Saturday, May 22, 2010

1 year & half to go...

Entah apa yang mahu dituliskan…
saya bosan.. dan ini coretan saya~

*****

inilah apa yang saya rasakan setiap kali musim peperiksaan..
Dulu Pra PISMP – waa….lamanya!! lagi 5 tahun.. huhu..cepatlah waktu berputar… nak habiskan belajar cepat-cepat… dok kat Perlis 5 tahun setengah????!!! Huh~ lain la kalau dok di selatan ke barat ke.. ni utara jugak~ aiyak..

Sem 1 PISMP – aii, baru sem 1.. adeh, lambat lagi..ada 7 sem mendatang..
Sem 2 PISMP – dah sem 2, tapi lambat lagi nak abih…
Sem 3 PISMP – huhu, wa… cepatlah masa berlalu..bosan, bosan!
Sem 4 PISMP - ye ye! dah sem 4 – azam baru..haha~
Sem 5 PISMP – aik, SBE dah habis, ni dah praktikum? – aih, sekarang dah habis sem 5…

****

Sekarang ni, musim peperiksaan semester 5, sem depan semester 6, 7, dan 8. Hanya ada tiga semester lagi!

Dulu.. 2006..kini 2010.. jauh saya tinggalkan.. banyak keputusan silap yang telah saya lakukan. Kini, saya di semester 5.. dulu usia saya 18 tahun..kini 22 tahun. Genap! Dulu saya anak bongsu.. homesick, kini saya kekal begitu. Cuma agak kurang homesick nye~ tapi pada keluarga saya..saya tetap adalah bongsu.

1 year and half to go! Saya berasa sayu. Pejam celik segalanya sudah lama berlalu.. sudah jauh saya tinggalkan zaman keanak-anakan. Kini, saya menuju kedewasaan. Kematangan ini saya mula pupuk sedikit demi sedikit. Hah~ dipupuk okay, bukan sepenuhnya matang.. ngee…

Mak saya pernah cakap “ ish.. mu ni, mak dulu kahwin umur 15.. tagha mu ni ada anak TIGA!” itulah bebelannya ketika saya masih menunjukkan perangai kebudak-budakan. Aiseh! Mak, mak nak suruh kahwin ke? Wah..itu ayat direct saya kepada ibu saya. Haha~ tu mak dulu..boleh lah nak kawin..
(kemudian.. sejenak – aku sekarang anak TIGA? Wah.. tak tercapai akalku)

“mak, rasanya macam kena g Sabah ja” – mak saya senyap. Kemudian dia bersuara. “g lah, cari duit banyak2..” nada itu wahai ibu, saya tahu dia tidak merelakan!

“mak rela anak mak ke hujung pedalaman di Pahang , di Perak.. tapi jangan ke Sabah Sarawak walau bandar! – aiya.. saya senyum, hebat mak saya berbicara. Tapi ini PERINGATAN. Susah saya mahu mengubah keputusan mak saya! Moral nya – syahida.. jangan isi borang posting ke Sabah Sarawak okay!

“tapi mak.. Course agama ni..selalunya hantar gi Sabah Sarawak.. nak buat macam mana kalau kena gi sana? Jom mak..ikut..dok sana!” – heh, saya buka tawaran kepada mak saya..

“Huh! Satgi kalau mu buat perangai, mak nak merajuk balik macam mana, nak naik kapal terbang mana gheti” – mak, mak masih ingat anak mak “anak bongsu” okay.. takkan dah 22 tahun ni nak buat mak merajuk? Haha~ itulah dia.. dia masih mengganggap saya anak bongsu nya!

“KAHWIN” – mak saya menegaskan! Titik!

Saya mengeluh… entahlah mak, muda lagi. Umur 23... nak cari duit mana nak kahwin?

“ mak pak ada, abang2, kakak2 ada…” – “kahwin je lah, duit tu kemudian”

Kenyataannya disokong oleh senyuman ayah saya, anggukan abang dan sokongan mulut oleh kakak saya! Saya kalah!

Saya termanggu. Tiada hujah yang boleh saya kemukan. Ah – mak saya memang sukar dikalahkan bila kami berbahas.

Sebenarnya, jauh di sudut hati saya.. saya sangat inginkan ke Sabah Sarawak. Saya punya sahabat di sana. Dan saya punya MOTIF ke sana.

Namun, saya lebih sayangkan kedua ibu bapa saya. Mereka sudah tua. Sudah tidak patut mereka bimbangkan saya lagi. Sudah cukup mereka di rumah asyik teringat-ingatkan saya. Sudah puas.. tidak wajar lagi saya bimbangkan mereka.

Anak saudara saya sudah terkena bahangnya di Sabah. Mungkin kerana itulah, keluarga saya tidak izinkan.

Oh my god! Siapa kata senang menjadi bongsu? Huhu.. saya perlu mendapatkan persetujuan dari kesemua ahli sebelum mendapatkan sesuatu keputusan. Kerana pada mereka. Saya tidak matang. Dan saya masih kecil.

“mak..kalu boleh..nak ja mu dok sini, posting sini..kahwin orang sini”
Mak… takkan semuanya Made in Baling??
Okaylah..kalau itu permintaanmu.. buatlah tawaran kepada sesiapa yang bergelar Ustaz di Baling tu.. mahu dijodohkan bersama anak mak – wah.. “alah mak, tak semesti ustaz eh, doktor ke, orang kaya2 ke.. pun boleh”.

“nak ke orang kaya ni kat mu? Dush! Terkena… adeh…

Ye la..ye la.. sesiapa yang mak berkenan lah (dalam hati, tak terluah)
Itulah MAK saya. Selalu mematahkan hujah saya dengan panjang lebar. Dan saya seperti biasa. menadah telinga. Ayah seperti biasa. tersenyum! Kakak seperti biasa, menyokong apa sahaja yang dituturkan oleh mak. Abang seperti biasa.. menyampuk sentiasa.

Dan anak saudara saya “ mak su, nak kahwin dah ke?
“mu tu budak2 lagi. Belajar dulu..” ni urusan orang tua! Hihihiii..

****

Saya beri jaminan kepada keluarga saya. insyaAllah saya akan tulis dalam borang posting KEDAH, tapi selebihnya bergantung kepada TAKDIR.. kata-kata saya pasti akan minta dikotakan. Alahai..
insyaAllah.

*****

1 year to go. Saya bakal menjadi guru sebenar. Berjuang di medan sebenar.
Dan... kini, saya sangat sayu.. bagaimana mahu menghentikan masa ini?
Saya sangat sayangkan bumi IPG ini..saya sangat sayangkan adik2 saya di IPG ini… saya sangat sayangkan zaman bersahabat ini.

Dan zaman bujang. Eh, cakap seperti mahu menamatkannya..haha

Ayuh.. kawan2, jom cipta memori bersama!

****

insyaAllah – saya mahu ke Pahang akhir tahun ini. Untuk menjenguk keluarga mertua. Eh? Kemudian terus ke Johor. Dua negeri yang tidak pernah saya jejakkan kaki.

insyaAllah – tahun hadapan – saya mahu ke Terengganu. Ada buah hati di sana! Mahu mengikat janji setia.. haha~

juga – dalam masa 1 year and half ini.. saya mahu explore Perlis. Bersama ‘geng’.

***

Namun, saya risau.. sudahkan saya bersedia berjuang di medan sebenar?

Sudahkah saya penuhi ilmu di dada?

Sudahkan saya mampu menjadi model kepada masyarakat?


Jawapan ini memerlukan “usaha”

.. usaha mengubah diri..
..usaha memperbaiki diri..


insyaAllah~

semoga dikuatkan diri melangkah…

ayuh sahabat.. kerana jalan ini kita lalui bersama..

--- titik bebelan ini. jom study! ---

3 comments: