanya. apatah lagi melihat tentatif program dari awal 8.30 pagi hinggalah 4.30 petang. Aduh, manusia mana yang mampu bertahan. Mungkin inilah sterotaip bagi sesebuah kursus, kita hanya mendengar..mendengar.. dan mendengar…

Namun, bertemu dengan ikon pidato Malaysia, YBHG, Dato’ Dr Syed Ahmad bin Syed samsuddin Al-Saggof 19 dan 20 Januari ini..merubah segalanya.. persepsi terhadap pidato itu sendiri.. maklumlah, sejak dari kecil hinggalah sekarang, sinonimnya pidato adalah hanya untuk pertandingan.. diluar? mungkin lebih selesa menggunakan istilah ‘ucapan’..bahkan pidato sering dinegatifkan oleh minda-minda kita tentang ianya untuk menghasut, politik dan sebagainya. Namun ibarat yang cukup sesuai untuk diterjemahkan pidato… seperti pisau.. andai digunakan untuk memotong sayuran, salahkah? Andai digunakan untuk merompak orang? Pidato..andai diguna untuk membangunkan minda bangsa, salahkah? Andai digunakan untuk memecah belahkan ukhwah?

Niat disini, hanya mampu berkongsi dengan anda semua tentang pidato yang telah diajari oleh Dr Syed Ahmad bin Syed samsuddin Al-Saggof .. Tak kenal maka tak cinta…namun untuk entry ini, hanya selesa untuk pengenalan pidato itu sendiri…selebihnya kandungan kursus, akan dipublishkan di entry2 akan datang.. hm, berminatkah anda? Apapun, pertama sekali, bersihkan mindset dari pidato ialah pertandingan.. tapi pidato adalah segala2nya.. alat berkomunikasi yang efektif.. seperti mana Rasulullah s.a.w juga adalah pemidato yang HEBAT!! Merah wajahnya ketika berbicara menceritakan betapa Baginda bersungguh dalam berbicara.. menceritakan juga hingga terzahir kesan kasut Baginda ketika berpidato.. jadi?

Apa itu pidato???
“seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan penuh keyakinan dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengaran audiens untuk terus mendengar apa yang diperkatakan”

Pidato itu adalah kepetahan – Oprah Winfrey
Pidato itu adalah kebangkitan – Jose Rizal
Pidato itu adalah penyatuan – Mahatma Ghandi
Pidato itu adalah keintelektuan – Francois Matterrand
Pidato itu adalah perjuangan – Bung Karno
Pidato itu adalah perniagaan – Jen. Wong Shang Tee
Pidato itu adalah kesantunan - Megawati Sukarno Putri
Pidato itu adalah penggayaan – John F. Kennedy
Pidato itu adalah kebijaksanaan – Dr Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof
Pidato itu adalah dakwah – Hassan al-Banna
Pidato itu adalah suatu ibadah pekerjaan – Syeikh al-Farabi
Pidato itu adalah budaya ketamadunan – Prof. Drs. H.S. Sonardjoe
Pidato itu adalah persenjataan – Adolf Hitler
Pidato itu adalah perdamaian – Corazon Aquino
Pidato itu adalah pembinaan empayar – Mohamed al-Fayed

No comments:

Post a Comment