Friday, May 28, 2010

Kenapa dan Mengapa?

Saya buka gallery handphone putih kesayangan saya. Search lagu yang boleh ditemani tidur. InsyaAllah by Maher Zain kemudian beransur ke Langkah tercipta by UNIC. Huh~ saya mengamati liriknya satu persatu. (mulanya nak tidur, tapi terus buka laptop dan menulis... heee)
Dapat sesuatu yang mahu diluah ke dalam blog... dan... inilah!

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

****

Sahabat..

Percayalah.
Allah tidak akan menguji sesuatu melainkan dengan kekuatan diri kita.
Persoalan kenapa aku? Kuatkah aku? Kenapa dan mengapa... ini juga pernah bermain di benak saya. Mungkin juga saat ini. Tika ini saya resah, saya gelisah. Dan saya pasrah!

Nah.. ini jawapannya.

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima. (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran ayat 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Surah (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka….. (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ……
dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Surah Yusuf ayat 12)

****

sahabat..

"Pandanglah ujian dengan hatimu.. ujian adalah perbuatan Tuhanmu bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu...
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan..
bila sudah lulus dan dipilih, Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya... keteguhan kamu melintasi ujian.. menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat.. inilah keadilan-Nya."

***
Tuhan.. aku hamba-Mu membawa hatiku pada-Mu..
Tuhan.. aku mahu Engkau bangga denganku..
Tuhan.. aku mahu namaku disebut di langit sana.. kerana "sabar"

Allah.. thanks for being there. always!


"maka Bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya" 70 : 5 - Al-Maarij


2:48 am.
29/5/2010

No comments:

Post a Comment