Wednesday, June 2, 2010

pada nama dan kerja

Kaki sakit. Bengkak. Akibat memukul kaki sendiri dengan stick hoki. Tidak dinafikan. Saya memang seorang yang ‘lasak’. Huhu~ (erm, sepatutnya sakit disebabkan pukulan orang. Akhirnya pukulan sendiri..huhu~ sakit.

“farah. Tengok aku jatuh tadi.. hehe..?”
Jawab nya.. “hang main memang suka jatuh pun”

Huhu~ betulkah? Ha ah. Selalunya tidak sah perlawanan yang saya sertai kalau tidak beraksi betul-betul di dalam perlawanan. Mesti jatuh, terebah dan sebagainya. (tapi takde lah sampai jatuh terguling-guling okay!)

Dulu.. semasa bermain badminton. Saya terlalu lasak mengejar shuttle, hinggakan jatuh terduduk.
Oho, malunya. Hanya tuhan yang tahu. Tapi biasalah. Style saya, malu buat-buat tidak malu. Selepas tu, apa lagi.. keluar dari court. Gelak puas-puas.
Ya – tidak saya nafikan. Saya suka ‘memberi’ kenangan yang manis pada perlawanan saya atau dalam erti kata lain. Lasakkah? Maybe!

***

Asalnya, saya sudah malas nak menyertai pertandingan hoki. Memandangkan mahu pulang awal ke kampung dan semangat mahu bercuti berkobar-kobar di dalam dada. Alahai. Demi IMPI. Saya gagahkan.

Saya juga seperti sahabat-sahabat yang lain.. mahukan penyertaan dari IMPI untuk pertandingan ini. Kalah menang bukan ukuran. Tapi semangat dan mahu mencuba itu penting bukan?

Biarlah apa orang nak cakap. Pada saya. Penyertaan itu melambangkan sokongan. Bukti kepada bahawa sukan dan Islam tidak sekular.

Sukar saya membayangkan..

Bila mana Islam dan dunia diasingkan.

Itu juga ada pada pemikiran-pemikiran sekular dan wujud juga pada pemikiran-pemikiran jumud.

“Ah.. dunia ja semua ni..”
“Hurm..eh, ada ke sukan dalam Islam?”

Susah mencari manusia yang seimbang. Sangat sukar.

***

islam vs Islam?

(bezanya ‘I’ kecil dan ‘I’ besar – kata nama khas dan kata nama am)

Saya pernah ditanya ketika di dalam ISK. Dan jawapan saya ialah Islam. Bukan islam. Hurm. Saya tidak suka berdebat dalam keadaan sebegitu sebenarnya. Kerana setiap dari kita punya pandangan yang berbeza. (ketika itu saya merasakan pandangan yang saya utarakan tidak diterima T_T )

Saya dan dua orang sahabat. ketika itu memilih Islam.

Tapi bayangkan di antara puluhan akhawat yang lain mempertahankan hujah bahawa islam. Maka bermulalah hujah kami..

Saya memilih Islam kerana memandang dari sudut kata nama khas.
Kata mereka. islam ialah nama am.

Pada saya. “al-islamu ya’lu..wala yu’la ‘alaih” semestinya Islam itu tinggi bukan? Dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam itu bukan paling tinggi. Tapi Islam ialah tinggi.
Islam ialah addin yang satu-satunya agama yang diterima Allah.

Begitulah dan banyak lagi yang saya dan sahabat utarakan.

Kata mereka “islam ialah kata kerja yang perlu diamalkan. Islam pada kerja, bukan hanya pada nama”

Saya setuju. Tapi barangkali silap pengemuka hujah mengutarakan soalan. Dari aspek apa sebenarnya perlu dijelaskan.

P/s : ~aih..susahnya bila orang nak berhujah dengan saya kan? Hehe..ampun2..saya sememangnya suka berbahas.

Rumusnya.

Islam pada kata nama am – ialah kedudukan addin itu. The only one.
Islam pada kata kerja – gerak kerja kita berlandaskan Islam. Muslim bukan hanya pada nama.
Kedua-duanya adalah benar.

***

Begitulah.

Jangan diasingkan Islam dan dunia.

Jangan Islam pada nama. Tapi pada amalan?
Jangan Islam dipandang hebat. Tapi tidak dijunjung kedudukannya?

Erm, kenapa begitu?

Kerana…

Ada orang.. mensekularkan Islam dari dunia. Katanya “Islam ialah urusan akhirat” padahal tidak sama sekali! Lebih teruk jika yang mengatakan itu ialah Muslim. Itulah Islam pada nama

Ada orang.. mensekularkan Islam dari dunia. Katanya “sukan ni dunia je semua”. Walhal mereka ialah golongan yang faham.. Islam itu tinggi dan menyeluruh.

Kesimpulannya, Islam adalah tinggi dan perlu dipatuhi.

Ishk..kena ingat. Bukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sahaja yang menyeluruh.

Tapi Islam adalah satu kedudukan yang tinggi dan ajaran hidup yang lengkap~

Eh, berbalik kepada isu sukan.

Bukankah “akal yang sihat dari badan yang sihat”?
Bukankah memahami segala ilmu dengan akal?
Bukankah melakukan ibadah dengan badan?

So?

Syahida.. esok..start jogging balik. melengkapkan mutabaah amal. Jom! Hehe

***

saya sakit kepala. Dan mahu mengemas barang. Mahu pulang ke kampung esok. Doakan selamat sampai bertemu mereka yang saya rindui. Semoga!

Dan sekarang, mahu mengemas bilik dan baju.

Noktah.

2 comments:

  1. Salam..

    hoho~ anda nampaknya sgt aktif! bravo2..

    yup..ISLAM semakin cuba disekularkan oleh puak2 yg jahil tntg ISLAM ini..apabila cuba DIAJAR dan DIBERI KEFAHAMAN, mrk semakin kuat menentang..

    hasilnya? TURKI seperti yg anda lihat hari ini..Mohon pd RABB yg ESA..jangan MALAYSIA jd begitu suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. wslm arep

    hehe..aktif mendenya..kyu hoki p bantai kaki sndiri..haha

    sememangny mereka smkin kuat menentang. apatahlagi kuat mensekularkan islam dari kehidupan dan kehidupan dari Islam..
    Muslim hanya pada nama.

    bimbang kt jga..takut bertakuk di pemikiran jumud. sekular jumud. huhu~
    smg dielakkan.

    amin!Allahumma thumma amin...smg Msia tidak begitu.

    smg kt sm2 mengaktifkan diri dlm sgenap aspek ^_^
    jom2!

    ReplyDelete