Wednesday, March 24, 2010

Pertama di Kelas~

Assalamualaikum…

Hari ni hari keempat memasuki alam pra-persekolahan (praktikum 4 minggu)
Dan tercatat dalam kanvas hidup saya, 24 Mac 2010, MENGAJAR BUAT KALI PERTAMA…
Kelas 2 Taqwa – untuk subjek Pendidikan Islam (Ibadah dan Jawi)

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..perlu tegas dan bijak mengendalikan kelas!

Dijadikan cerita.. sehari sebelum kelas, saya diberi warning oleh ramai guru untuk kelas tersebut..ada perkara yang perlu diberi perhatian- ada 10 minit sebelum masuk ke kelas, jantung benar-benar berdegup kencang – gerun, bolehkan aku atasai masalah ni?

Alhamdulillah..segalanya mudah, barangkali selangkah sebelum saya ke kelas, telah memohon kepada Allah agar dimudahkan segalanya…

Jadi..kawan2..apapun yang kita nak buat, ikhlaskan hati dan betulkan niat…
Memberi ilmu Allah, bukan sekadar cemerlang praktikum..tapi memberilah…. insyaAllah Allah mudahkan pengajaran kita dan pemahaman murid…. Give and Take!

Kalau kita mengharapkan cemerlang praktikum, kita boleh dapat.. tapi tak semestinya penyebaran ilmu itu berlaku.. tapi jika kita mengharapkan ilmu disebar, cemerlang praktikum di dalam tangan…

Tepuk dada tanyalah diri anda..
Semoga berjaya~

2 comments:

  1. Salam...Assalamualaikum Ustzh!!

    Banyak pengalaman bukan??huhu~ sy pon dah tonggang terbalik ni mengatur kembali jadual hidup..

    semoga ustzh trus ikhlas MEMBERI!

    ReplyDelete
  2. wslm Ustaz!
    pasti pengalaman yg ustaz arif dpt lg bnyk~
    insyaAllah, memberi dgn ikhlas, hm...sukar untuk mcapai maqam ikhlas tu~
    hehe...

    smg terus ikhlas memberi jgk ye....
    amin..

    ReplyDelete