Monday, June 28, 2010

KITA sama walau berBEZA

Dilahirkan pada 1917 , ZAINAB AL GHAZALI AL JUBAILI merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

***

Kisah ini saya copy dari internet. Sudah lama tersimpan kemas di dalam folder Sirah. Koleksi artikel islami. Dan juga sudah lama saya mahu post entry ini. Mungkin saranan kuat dari sahabat saya agar membaca kisah Zainab Ghazali Al-Jubaili ini, saya juga mahu agar kita semua menghayati sirah ini. cukup getir. Tapi yang getir inilah perjuangan.

Diciptakan dari gabungan X (XX) dan dilahirkan sebagai perempuan, kaum hawa ini seringkali dianggap sangat lemah dan tidak layak digandingkan bersama lelaki dalam segala aspek. Mereka dianggap sangat lemah dari semua aspek. Fizikal dan emosi. Juga..suatu ketika zaman jahiliah, kaum hawa seringkali dianggap hina, punca kemiskinan dan ditanam hidup-hidup. seolah-olah kaum hawa tidak layak hidup di atas muka bumi. Tidak layak!

“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ” (An Nahl : 58-59)

Nah.. segalanya digambarkan oleh Allah tentang kedudukan wanita pada zaman itu. Ya Rasulullah. Terima kasih.. kerana… tanpa Islam yang diwahyukan dari Allah, tidak mungkin adanya kami di sini…

***

Sesekali.. saya membayangkan diri saya di dalam keadaan genting yang dihadapi oleh Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Sukar rasanya. Anda ingat mudah bila mana seorang perempuan..yang lemah jiwanya…yang kadangkala dikuasai emosi diancam dengan kejam? Dipukul, disumbatkan ke penjara dan diancam rogol??
Itu namanya penderaan fizikal dan gangguan emosi! Di mana kekuatannya sebagai perempuan? yang sememangnya kita tahu… takkan mampu memberontak dengan kekuatan fizikal. Ngeri! Jawapannya.. Nusrah Allah. Hakikat. Realiti.

Saya cukup menyukai kata-kata Al-Imam Hasan Al-Hudaibi kepada Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Mampu menaikkan semangat saya.. “teruskanlah perjalanan dan jangan pandang ke belakang, jangan melihat kepada kedudukan lelaki ataupun kemasyhuran mereka, kerana kamu sedang membangunkan sebuah bangunan baru dari asasnya”

Medan ini.. tidak pernah kenal erti JANTINA, peranan lelaki dan perempuan dinilai Allah. Sama.

Saya dan anda..

Kisah Khadijah dalam membantu Rasulullah s.a.w
Kisah asma’ dalam membantu penghijrahan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr ke Madinah
Kisah Zainab Ghazali al-Jubaili dalam mendukung perjuangan assyahid Imam Hassan Al-Banna dalam Ikhwanul Muslimin..

Siapapun kita.. lelaki dan perempuan. Kita dicipta saling melengkapi. Kekurangan dan kelebihan..Saling berperanan.. di dalam medan ini.. gunakan kelebihan untuk menampung kekurangan dan gunakan kekurangan untuk meningkatkan kualiti diri.. kurangkan diskriminasi, tingkatkan penghormatan..

Kita sama walaupun berbeza.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ” ( At Taubah- 71)


Kerana jalan ini..
kita lalui bersama…

Jalan bersama Sahabat

Saya rindu. Sungguh!

***

Bertalu-talu mesej tazkirah saya peroleh. Bertalu-talu nasihat diterima.
Sahabat. Maaf. Kadang-kadang mesej sepi tanpa balasan. Kadang-kadang call hanya menjadi missed call. Maaf sahabat. Aku bukan sahabat sejati. Kesibukan menghalang aku dari terus menghubungimu. Walau itu tidak boleh dijadikan alasan, tapi sungguh. Aku tidak mampu menjadi manusia yang terbaik pengurusan masanya.

Sahabat. Ketahuilah.

Diri ini pernah sebak apabila merinduimu. Air mata pernah bergenang dan mengalir lantaran menyayangimu. Sungguh.

***

“syahida” orang-orang yang syahid, kematian yang diimpikan oleh semua pejuang Islam sebagai bukti cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul. Semoga semangat ini tak luntur dari jiwa ukhti”

>>HAFIZAH HUSSEIN<<

***

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud ;
Teman-teman karib pada hari itu, saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa...

Sahabat.
Ku bersyukur pada-Nya. Dipertemukan insan sepertimu.

Sefikrah menuju redha-Nya…

Walau jauh di sana. Aku yakin. Aku pasti dirimu juga yakin. Kita berada di medan yang sama.kita punya rasa yang sama. Kita punya matlamat yang sama.

Sahabat.. aku kini benar-benar merinduimu.

Andai.. pertemuan ini hanya sekali. Ku mohon agar.. Allah pertemukan kita di sana…

kerana jalan ini, KITA LALUI BERSAMA...

Tuesday, June 22, 2010

Apakah pilihan anda?

Sebuah kisah.. cerita ini sangat-sangat menarik perhatian saya. Dan saya betul-betul menyukai kisah ini ^_* cerita asal saya tidak tahu ditulis oleh siapa, cuma.. saya edit sikit-sikit ea... walau siapa pun penulisnya, saya cukup mengagumi kisah ini..

***

Apakah pilihan anda ??

Sekumpulan kanak kanak sedang bermain di dua buah landasan keretapi yang mana satu masih lagi beroperasi sementara yang satu lagi tidak digunakan lagi. Sebuah keretapi mendatang dan anda ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan trek landasan. Anda boleh mengalihkan laluan landasan ke arah laluan yang tidak digunakan lagi dan menyelamatkan ramai nyawa kanak kanak yang sedang bermain. Bagaimana pun, keputusan itu akan mengorbankan nyawa seorang kanak kanak yang sedang bermain di landasan itu. Atau anda membiarkan saja keretapi itu meluncur di landasannya?

Cuba kita fikirkan apakah keputusan yang akan kita ambil.

Fikir.. fikir... fikir..

***

Sebenarnya, saya sudah pun test soalan ini kepada rakan-rakan saya. Hampir 10 orang dan rata-rata mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan laluan keretapi itu dan mengorbankan satu nyawa demi menyelamatkan ramai nyawa.

Saya percaya anda juga akan berfikiran begitu. Saya juga seperti anda berfikiran begitu pada awalnya kerana mengorbankan satu nyawa adalah lebih rasional bukan?

Tapi...........

adakah kita terfikir bahawa kanak kanak yang seorang itu telah melakukan perkara yang betul dengan bermain di tempat yang selamat ??

Namun dia dikorbankan demi menyelamatkan nyawa kanak kanak yang tidak menghiraukan keselamatan dengan bermain di kawasan yang berbahaya. Kanak kanak yang bermain di landasan yang tidak digunakan lagi itu menjadi korban. Jika dialihkan laluan keretapi itu ke arah kanak kanak yang seorang itu akan tentu mengorbankan dia kerana dia tidak menyangka bahawa keretapi akan melalui trek itu. Lagi pun trek itu tidak digunakan lagi dan sudah tentu laluan itu merbahaya untuk keretapi.

Jika kita menukarkan laluan keretapi itu kepada trek yang tidak digunakan lagi akan membahayakan nyawa penumpang yang berada di dalamnya. Dan dalam anda bertujuan menyelamatkan nyawa beberapa kanak kanak akan mengorbankan lebih ramai nyawa yang berada dalam keretapi itu.

***

“Ingat bahawa keputusan yang betul selalunya tidak popular.......dan keputusan yang popular tidak semestinya betul"

***

Everybody knows...
You can't be all things to all people.
You can't do all things at once.
You can't do all things equally well.
You can't do all things better than everyone else.
Your humanity is showing just like everyone else's
So...
You have to find out who you are, and be that.
You have to decide what comes first, and do that.
You have to discover your strengths, and use them.
You have to learn not to compete with others,
Because no one else is in the contest of being YOU.
And then...
You will have learned to accept your own uniqueness.
You will have learned to set priorities and make decisions.
You will have learned to live with your limitations.
You will have learned to give yourself the respect that is due.
And you'll be a most unique and happy human being.
Always Believe...
That you are a wonderful, unique person.
That you are a once-in-all-history event.
That it's more than a right, it's your duty to be who you are.
That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.
And you'll always be able to stay one up on what used to get you down!

***

Sekarang… jawab dengan jujur.. anda masih mahu korbankan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak bersalah itu..?

Sunday, June 13, 2010

ada hikmah.. kemalangan..

Alhamdulillah. Saya sudah selamat sampai di rumah. Lebih kurang jam 12 tengahari. Hampir sejam dari Baling.. saya menahan sakit luka di tangan dan kaki. Pedih! Tersagat di tar jalan raya di Gurun.

***

Saya mahu mengelak dari melanggar kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan dan akhirnya emergency break. Motosikal saya terlepas dari saya dan terseret ke tepi jalan. Saya pula terjatuh dan tersagat di tar. Hanya kalimah ‘ya Allah…’ yang saya ucapkan. Yang ada dalam hati saya ketika itu ‘mak dan ayah’ yang menanti kepulangan saya dengan selamat. Dan saya masih muda untuk berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Na’uzubillah.

Saya bingkas bangun. Memandang belakang dan hampir sahaja sebuah kereta merapati saya. Mujur perlahan pergerakannya. Kalau tidak, sudah lama nahas. Saya terus mendapatkan motosikal saya dan check di mana kerosakan kalau ada. Alhamdulillah. Segalanya ok. Cuma secara tiba-tiba saya merasakan ngilu.
Tangan dan kaki luka berdarah. Saya semakin ngeri. Gerun pada darah. Saya mengambil masa untuk berehat sekejap dan dalam tempoh 5 minit, saya mencari kedai untuk membeli air mineral dan membasuh luka-luka di tangan dan kaki. Kedai demi kedai. Akhirnya berhenti di stesen minyak Petronas dan pergi ke tandas. Mahu membasuh luka yang dipenuhi batu kecil dan pasir. Tuhan, pedihnya terkena air rasa bagai mahu menitik air mata. Sudahlah saya jenis darah cair. Sukar membeku.

Alhamdulillah, saya bukanlah seorang yang mudah panik. Saya bertenang dan mengambil handphone. Mujur sahabat saya, Sal menghantar sms dan saya membalasnya ‘doakan aku. Aku accident’

Terima kasih sahabat kerana cuba menghubungi rakan-rakan yang ada di belakang saya, Wafiy dan yang lain-lain. tapi sayangnya mereka baru di Perlis. Saya mendapat panggilan dari mereka.
“aku okay. Sakit sikit. Takpa..satgi bawa slow. Mu ada belakang. Apa-apa jadi aku call mu”
Itu pesanan saya. Dalam hati. Bukan itu saya saya mahu nyatakan. Mahu saja saya ucapkan
“aku sakit sangat. Pedih. Tak larat. Tak yakin nak bawa moto”

Tapi biarlah. Sudahlah menyusahkan diri, tidak mahu menyusahkan mereka yang lain.
Saya cuma gusar. Takut tidak mampu bertahan. Tangan kanan saya hanya sedikit lukanya. Tangan kiri saya tersagat banyak. Ngilu! Sungguh!
Saya gagahkan hati. Membawa sekitar 40km, 50km dan 60km. bagai kura-kura dan saya bosan di atas motosikal sebegitu rupa. Tapi mahu bagaimana? Saya sendiri tidak berdaya mahu memegang motosikal dengan erat. Hanya pasrah dan berserah kepada Allah.

***

Saya agak terkilan. Kerana kereta yang saya mahu elakkan. Berlalu begitu sahaja. Dan kereta belakang hanya memandang. Sudahlah sakit. Mahu mengangkat motosikal pun sudah tidak berdaya. Dan saya keseorangan. Mahu pulang cepat dan berlalu dahulu dari rakan-rakan saya.
Sudahlah saya masih sakit badan bermain hoki.. sekarang…
Jujurnya, saya berasa tidak sedap hati. Entah kenapa. Something bad will happen. Dan inilah dia…

***

Di atas motosikal, saya gusar. Mahu bagitahu mak atau tidak. Arghh- selepas ni mesti kena bercerai dari KCJ. Tidak pun mesti dikuarantin dari menyentuh KCJ. Tidak pun saya langsung tidak dibenarkan membawanya lagi.
Saya berbual dengan mak. Dia hanya menunjukkan muka risau. Dan mujurlah, saya tidak mendengar bebelannya. Huh~lega. Ingatkan kena bercerai dengan KCJ. Alhamdulillah. Mak sungguh sporting! Thanks mom!
Tapi.. hurm.. ayah saya sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Ampun pak..ampun.. lepas ni akan lebih berhati-hati okay… ^_*
Eh, selalunya mak saya lebih membebel dari ayah. Aiii~ terbalik!

***

Mak menceritakan jiran saya yang baru berusia 16 tahun. Lelaki. Meninggal dunia, kemalangan di Baling. Pecah kepala. Motosikal. Innalillahiwainna ilaihiraji’un.
Hari ini, al-Kuliyyah. Tajuknya ialah “pergi tak kembali”
“pergi tak kembali. Ianya satu hakikat yang pasti”
“Masa yang berlalu tak boleh berpatah blik”
Mati, mati dan mati.

***

Muhasabah seketika..
Sahabat saya pernah berkata sewaktu saya mendoakannya cepat sembuh.
“tak apalah, sakit sikit tapi sudah minta segera disembuhkan. Selama ni nikmat sihat jarang pula disyukuri”
Saya insaf. Hanya sakit sedikit sekarang. Tapi mohon pada Tuhan agar segera disembuhkan. Selama ini, nikmat sihat tidak pula disyukuri. Subhanallah.
Peristiwa ini benar-benar memberikan hikmah yang besar kepada saya.
Nikmat sihat, tidak saya syukuri. Bila sakit mula terkejar-kejar menyebut ‘Allah’
Dan…
Adakah kemalangan ini Allah memberi peringatan kepada saya bahawa mati ini sudah dekat?
“pergi tak kembali”
Bimbang…
Amalan di takuk yang lama. Tidak meningkat. Makin berkurang. Ikhlas, saya tidak bersedia menghadapi sebuah kematian. Amalan saya…?
Andai… esok bukan milik saya…
Saya mohon… sahabat-sahabat.
Ampunkan segala kesalahan saya sama ada sengaja atau tidak.
Halalkan apa yang sudah saya terima.
Bimbang.. esok belum tentu ada untuk kita.
“if tomorrow never comes”

***

Saya mahu berhenti menulis. Mungkin jenis darah cair.tercucuk jarum pun darah keluar banyak dan sukar berhenti. sekarang darah saya masih keluar walau sudah ditampal plaster. Saya tidak larat untuk terus menaip.
Syukur. Perjalanan tadi dirasakan cepat. Allah always there. Always!
Dan…

erm.. sesekali terfikir gak.. "ganas ke aku ni ek..sampai terbabas nih..?" erm..tu la, lain kali dengar orang cakap..jangan balik seorang, jadi pape tgh jalan..sapa susah??? tapi degil! hah~ nasib la...

hehe..lasak tu tetap ada walau perempuan..tapi tak ganas.. cuma aktif terlebih.. bukan hiperaktif.. tapi cergas.. wa... begitukah?? eh, jadi perempuan tak semestinya penakut..tak semestinya pengecut..tak semestinya ayu.. okay?

Hehe… sorry ye. Saya nak fokus pada al-Kulliyyah.
Stop2.. ustaz Fauzi tengah bercakap nih!
Permisi ya ^_*

-Jumaat, 4 Jun 2010

Wednesday, June 2, 2010

Syukur atas segala cinta

Saya menanti masa untuk pulang. Sambil-sambil itu.. ini ialah coretan saya di saat ini. Saya melayangkan memori… dan melakarkan apa yang saya rasai..

***

Mak. Ayah. Abang. Kak. dan anak saudara.

Hidup saya terisi dengan kasih sayang.
Alhamdulillah ya Allah~ nikmat cinta yang tidak terhingga. Mereka memberi cinta tanpa syarat!

Cuma..saya tidak ada adik. Ishk, syahida, nak adik ke? Jawabku “tak mau!!!”
Kita diberi dengan apa yang sesuai dengan kita..
saya tidak suka punya adik. Memiliki anak saudara pun sudah membuatkan saya cemburu dengan mak saya yang kadang-kadang lebihkan cucunya dari saya anaknya! Huh~ (kesian ya anak-anakku. Ala..kan ada MAK masing2, tak yah la berebut MAK mak su okay. Huh~ mak su childish!)

Saya sudah berusia 22 tahun. Eh, matang ke? Sudah! Wah.. huh~perasan!
Alhamdulillah.

***

Saya dikelilingi mereka yang saya sayangi dan disayangi. Ini adalah anugerah-Mu Tuhan!

Namun,di usia 22 tahun kebelakangan ini.. lumrahnya, pasti dalam proses membina keluarga. Dan ramai juga yang sering bertanyakan kepada saya “bila nak dirikan baitul muslim” dan risikan demi risikan dari kawan-kawan juga saya terima untuk tahu.. di hati saya, siapa dia?

Erm..mengeluh panjang.

Entahlah, semakin membesar, semakin lemas dengan soalan ini.
Bagaikan serik untuk bercakap tentangnya.
Dan semestinya saya tidak punya jawapan untuk itu.
Dan saya tidak mahu menjawabnya.
Noktah.

Mahu sahaja bercakap dengan mereka “cukuplah, tak payah tanya tentang hal ni lagi”
Huh~ yang pasti, tidak boleh. Kerana itu hak mereka bila mereka persoalkan.

“Hurm. No comment. Entah esok, entahkan tidak. Urusan-Nya”

Saya juga terima usikan daripada adik-adik junior saya.. tentang isu ‘berpunya’. Ai..nakal betul mereka. entah dari mana didengarinya berita-berita palsu ini.

***

Saya teringat kembali detik ini..

Di kelas. Bila ustaz bertanyakan bila mahu grad?
“2011 habis dah ustaz” jawab kami ramai-ramai.
Kata ustaz “owh.. dah boleh jadi mak bapak orang”
Spontannya saya menjawab dengan kuat “dak!!!”
Kata ustaz “selalu sapa yang kata dak tu kawin dulu”
Satu kelas gelakkan saya. Fuh~ so blushing… huhu…

***

Dan jawapan saya setakat ini..

Yang mendatang akan didatangi. Bila tiba masanya.
Sekarang. Kita mungkin telah ditemukan dengan orang yang salah. Bukan kerana Allah tidak menyayangi kita. Tapi kerana kasih-Nya, Dia mahu kita hargai setiap detik yang kita ada…

“Memang Allah sengaja..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
...Kerana mengingatkan kita bahawa..
dia bukanlah pilihan terbaik untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
supaya kita faham bahawa Allah yg terbaik utk kita....”


Hari ini. Biarlah saya membawa diri saya ke daerah sepi ini. Menguatkan pergantungan kepada yang Maha Esa, kerana jodoh saya ditangan-Nya. Pertemuan kami sudah dirancang. Pilihan baik atau buruk cara pertemuan. Adalah di tangan kami. Kami?? Siapa kami? Hehe..

Hari ini. Biarlah saya mengusung rindu kepada sebuah penantian. Suatu hari, akan tiba.. Right time, right person! Dan jika tiada di alam fana ini. Semoga di sana dia sedia menanti. Amin!

"kita semua punya cinta.. berilah pada penganugerah cinta. iaitu Allah. cinta sepenuh hati..kemudian berilah pada yang hak... itu pasti"

Yang pasti. Jujur dari hati. Mahu berbicara dengan suami begini..

“Dan akhirnya pada saat ini. Kalau ini kiranya jawapan pada segala doa. Inilah masa yang sesuai. Lillah~ kerana Allah kita dipertemukan dan kerana-Nya juga kita akan dipisahkan. Tiada apa yang mampu saya berikan melainkan harga sebuah kesetiaan hingga ke syurga. Kerana Allah.. jalan ini akan terus mekar bersamamu”

Wah2…syahida sudah jiwang..haha~ dah2.. stop! Nanti ramai yang terkejut bila syahida berbicara tentang hal ini. (so, jangan gelak ye!)

buat mereka di luar sana.. usah resah, jangan gundah..andai belum berpunya..tapi yakinlah.. yang mendatang akan didatangi..pada masa yang sesuai..bila sudah takdir...
sekarang.. berbahagialah denga segala cinta yang ada.. syukurilah.. keluarga dan sahabat2... mereka berhak disayangi.. syukurilah..
“perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”

Ini janji Allah. Jadi? Yakinlah!

pada nama dan kerja

Kaki sakit. Bengkak. Akibat memukul kaki sendiri dengan stick hoki. Tidak dinafikan. Saya memang seorang yang ‘lasak’. Huhu~ (erm, sepatutnya sakit disebabkan pukulan orang. Akhirnya pukulan sendiri..huhu~ sakit.

“farah. Tengok aku jatuh tadi.. hehe..?”
Jawab nya.. “hang main memang suka jatuh pun”

Huhu~ betulkah? Ha ah. Selalunya tidak sah perlawanan yang saya sertai kalau tidak beraksi betul-betul di dalam perlawanan. Mesti jatuh, terebah dan sebagainya. (tapi takde lah sampai jatuh terguling-guling okay!)

Dulu.. semasa bermain badminton. Saya terlalu lasak mengejar shuttle, hinggakan jatuh terduduk.
Oho, malunya. Hanya tuhan yang tahu. Tapi biasalah. Style saya, malu buat-buat tidak malu. Selepas tu, apa lagi.. keluar dari court. Gelak puas-puas.
Ya – tidak saya nafikan. Saya suka ‘memberi’ kenangan yang manis pada perlawanan saya atau dalam erti kata lain. Lasakkah? Maybe!

***

Asalnya, saya sudah malas nak menyertai pertandingan hoki. Memandangkan mahu pulang awal ke kampung dan semangat mahu bercuti berkobar-kobar di dalam dada. Alahai. Demi IMPI. Saya gagahkan.

Saya juga seperti sahabat-sahabat yang lain.. mahukan penyertaan dari IMPI untuk pertandingan ini. Kalah menang bukan ukuran. Tapi semangat dan mahu mencuba itu penting bukan?

Biarlah apa orang nak cakap. Pada saya. Penyertaan itu melambangkan sokongan. Bukti kepada bahawa sukan dan Islam tidak sekular.

Sukar saya membayangkan..

Bila mana Islam dan dunia diasingkan.

Itu juga ada pada pemikiran-pemikiran sekular dan wujud juga pada pemikiran-pemikiran jumud.

“Ah.. dunia ja semua ni..”
“Hurm..eh, ada ke sukan dalam Islam?”

Susah mencari manusia yang seimbang. Sangat sukar.

***

islam vs Islam?

(bezanya ‘I’ kecil dan ‘I’ besar – kata nama khas dan kata nama am)

Saya pernah ditanya ketika di dalam ISK. Dan jawapan saya ialah Islam. Bukan islam. Hurm. Saya tidak suka berdebat dalam keadaan sebegitu sebenarnya. Kerana setiap dari kita punya pandangan yang berbeza. (ketika itu saya merasakan pandangan yang saya utarakan tidak diterima T_T )

Saya dan dua orang sahabat. ketika itu memilih Islam.

Tapi bayangkan di antara puluhan akhawat yang lain mempertahankan hujah bahawa islam. Maka bermulalah hujah kami..

Saya memilih Islam kerana memandang dari sudut kata nama khas.
Kata mereka. islam ialah nama am.

Pada saya. “al-islamu ya’lu..wala yu’la ‘alaih” semestinya Islam itu tinggi bukan? Dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam itu bukan paling tinggi. Tapi Islam ialah tinggi.
Islam ialah addin yang satu-satunya agama yang diterima Allah.

Begitulah dan banyak lagi yang saya dan sahabat utarakan.

Kata mereka “islam ialah kata kerja yang perlu diamalkan. Islam pada kerja, bukan hanya pada nama”

Saya setuju. Tapi barangkali silap pengemuka hujah mengutarakan soalan. Dari aspek apa sebenarnya perlu dijelaskan.

P/s : ~aih..susahnya bila orang nak berhujah dengan saya kan? Hehe..ampun2..saya sememangnya suka berbahas.

Rumusnya.

Islam pada kata nama am – ialah kedudukan addin itu. The only one.
Islam pada kata kerja – gerak kerja kita berlandaskan Islam. Muslim bukan hanya pada nama.
Kedua-duanya adalah benar.

***

Begitulah.

Jangan diasingkan Islam dan dunia.

Jangan Islam pada nama. Tapi pada amalan?
Jangan Islam dipandang hebat. Tapi tidak dijunjung kedudukannya?

Erm, kenapa begitu?

Kerana…

Ada orang.. mensekularkan Islam dari dunia. Katanya “Islam ialah urusan akhirat” padahal tidak sama sekali! Lebih teruk jika yang mengatakan itu ialah Muslim. Itulah Islam pada nama

Ada orang.. mensekularkan Islam dari dunia. Katanya “sukan ni dunia je semua”. Walhal mereka ialah golongan yang faham.. Islam itu tinggi dan menyeluruh.

Kesimpulannya, Islam adalah tinggi dan perlu dipatuhi.

Ishk..kena ingat. Bukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sahaja yang menyeluruh.

Tapi Islam adalah satu kedudukan yang tinggi dan ajaran hidup yang lengkap~

Eh, berbalik kepada isu sukan.

Bukankah “akal yang sihat dari badan yang sihat”?
Bukankah memahami segala ilmu dengan akal?
Bukankah melakukan ibadah dengan badan?

So?

Syahida.. esok..start jogging balik. melengkapkan mutabaah amal. Jom! Hehe

***

saya sakit kepala. Dan mahu mengemas barang. Mahu pulang ke kampung esok. Doakan selamat sampai bertemu mereka yang saya rindui. Semoga!

Dan sekarang, mahu mengemas bilik dan baju.

Noktah.

Tuesday, June 1, 2010

Allah knows..

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.

• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.

• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.

• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.

• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.

• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.

• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.

• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!

***

Allah Ilah. We?
Allah Al-Wahhab. We?
Allah al-Qawwiy. We?
Allah al-Aalim. We?

Allah knows? Yup! We? We don’t know anything.

“Once...
there was a man who asked ALLAH for a flower and a butterfly..
But instead ALLAH gave him a cactus.... and a caterpilar..
The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken..
Then he thought: “Oh well, Allah has too many people to care for”
And decided not to question...
After some time, the man went to check up on his request that he had left forgotten
To his surprise, from the thorny & ugly cactus a beautiful flower had grown
And the unsightly carterpillar had been transformed into the most beautiful butterfly”

So??

ALLAH always does things right! His way is ALWAYS the best way, even if to us it seems all wrong..

If you asked ALLAH for one thing & received another, TRUST

You can be sure that He will always give you what you need at the appropriate time.


What you want....is not always what you need!

ALLAH never fails to grant our petitions,

so keep on going for Him without doubting or murmuring

Today’s THORN...
Is tomorrow’s FLOWER!


ALLAH GIVES THE VERY BEST TO THOSE WHO LEAVE THE CHOICES UP TO HIM!

TURN TO ALLAH..

***
~Allah.. thanks!
syukur ilalllah~

I put my trust in You... because I know that.. You'll give me the best... thanks Allah! Thanks!