Thursday, May 27, 2010

Menghuni di taman..

Saya benar-benar kerinduan saat ini. Rindu mahu menatap wajahnya. Rindu mahu berbicara dengannya. Segalanya tentang rindu.

****

Post ini ditulis ketika saya menghitung hari hendak pulang ke rumah.. 7 hari yang mendatang. Argh..terasa bagai 7 tahun lamanya.

28/5 – main boling bersama ahli usrah ~ enjoy dalam keberkatan.

30/5 – 2/6 – taklimat praktikum fasa 2 ~ hurm, saya mahu bawa handphone dan laptop ke dalam dewan ^_^ jom, saya akan online untuk ym, skype, facebook dan blog. Hah!

2@3 hb.. Baling is always waiting for me! – kelik kapong! Tak toghah~

****

Dia ialah ibu yang sentiasa mendorong

Dia ialah ayah yang sentiasa menyokong

Dia ialah Abang yang sentiasa prihatin

Dia ialah Abang Syim yang sentiasa bertolak ansur

Dia ialah Kak yang sentiasa menasihati

Dia ialah Kak Nah yang sentiasa bersabar

Dia ialah Abang Mi yang sentiasa memeriahkan

Dia ialah Kak Ina yang sentiasa di sisi..

Mereka ialah 9 anak saudara lelaki – At, Yen, Pendi, Syapiq, Pizi, Azri, Amir, Alif dan Izam… yang mengajarku..erti kenakalan

Mereka ialah 9 anak saudara perempuan – Syikin, Syila, Ayuni, Aina, Syirah, Ati, Hazwani, Haziqah dan Husna… yang mengajarku erti kedewasaan

****

Terasa rindu mahu menatap mata mereka satu persatu. Tidak sabar rasanya mahu pulang.. bersama-sama berkumpul di bawah lembayung Baitul Muslim. Tuhan~ aku rindu.
Mereka mengajar segalanya. Erti hidup.

****

Oh ibu, bagaimana mahu aku luahkan segala keperitan ini… sedangkan engkau terlebih dahulu merasai segala keperitan.

Oh ayah, bagaimana mahu aku ceritakan segala kelukaan ini.. sedangkan hidupmu terlebih dahulu merasai segala kelukaan.

Oh abang, bagaimana mahu aku khabarkan segala kekusutan ini.. sedangkan hidupmu terlebih dahulu merasai segala kekususutan hidup

Oh kakak, bagaimana mahu diuarkan segala kepiluan ini.. sedangkan hidupmu terlebih dahulu merasai segala kepiluan…

~anak-anakku.. bagaimana mahu aku kisahkan padamu..apa yang ada di hati.. sedangkan dirimu masih meniti keremajaan…

Tidak semudah ini..mahu membiarkan kalian merasa bimbang..

Tidak semudah ini… mahu membiarkan kalian merasa susah hati..

Kerana cukuplah segalanya yang kalian pernah hadapi dahulu.. kalian pernah juga dewasa, pernah juga meniti kematangan.. pasti kalian kan memahami..

kini..anakmu, adikmu..sedang menghadapinya. Berhadapan dengan sebuah kedewasaan.

****

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara..

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya


Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba

Engkaulah permata ayah bonda...

~ aishy.. mendengar lagu ini berulang kali.. menambahkan rasa sayu dan rindu. Tuhan..aku bernar-benar kerinduan... T_T

****

Tuhan..mengertilah di hati ini.. ada keperitan.. hanya pada-Mu ada penawarnya..

Tuhan.. fahamilah di jiwa ini.. ada kelukaan..hanya pada-Mu ada pengubatnya..

Tuhan.. terima kasih.. hingga kini.. aku merasai kasih sayang-Mu dari mereka yang aku benar-benar rindui…

Tuhan.. ingin segera aku pulang ke pangkuan mereka…

Tuhan.. ingin segera aku kembali…

Menghuni di taman mereka!

No comments:

Post a Comment