Wednesday, February 10, 2010

Mencuba..

Alhamdulillah..selesai sudah bengkel adobe photoshop jumaat lalu iaitu program julung kalinya yang dianjurkan oleh lajnah Multimedia dan Informasi IMPI 2010. Huh~seakan selesai satu persatu. Bukan niat untuk mengeluh, namun saat ini baru aku sedar setiap program yang dianjurkan pasti ada sesuatu yang menghalang kami, tapi sebenarnya Allah sedang mendidik kami dengan sabar, teliti dan bersedia dengan sesuatu yang baru…

Asalnya, bengkel ini bengkel adobe photoshop, sudah dirancang sekemas mungkin, namun perlu ditukar kepada interaktif powerpoint, akhirnya atas musabab-musabab tertentu, ianya kembali kepada adobe photoshop. Tarikh demi tarikh ditukar, penceramah demi penceramah ditukar…tapi itulah yang dikatakan Kita merancang, Allah juga merancang.. tapi rancangan-Nya mendahului segalanya.. kita sebagai hamba, perlu merancang sekemas mungkin tapi perlu berserah dalam masa yang sama. Kita manusia sering mendesak agar apa yang kita impikan selalu tercapai. Aku pun tidak dapat lari dari semua itu.. sebenarnya jauh disudut hati, masih berharap segala yang dirancang berjalan lancar.. jika program sudah diubahsuai dan ditukar saat-saat terakhir, pastinya memerlukan kesungguhan yang banyak dan komitmen yang jitu..namun… Takdir Allah lebih mengatasi tadbir insan.

Bercampur baur perasaan ini..terharu, bimbang, risau, resah.. memandangkan bengkel berubah dan berubah… dalam hidup ini, tak pernah pula aku menyertai kursus-kursus berasaskan multimedia, apatahlagi menganjurkannya. Berat juga pada asalnya. Barangkali semangat mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru menyebabkan aku meneruskan juga..Makin susah, makin mustahil..makinlah membaralah di dalam hati untuk melaksanakannya..

Jadi wahai rakan-rakan.. benarlah apa yang dikata orang, belum cuba belum tahu. Usah takut hadapi kegagalan, menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Barangkali pepatah sebegini berkait rapat bukan?

Andaikan kita diberi amanah sedangkan kita langsung tidak tahu tapi cubalah dahulu, sahutlah cabaran kerana pada waktu itu, cuba fikirkan siapa yang mengilhamkan nama kita untuk dicalonkan..pastinya pemberi ilham Allah al-Wahhab..
Tiada manusia yang terus berjaya. Aku sendiri dulunya pada pertama kalinya menguruskan satu program langsung tidak tahu tentang sistem pengurusan. Bahkan program tersebut gagal untuk diteruskan. Tapi itulah pentingnya memperbaiki diri. Kalau kita bermula dari bawah, dari gagal pasti akhirnya kita menjadi orang yang berjaya. Cuma rata-rata manusia takut untuk hadapi kegagalan. Kenapa? Kerana semua kita tidak kenal erti tawakkal sepenuhnya..hanya mengharapkan kejayaan tanpa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. hm, kajilah semula dimana kurangnya lagi diri kita dan baikilah ia..kerana ia perlu dibaiki..itu ialah hak kepada diri!
Untukku menganjurkan program bercorak multimedia bukanlah perkara yang mudah..segalanya perlu dirancang sekemas mungkin. Namun biasalah, ada juga perkara-perkara yang terlepas pandang. Itulah manusia.tiada yang sempurna. Tapi aku nekad, berpantang ajal sebelum maut. Lalu aku tetap teruskan. Dan Alhamdulillah, aku banyak pelajari perkara baru.
1. Jangan pernah takut untuk kalah kerana tiada manusia yang berjaya tanpa alami kegagalan
2. Sentiasa bertanya pada yang lebih tahu dan mahir. Jangan pernah ada rasa sombong untuk bertanya..
3. Perlu lebihkan tawakkal (insya-Allah apa yang kita lakukan, andai perkara baik..pasti Allah mudahkan, Cuma bersabarlah sikit kan..)
4. Perlu bijak dan pandai menguruskan masa (hargai setiap masa yang ada dengan berfikir dan berfikir mencari apa yang penting dan aula)
Hm… sebenarnya banyak lagi..tapi tak laratlah nak taip..huhu..
Apapun buat semua sahabat2, jangan takut untuk mencuba.. dan jangan pernah takut untuk gagal!!!! Mindsetkan dalam diri untuk sentiasa belajar sesuatu yang baru.. aku bukan pandai dalam memberi motivasi, bukan juga hebat untuk dicontohi..hanya insan yang lemah..tapi itulah aku..bermula dari kosong… tetapi tetap takkan pernah berhenti untuk mencuba.. semoga kita sama-sama dikuatkan semangat!
=)