Saturday, May 8, 2010

9 Mei..


Esok ialah hari istimewa. Kenapa? Kerana ia adalah Hari Ibu 2010. Namun pada saya, ia bukan sekadar Hari Ibu..tetapi ia adalah ulangtahun kelahiran ibu saya yang ke-65. Mek Sum binti Abu Bakar.

Saya yakin, setiap dari kita pasti mengagungkan ibu sendiri..dan saya pun begitu. Setiap dari kita punya ‘heroin’ yang istimewa dalam hidup kita.

23 tahun yang lalu (22 tahun membesar + 9 bulan di dalam kandungan)..
saya telah menumpang rahimnya..

Dia mengalami alahan yang sangat teruk selama 5 bulan. Mulanya, saya menganggap ia adalah biasa. normal lah kan, mengandung, muntah-muntah, pening. Saya membesar dan membesar. Saya telah jumpa ramai ibu-ibu di dunia luar. Kakak saya, sewaktu mengandungkan husna, dia turut mengalami alahan, tapi hanya sekejap. Ustazah saya mengalami alahan tetapi 3 bulan. Itu pun saya lihat seperti sangat sengsara. Masakan tidak. Kehilangan air dalam badan, muntah, pening, tidak selera makan dan pelbagai symptom lagi. Saya mula memikirkan alahan ibu saya bermula dengan kenyataan Mak Ngah Timah (ibu susuan mak saya). Katanya sewaktu dia berjumpa saya ‘yang ni la yang mak mu mengandung teruk’. Perasaan saya bercampur baur. Seorang ibu mengalami alahan yang sangat teruk- 5 bulan. Melihat ibu-ibu yang lain yang hanya dua tiga bulan pun sudah sengsara, inikan 5 bulan? Mak cakap – dia langsung tidak jamah nasi dalam tempoh alahan, diiringi dengan morning sickness.. pastinya, dia sudah menanggung kesakitan sejak saya di dalam kandungannya lagi.
(kata orang - selalunya nak tengok keadaan kita mengandung, tengok pada ibunya. erm, begitukah saya nanti? untuk 5 bulan morning sickness?? hurm..so kena lah mencari suami yang sangat memahami...tak gitu? bukan senang nak morning sickness 5 bulan okay)

Alhamdulillah, mak kata saya mudah dilahirkan. Dia mandi dan duduk diam di katil sementara menanti puteri bongsunya lahir pada 26 April 1988. Namun, pada saya sakit bersalin hanya Tuhan yang tahu. Entah – dulu, saya hairan kenapa darjat seorang ibu terlalu tinggi, saya juga hairan sakit bersalin boleh mengampunkan dosa-dosa ibu tersebut. Alah, sakit apa sangat. Inilah bisikan-bisikan saya dahulu, ketika saya masih tidak mengerti erti hidup.

Kakak sulung saya selalu menasihati ‘ sakit period baru sikit sangat dari bersalin’ saya terus diam. Tidak dinafikan..perempuan yang didatangi haid – emosinya terganggu, kerjanya juga boleh terjejas, sakitnya juga berbeza mengikut individu, namun ia tetap SAKIT~ bukan senang. Tapi itulah perempuan, sakit manapun didatangi haid, dia tetap mengharapkan kitaran haidnya normal walau sakit perlu ditanggung! period pain ini pun dah sakit, apatahlagi sakit untuk melahirkan anak. Saya tidak dapat bayangkan! Kalau sesi bercerita oleh kakak-kakak saya tentang anak dan dunia perempuan, muka saya sangat berkerut ketika mendengarnya bahkan pernah saya menjauhi ‘halaqah’ tersebut kerana terlalu ‘seriau’, seolah menahan kesakitan. Walau hanya mendengar saya sudah risau, inikan mengalaminya.

Kini…saya sedar..kenapa darjat seorang ibu terlalu tinggi! “Wahnan ala wahnin”
Saya tidak pernah berjauhan dengan ibu saya.. hanya saya memasuki IP Perlis, barulah saya agak jauh darinya. Berjumpa jarang-jarang sekali. Namun, saya dan ibu saya mempunyai gerak rasa yang sama. Saya demam, di saat bukan musim demam – saya call rumah – dan saya dapati ibu dan keluarga saya demam. Hal ini berlaku berkali-kali. Dan saya percaya, ikatan darah ini kuat. Syukur pada-Mu ya Allah… kekalkan ikatan ini hingga ke syurga-Mu. Amin..

Saya sedih, dia boleh merasai.. saya gembira, dia pasti tersenyum… saya resah, dia pasti gelisah..

Mak selalu cakap, saya anak ayah~ tapi saya selalu cakap, saya anak mak dan anak ayah. Kerana sangat manja dengan kedua-duanya.

Namun.. saya dan ibu saya terlalu banyak persamaan. Dan persamaan inilah yang kadang-kadang merapatkan kami dan mudah untuk memahami. Kerana persamaan jualah, kadang-kadang kami ‘dingin’.

Dia seorang ibu yang menasihati saya dengan berfikir. Tidak perlu dibebel panjang. Dan inilah yang mempengaruhi saya. Dia seorang yang talkative (ini sangat sama dengan saya), dan mangsanya ialah ayah saya (Alhamdulillah, ayah saya seorang pendengar yang sangat baik) dan banyaklah persamaan kami berdua.. dan termasuklah yang ini ‘ ego dalam meluahkan sayang’

Ego – kalau ada sesuatu perselisihan di antara saya dan ibu saya, kami tidak akan bercakap (lawak bila memikirkannya) dan dia tidak akan bercakap, saya pun tidak akan bercakap. Walhal dalam hati, saya ingin sekali memeluknya meminta maaf. Ah-kerana ego. Pernah sekali, lama juga tidak bercakap. Lastly, saya pandangnya dan dia memandang saya, dan kami tersenyum, terus saya menyalaminya meminta maaf. Heh- mak..macam mana nak ubah yang ni ye? Tapi itu dulu.. kini, setiap kali saya menelefonnya, pasti saya akan tunjukkan kasih sayang saya, dulu saya malu untuk mencium pipinya, kini saya pasti berbuat demikian. Dulu, saya jarang menangis meluahkan isi hati..kini dia adalah tempat mencurah segala rasa. Dia adalah ibu, dia adalah sahabat saya.

Mak – anak mak yang seorang ini sangat menyayangi dirimu lebih dari dirinya. Tika diri ini kadangkala ‘derhaka’ denganmu.. bukan kerana tidak sayang tapi ampun dan maaf kerana mengikuti darah muda. Jujurnya, saya takut untuk hadapi hari-hari mendatang, bimbang esok belum tentu ada buat kami. Ingin sekali saya merakam setiap nasihat, setiap bebelannya agar nanti saya tidak kerinduan.

Buat semua di luar sana, jangan ego meluahkan kasih sayangmu terhadap ibu. Luahlah sayangmu menerusi kata-kata. Saya bimbang sekiranya tidak hari ini..bilakah lagi?

p/s – banyak yang istimewanya tentang dia.. dan saya tidak mampu untuk terus menulisnya, kerana air mata saya sudah pun mengalir. Sekiranya seluruh dunia ini milik saya dan dihadiahi kepada ibu saya, ia sesekali tidak! Sama sekali TIDAK mampu membalas apa yang telah ditanggung oleh ibu kita semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga syurga menjadi milik semua ibu. Amin!

Redha Allah pada keredhaan ibu kita, bukankah ianya satu kemuliaan??

ya Allah.. hati ini telah pun bersatu.. maka kekalkanlah cinta kami hingga akhirnya...

Mak, redhailah anakmu…
SELAMAT HARI LAHIR & SELAMAT HARI IBU~

4 comments:

  1. bez kak..bguz2....diri ini pn slalu trasa brslh kt ibu sbb dlu xmngerti pngorbnn seorg ibu...skrg bler brjauhan, bru terasa sgt2...syngilah dan hargailah ibu kter sementara msih ade...

    ReplyDelete
  2. tq sis!

    bjauhan sesekali merapatkan.. berdoalah..

    yup - sementara msih ad.. andai hari ini milik kita, gunakanlah sebaikny =)

    ReplyDelete
  3. salam..insan mulia itu sebenarnya mengharapkan suatu yg amat berharga dari kita..bukan hadiah yg mcm2, bukan kata2 juga..tapi mengharap anaknya itu menjadi anak yg solehah, yang mampu mendoakan ibunya sentiasa, sama ada semasa dirinya masih ada, ataupun semasa di pembaringan sana..

    hargailah mereka, penuhilah harapan yang ini..

    ReplyDelete
  4. daus..
    wassalam.. insyaAllah
    sama2 kita berbakti kepada ibu bapa sama ada yang ada di depan mata atau yang telah pergi..
    menjadi anak yg soleh/ah mampu mendoakan mereka..
    amin~ smg Allah mengurniakan syurga buat ibu kita semua..

    ReplyDelete