Thursday, April 29, 2010

Perbezaan Individu

Manusia.. punya jiwa yang pelbagai.. ada yang lembut yang boleh ditegur dengan keras,
Manusia.. punya jiwa yang ragam.. ada yang keras tetapi perlu berlembut.. perlu dijinakkan hatinya dengan bait-bait nasihat yang indah..

"Aku.. sekalipun orang melihat aku tegas diluar..hakikatnya aku adalah seorang perempuan yang Allah kurniakan rasa sensitifnya.. tetap punya jiwa yang hanya diri sendiri yang tahu.."

Saya telah membaca buku ‘hebatnya cara Rasulullah mendidik’. Dan perkara pertama yang diraikan adalah PERBEZAAN INDIVIDU.. di manakah kedudukan daie sekarang yang mengaku dirinya adalah seorang pejuang? Penyambung sunnah Rasulullah?

Ingatlah.. dalam menyeru, jangan memaksa
Ingatlah.. dalam menyeru, usah menghukum!



**************************************
saya tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa.. tetapi saya ingin masyarakat diluar sana berfikir di luar kotak...meraikan sesiapa sahaja disekeliling kita.. menyayangi sebagai seorang sahabat..

ya.. saya tahu..saya bukanlah dari golongan yang imannya sentiasa naik dalam perjuangan.. tapi tidak bolehkah kita untuk berfikir seketika bahawa...

NASIHAT.. jika niatnya tulus.. pasti boleh diterima..
tapi CARA memberi NASIHAT itu bolehkah diterima, sekiranya tidak menghargai PERBEZAAN INDIVIDU??

NASIHAT.. seperit mana pun yang harus ditelan.. PENAWARnya datang pula bersama CARA yang berhikmah..

bukankah Rasulullah s.a.w datang dengan Qudwah Hasanah?

Tuesday, April 27, 2010

26 April - Birthday~

Alhamdulillah.. setahun yang lalu..saya menulis sempena hari lahir saya yang ke 21.. kini saya diberi peluang setahun lagi untuk menggapai tilte 22 tahun.. makin tua =) ~masih adakah tahun depan?

Ringkasnya, saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang wish besday ini.. dari sms, facebook, ym, blog biru ni dan by face to face. Ramai untuk nyatakan disini..tapi tak sempat untuk tulis satu persatu, maaf ye.. (hurm.. ada orang jelous sebab facebook dipenuhi ucapan..haha~) juga tak terkecuali red rose =)

Saya cukup terharu..ucapan dikirim bersama doa.. panjang umur, bahagia,dan lain2.. tak terkecuali cepat ditemukan jodoh.. hehe…AMIN…
Apapun, saya cukup berterima kasih buat semua.

Buat insan yang mempertaruhkan nyawamu.. ibu tercinta…dia adalah wanita istimewa buat saya..sekalipun kekasih hati perlu dikorbankan..saya memilih ibu saya (ada ke kekasih hati.. erm..’kalau’ ye) hanya Allah mampu membalas segala kasih sayangmu.. Amin..

Saya begitu sebak sekarang..kerana masih terngiang2 pelukan dan ciumannya pada 25 April (Alhamdulillah..sehari sebelum hari lahir ini, saya bertemu insan-insan tercinta ini)

Buat insan yang selalu memanjakan diri ini.. ayahanda tercinta.. terima kasih! U’re my Hero!

Seperti biasa, buat keluarga terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa menyayangi adik bongsu ini..kadangkala merajuk, kadangkala terlebih manja…namun tetap dilayan.. (sayang semua)

Dan apa yang saya harapkan.. saya masih di dalam proses tarbiah.. kadangkala jatuh, kadangkala bangun, namun saya berharap mentari esok masih ada agar setiap hari saya dapat terus melihat kasih sayang Tuhan dalam ciptaan-Nya…
Semoga istiqamah duhai diri!

Wednesday, April 21, 2010

Jodoh dan Takdir

by MISK~



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kucurahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

saya sangat meminati lagu ini (nasyid) hehe
kerana liriknya (bukan berjiwang2 ye .. erm, sesekali berjiwang apa salahnye kan?)

~cukup satu persoalan.. masih adakah insan (lelaki mahupun perempuan) yang ikhlas meminta sedemikian?
yang dipinta bukan menawan, yang diharap bukan yang hartawan..dan yang didamba hanya yang sepadan??

~masih ada..dimana, siapa, dan bila.. only God knows!

yang saya tahu..setiap dari kita sudah ditetapkan jodohnya (erm, knp kbelakangan ni asyik ckp psl ni..hah~ tak membawa maksud apa2 ye..) tetapi cara kita mendapatkannya adalah berbeza..sama ada mulia atau hina..

untuk sesiapa yang tengah mencari, yang sedang menanti..atau apa2 sahajalah..just put trust in Allah..

saya tidaklah pandai dan hebat berbicara tentang CINTA.. saya juga tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan tazkirah2 CINTA..kerana saya sendiri masih bertatih mengejar CINTA Tuhan..dan seringkali jatuh bagun dijalan-Nya.. namun, ingin sekali saya sampaikan buat semua..bertawakkallah kepada Allah (faham ye konsep tawakkal..selepas berusaha - erm cara berusaha sama ada mulia atau hina)

"brgsiapa yg mnyerahkan urusannya pd mnsia mka dia akan dserahkan kpd mnsia..&brgsiapa mnyerahkan urusannya pd Allah mka Allah akn mngruskan urusannya.."

perbaiki dirimu kerana dirimu begitu beharga..

Tuesday, April 20, 2010

Kekal optimis~

Ketika menulis post ni, saya demam selsema..sakit kepala, berat kepala..namun tidak mahu dilayan sangat sakit ni..sebab hidup kita jangan dibiarkan manja..kelak makin melampau dan kerap sensitif.

Namun, walau kesihatan yang agak terganggu, saya bersama rakan-rakan..ain, farah, hasmeera dan sal pergi melawat ustazah sa’idah yang kini di wad hospital tunku fauziah. Menanggung kesakitan.

Diwajahnya kelihatan agak pucat lesi. Derita kesakitan hanya dia yang tahu.. entahlah, sukar saya membayangkan, period pain pun sudah sakit, bersalin pun sakit..inikan sakit di sekitar rahim. Saya menjadi begitu risau dan tidak dapat membayangkan jika saya ditempatnya. Namun dia kekal optimis, masih bergurau senda dengan kami bercerita itu dan ini. Katanya sakit adalah ujian…

Masih terngiang dialog kami
“..ada orang Allah uji takde anak..
..ada orang Allah uji ada anak, tapi sakit..
..ada orang Allah uji nak anak, tapi tak dapat..
..ada orang Allah uji anak ramai, tapi duit takde..
..ada orang tak nak anak, tapi dapat anak..
..ada orang dapat anak, tapi buang anak..”

Adeh..saya cukup sensitif dengan ayat2 yang dilontarkan.. itulah hakikat kehidupan..kita sering melihat diri kita cukup sengsara *apabila ditimpa ujian* tapi kita tidak pernah memikirkan ada insan-insan yang lebih menderita..bersyukurlah..sekurang2nya Allah memberi kekuatan untuk hidup dengan nikmat sihat..anugerahNya..

Saya..semalam ‘MC’ mesyurat bersebab..demam selesema..sangat tak berdaya.
Ustazah bagitahu tadi..katanya dia tak nak melakukan operation..sebab baby masih 4 bulan, kelas macam mana? Dan sebagainya..
Saya tika ini, sangat-sangat mengagumi dirinya..tengah sakit..tapi masih memikirkan anak dan ‘anak2nya’.. saya? Demam..tapi mesyuarat dah tak boleh pergi..aduh.. bezanya semangat kami berdua…

Satu lagi..dia sakit..tetapi gembira dan menggembirakan orang lain..entahla…kalau period pain, sukar untuk diterjemahkan perasaannya..terasa tidak mampu untuk melayan kerenah manusia lain tika itu..inikan sakit dalam rahim..saya sangat2 tidak dapat membayangkannya..tetapi dia kekal optimis..sakit ialah ujian, dan masih boleh ketawa.. solat terjaga 5 waktu sehari..subhanallah..

Ya Rabb.. Kau telah pertemukan kami.. ianya adalah anugerahMu, kau sembuhkanlah ia, kerana ia adalah ujianMu.. Kau kuatkanlah semangatnya..kerana ia adalah rahmatMu..
Syafakillah ustazah..~

~semoga kita semua kekal optimis dengan apa yang berlaku..bersyukurlah..ujianNya cuma sedikit..ada hikmah yang lebih besar menanti... kuatkan azam..pasakkan tekad... bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah.. kita adalah seorang Mukmin! ~

Thursday, April 15, 2010

Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!

“Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!” tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.

Komennya tajam.

Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar.

Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.

Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.

SULUHAN KISAH YUSUF ‘ALAYHI AL-SALAAM

Ia mengingatkan saya kepada kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam mendepani godaan ibu angkatnya, Imra’ah al-’Aziz atau yang lebih dikenali namanya sebagai Zulaikha itu.

Kehebatan Yusuf bermula daripada usia kecilnya lagi.

Seorang ghulam, ‘diculik’ oleh adik beradiknya sendiri dan dihumban ke dalam perigi buta, Yusuf diuji dengan kesusahan pada tahap yang sukar untuk kita gambarkan. Berat sekali tanggungan seorang anak kecil bertahan dalam sepi dan gelita perigi buta, jauh daripada keluarga, hanya bertemankan Allah tempat memaut harapan.

Namun, sabar Yusuf ketika di dalam perigi, tidak sekental sabar Yusuf di Istana Mesir.

Saban waktu cuba digoda oleh wanita bangsawan itu, ibu angkatnya sendiri.

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]

Setelah berulang kali berusaha, ‘Zulaikha’ sampai kepada ikhtiar terakhirnya.

Pintu dikunci, rumah tidak berpenghuni, First Lady itu menawarkan diri, “datanglah kepadaku. Aku bersedia untukmu”

Di sinilah kemuncak tarbiyah Allah ke atas insan bernama Yusuf. Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana di dalam kesusahan kita diuji dengan kekurangan pilihan. Terpaksa bersabar kerana itulah satu-satunya jalan untuk bertahan. Demikian sabar Yusuf di dalam telaga.

Tetapi di sini Yusuf diuji dengan peluang. Diuji dengan pilihan. Beliau orang asing. Tiada keluarga, tiada banyak kesan sampingan pilihan jahat yang mahu diambil kesempatan.

Ia mengingatkan saya tentang modus operandi pekerja seks di IPT hari ini. Bekerja sebagai pelayan seks berkelas tinggi, memungkinkan anak muda kita mengaut untung mencecah RM40 ribu sebulan! Tekanan lifestyle, duit PTPTN yang jauh daripada kecukupan, desakan peer pressure, apakah yang boleh menghalang anak-anak muda kita daripada mengambil pilihan itu?

Hanya satu.

Jawapannya IMAN.

“Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya…”

Itulah jawapan Yusuf.

Aku berlindung kepada Allah. Rabb diriku, Pencipta aku dan Pemilik aku.

Konotasi Rabb itu adalah satu sanggahan kepada Zulaikha bahawa biar pun dia adalah ibu angkat yang memberi makan, hutang budi tidak akan dibalas dengan bayaran yang keji. Engkau tuanku tetapi Allah Tuhanku!

Justeru Yusuf menegaskan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”

MENCARI KAEDAH

Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman.

Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?

Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Kerasnya persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”

Kekuatan untuk berkata TIDAK!

Itu sisi pandang Yusuf.

“Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi.

“Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?

Asal usul Tarzan, barangkali! [source - unknown]

YUSUF JUGA ANAK MUDA SEPERTIMU

“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia itu daripada kalangan hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.” [Yusuf 12: 24]

Allah segera menafikan andaian itu.

Yusuf juga seorang anak muda.

Dia ada keinginan sebagai seorang anak muda. Jika pertimbangannya hanya sekadar kehendak jiwa muda, Yusuf juga bisa cenderung memilih kehendak Imra’ah al-’Aziz. Kehendak ibu angkatnya, wanita bangsawan yang sudah menyerahkan diri.

Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu kita kaitkan diri dengan Yusuf.

Dia juga sepertimu wahai anak muda.

Dia bukan Malaikat yang tidak bernafsu. Dia menolak zina bukan dengan Mukjizat atau Karamah!

Dia menolaknya dengan Mujahadah.

Fikirannya sedar tentang kenyataan Allah berkenaan kekejian zina, justeru Yusuf berkata TIDAK.

Kemudian baru Allah tegaskan, semua itu adalah sebahagian daripada urusan Allah melindunginya, bakal seorang Rasul untuk menerima Risalah Tauhid kebenaran. Bukan semua datang dalam keajaiban. Yusuf itu sendiri bermujahadah mengawal diri di ujian pemilihan.

Memilih jalan zina atau memilih jalan TAQWA.

TELADAN YUSUF BUAT DIRI SAYA

Saya juga pernah muda, wahai si anak gadis.

Di usia muda, saya juga terganggu dengan kecantikanmu.

Jiwa saya pernah resah ketika melihat rakan bernikah.

Naluri saya pernah cemburu semasa menimang si comel, cahaya mata kawan bertuah.

Saya juga diasak dengan peluang bernikah.

Namun atas pertimbangan-pertimbangan peribadi, saya memilih untuk tidak bernikah, lalu memanjangkan sedikit lagi tempoh mujahadah.

Saya menghormati, mengasihi, mengagumi dan menyokong sepenuh hati teman yang memilih untuk bernikah.

Namun nikah mereka bukan lempias nafsu. Nikah kenalan-kenalan saya bukan manifestasi lemah jiwa untuk menolak zina. Mereka bernikah dengan wawasan. Mereka berkeluarga dengan perancangan.

Akan tetapi untuk dirimu yang ‘menuduh’ku menangguhkan nikah kerana tidak faham kehendak bernikah, engkau masih terlalu budak untuk menjamah akad.

“Aku Terima Nikahnya” belum lagi masanya untukmu.

Dewasalah!

“Tak tahu apakah erti kepayahan
Tak kenal erti kesusahan
Kerna dibesarkan dalam kemewahan
Belum dialami penderitaan”
- Hidup Berbudi: Lirik oleh Habsah Hasan

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG