Thursday, July 29, 2010

Catatan rindu..

Buat mak yang sangat disayangi.. anda tahu? Mak menanggung 5 bulan alahan yang sungguh teruk. Tapi kata mak.. dia mudah bersalinkan saya. Alhamdulillah.. eh, qurratun ‘ayun kah saya? insyaAllah!

Bangga? Ya! Saya bangga ada mak sepertinya. Dan anda? Pasti bangga memiliki ibu anda sendiri kan?

Saya selalu teringatkan nasihati dan pujukan mak.. rindu!

+++
masa dulu2..masa masih 'budak'
Saat saya pernah membebal (meluahkan rasa geram@marah kepada benda)…
Mak : dia ni, kalau dah kahwin, dah ada anak tiga. Tu pun nak macam budak-budak lagi?
** mak sentiasa suruh saya bertindak matang dalam apa jua keadaan. Mak selalu ingatkan agar MATANG seiring dengan usia.. hee… macam sekarang ni..kalau saya dah kahwin, mesti dah anak lima.. haha, jadi perlu kebudak2an lagikah? ~ **

+++
Sewaktu membincangkan isu-isu semasa di rumah~ pembuangan bayi, rogol dan bunuh…
Mak : orang dulu.. Nikah dulu baru kahwin.. tapi orang la ni, kahwin dulu baru nikah
**betul la kan..? orang2 dulu.. mana bercinta sebelum nikah.. jadinya menikmati cinta selepas nikah… orang sekarang ni, kahwin dulu..baru akad~ dating, call, sms, gayut..bahkan berzina.. tanpa akad “nikah” **

+++
Tika kami sekeluaga sedang berbicara tentang sikap BENCI…
Mak : buat apa nak benci orang? Masuk kubur, hancur semuanya..
**uhuk… betul kan? Buat apa nak benci2 orang..last2 mati dan hancur jasad dan emosi sekali..**

+++
Saat diri ini menangis teresak2 ketika call mak.. ya lah! Laptop rosak~ siapa tak sedih+susah hati?
Mak : laptop ja kan rosak? Tapi diri tu? masih sihat, terjaga…
** saat itu juga.. saya belajar nilai optimis**

+++
Usai menonton ‘jangan pandang belakang’ – kemudian cuti sekolah seminggu.. dan saya? Pulang ke kampung… dan tidur bersamanya.. dua tiga hari selepasnya.. dengan yakin.. “tak pa mak! Dah berani” & sudah mula tersengih kerang busuk– ceh.. baru ja tutup lampu..terus bangun, ambik toto dan tidur semula dengan mak…selama 7 hari 7 malam….
Kata mak : manusia lagi berbahaya dari makluk2 tu…
** hee……. Betul jugak~ manusia lagi berbahaya.. **

+++
Dan kata mak..
Seorang ibu.. dia akan impikan anak perempuan di sisinya.. apatahlagi yang bongsu..”
**sungguh! Saya betul2 rasa dihargai**

@@
Sedang menanggung sebuah kerinduan..
ya Allah! Bahagiakan mereka DUNIA dan AKHIRAT.. dari rahimnya aku datang.. ku pohon..nanti, kembalikan ibuku kepada Rahim-Mu ya Allah”



hoho~saya cinta mak saya! dan T_T - mahu pulang!

Desktop skrg nih~

dilarang copy sama sekali.. kerana tercatat nama 'syahida' di situ.. heee~

saja..tengah menghiburkan hati..dengan warna ini.. dan words itu... hurm..mujur ada publisher... kalau tidak, sudah bosan.. adobe photoshop bermasalah.. huh huh huh !

+++
mencari harga sebuah kesabaran..
andai sabar dapat dibeli..pasti tak ternilai harganya..dan semua manusia tidak mampu membelinya.. tapi ia dapat dimiliki dengan kekuatan jiwa yang dipohonkan dari-Nya..
belajarlah untuk sabar...

Allah always be there..always! +++

Tuesday, July 27, 2010

Belajar~

Saatnya sudah tiba. Letih. Dan letih telah menyapa..menghuni. aku diam. Tidak berkata apa-apa.

Belajarkah kita dari alam??

Dari BUMI. Alah..sekadar bumi? Ya.. ! walau hari2 dipijak.. walau hari2 dihenyak.. walau hari2 ditekan.. walau hari2 berlaku kerosakan merata2…

Surah al-baqarah ‘sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di bumi’
Sungguh..bumi merelakan dirinya dihuni ~ Walau malaikat mempersoalkannya~
Akhirnya..semua sujud kepada adam..saat durjana iblis menidakkan!

Oh bumi..
Hari ini.. matahari berselindung di balik awan. Kelam. Matahari seperti biasa. mahu memberi sinarnya..walau hari-harinya bersama bumi sudah sirna.

dan..

sang bumi.. hujan dan panas silih berganti. Dia tetap SABAR menerimanya.
Sang bumi.. dipijak, dihentak, dihentam..berbagai kerosakan. Kekal bertahan. Dengan sebuah keSABARan~

Saatnya pasti tiba. Pasti!
Saat sang bumi tidak lagi mampu bertahan.. akan datanglah suruhan-Nya ‘kun fayakun’..

Waktu itu.. tiada suatu makhluk pun mampu lari. Ke mana? Hah..tidak ada tempat walau seinci. Akhirnya..semua musnah..

++dan aku.. mahu menjadi bumi++

Kenapa?

Saat ini.. sudah letih.. menjaga hati manusia..sebenarnya adakalanya menyakitkan.

Ahh..sudahlah duhai hati.. sabar itu baik. buah sabar itu manis. Tidak di dunia. Di sana insyaAllah!

Aku mahu menjadi seperti BUMI.. kekal SABAR walau pelbagai kerosakan melata di wajahnya.

Dan aku juga tidak mahu menjadi seperti BUMI.. suatu hari… meletup dan memuntahkan segalanya. Gunung-ganang yang teguh berdiri menjadi seperti bulu..manusia seperti keklatu…
(surah al-Qariah 1-5)

Tidak..dan tidak.. tidak mahu memuntahkan ‘keletihan’ di hati..

Dan aku.. mahu menjadi seperti Rasulullah!

Sabar..sabar..dan terus sabar.. bahkan hingga akhir hayatnya..Dia masih mendoakan ummatnya.. ‘ummati..ummati..ummati’

Bukankah Rasul itu al-amin yang terbaik?

“I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me..”

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

+++ mahu hujan sekarang.. awan sudah berat.. ++
Sabarlah.. kerana sang Rasul telah mengajarmu erti sebuah keSABARan!

Monday, July 26, 2010

Rindu pada Murabbi~

Tiba-tiba digamit rasa rindu dan terus menulis..

Masih teringat.. Mak Cik Wan.. dia berbual dengan saya dan memegang saya dan berkata ‘mak cik harap.. syahida ikut usrah sampai habis..’ katanya diiringi senyuman – saya terdiam dan di hati, mengaminkannya!

Waktu tu.. join program 3R, jadi fasi. Menyedari saya dan rakan langsung tidak mengikuti tarbiah…Dan mak cik dengan sukarelanya mengambil saya dan rakan-rakan menjadi mutarabbinya.

Masih ingat usrah pertama.. pertama ketika menginjak dewasa! Usrah itu masih segar hingga kini. Yang pertama itu lebih membekas di hati. Dan saya? Sampai kini..mengaguminya. usianya bukan remaja…bahkan sudah punya cucu. namun semangatnya. Allahuakbar! Saya mahu menjadi sepertinya! Kekal thabat.. dan saya bangga menjadi mutarabbinya!

Kemudian.. usrah bertukar tangan~ kepada ustazah Ruswati. Dan saya cukup menyayangi dan mengaguminya. Dia seakan seorang ibu. Memberi perhatian tanpa membezakan siapa kami...dan dialah yang paling banyak bersabar dengan kerenah kami. Mendidik 3 tahun bukannya mudah! Program yang diajak hanyalah beberapa kerat yang hadir. Termasuklah saya. Dan dia sungguh penyabar! Dan saya sanggup luangkan masa..asalkan bersamanya.

+++Teringat kisah Abu Hurairah yang kemana sahaja dia bersama Rasulullah+++

Kerana dari murabbi-murabbi saya.. saya peroleh semangat dan kekuatan jiwa. IKHLAS. Saya yakin. Itulah mereka berdua. Kerana bahang IKHLAS.. mad’unya merasai..

Rindu mahu bertemu mereka.

Mak cik wan..kali terakhir saya bertemunya.. 21 Julai lalu.. dan menyalami+mencium tangannya+memeluknya.. satu perasaan yang tak tergambar. Sungguh, saya benar-benar menghormatinya. Kerana peribadi dan fikrahnya..

Ustazah Ruswati.. sudah lama.. lama.. Oh..tidak sabar rasanya..31 Julai ini.. semoga dia hadir di Qiam dan Daurah Tauhid nanti. 3 tahun berhalaqah bersamanya.. indah. Argh… 3 tahun, bukan masa yang sekejap!

Usrah.. sungguh.. benar-benar merindui halaqah bersama mereka. rindu!

Ya Allah.. Kau ampuni dan rahmati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti. Amin!

Wednesday, July 21, 2010

Nota buat Kita ; Perjuangan Mesti diteruskan


Rakyat Palestin begitu teruk ditidas. Makanan tiada. Kemudahan hidup musnah. Sumber rezeki tertutup. Peluang pendidikan terbatas. Mereka terus dibelengu oleh kekejaman Yahudi Zeonis.

Jangan ditanya apa yg orang lain sudah buat. Berusahalah apa yang aku boleh buat. Kerana Allah akan mengira amal mu. Ikhlaskan hati dan tingkatkan usaha. Allah mengurniakan kita peluang. Jika pun tidak mampu berjihad di bumi Palestin, usahakanlah dgn cara tersendiri.

Yang berceramah terus berceramah tanpa jemu dan letih. Dgn azam sentiasa mencari keredaan Allah ceruk pelusuk kampung, pekan dan bandar mereka menjelajah. Penerangan kekejaman Yahudi Zeonis, kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terus disebarkan. Setiap peluang tidak dihampakan.

Bagi yang mengutip dana Palestin terus berusaha tanpa jemu. Setiap saat mencari peluang meningkatkan dana walau pun hanya 10 sen. Walau badan letih dimamah usia, siang dan malam fikiran dan tenaganya diabdikan mencari sumber dana Palestin.



Yang menulis isu Palestin teruskan menulis agar mudah difahami. Yang mereka poster teruskan mereka yang terbaik, agar mudah dihayati. Yang ber sms, facebook, email, cerita kedai kopi, mengajar murid di kelas, malah apa jua kedudukan anda, berperananlah membantu Palestin.

Setidak-tidaknya, jika tidak mampu berjihad dgn tenaga, atau tidak mampu berkata-kata, atau tidak berharta, atau pupus segala idea, maka pujuklah hati mu untuk menghasihani Palestin dan membenci Yahudi Zeonis. Jikapun itulah selemah-lemah usaha yang anda mampu lakukan untuk menjawab di hadapan Allah nanti.

sumber ; http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/2010/07/perjuangan-mesti-diteruskan.html

*****

p/s - TAHNIAH buat Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam, IPG Kampus Perlis..dalam menjayakan program MALAM PENGHAYATAN PALESTIN~

buat semua yang menghadirinya.. mudah-mudahan bicara mutiara dari saudara SOLEHUDDIN SHUIB, Timbalan Pengerusi Haluan Palestin merangkap Setiausaha Crisis Management Team, Lifeline 4 Gaza (CMT-LL4G) dan IR. DR. SELAMAT ALIMAN (seorang aktivis yang berada di atas Kapal Mavi Marmara bersama2 12 org aktivis yang lain dan merupakan salah seorang anggota PACE (Palestine Center of Excellence) dan juga Aqsa Syarif)
memberi impak kepada kita semua untuk TERUS MENCINTAI BUMI PALESTIN...

^_*

"bilakah lagi kita semua hati hati..?
bilakah lagi keamanan kan dikecapi..?
bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi..?
bangunlah wahai ummah kita satu hati!"
(Satu Hati _ La Khauf)


"satu..hati! bebaskan palestina, hancurkan yahudi penjajah"
(Cita Pemuda _ Shoutul Harakah)

****

SATU HATI... isu UMMAH, isu AKIDAH..
Bonded by Akidah~

Friday, July 16, 2010

Malam Penghayatan Palestin



Bersempena dengan Bulan Penghayatan Islam IPG Kampus Perlis, Lajnah Bimbingan dan Motivasi, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam, IPG Kampus Perlis akan menganjurkan Malam Penghayatan Palestin pada 21 Julai 2010 bersamaan 9 Syaaban 1431 di Dewan Indera Kayangan.

Majlis akan diserikan dengan perkongsian bersama sukarelawan "Lifeline 4 Gaza", Ir. Dr. Selamat bin Aliman yang mewakili NGO Aqsa Syarif. Turut bersama ialah wakil daripada NGO Haluan Palestin.

Diharap semua pihak dapat bekerjasama dan hadir bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan membebaskan bumi Palestin.

http://impiperlis.blogspot.com/2010/07/malam-penghayatan-palestin.html

Wednesday, July 14, 2010

Core Business

Mihwar Dakwah:
·Mihwar Tanzimi
·Mihwar Sya'bi
·Mihwar Muassasi
·Mihwar Dauli

Di mihwar mana sekalipun kita berada, dakwah & tarbiyah adalah 'core business' kita

Asolah dakwah perlu dipelihara dalam semua ‘mihwar dakwah’.


•Pertama: Ukuran kemenangan pada kesolehan.
- Bahawa kemenangan tidak ditentukan oleh hal-hal yang bersifat lahir semata-mata.
- Nasihat Umar RA pada pasukannya ketika melepaskan mereka berperang - "... Aku lebih takuti dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu ...."
- Kita berjuang dengan amal-amal kita sebelum dengan keahlian, strategi, dan senjata kita.

•Kedua: Pengaruh taqarrub kepada Allah.
-“Sebesar apa kesibukanmu terhadap Allah, sebesar itu pula kesibukan makhluk terhadap dirimu.” (Yahya bin Mu’adz).
- Sebesar apa keseriusan kita dalam mendekati Allah, sebesar itu pula respon masyarakat terhadap dakwah kita. Jika kita bersikap santai dan dingin dalam perjuangan ini, maka begitu pulalah sikap masyarakat terhadap seruan kita..
- Jika iman kita lemah, hati kita keras, maka kita akan melihat usaha kita kurang memberi manfaat meskipun kita banyak bergerak dan banyak melakukan aktiviti…

•Ketiga: Refleksi Kebaikan Diri.
- “Yang pandai berbuat baik untuk orang lain hanyalah yang yang pandai berbuat baik untuk dirinya sendiri.” (Abdullah bin Wahhab).
- Seorang da’i tidak mampu mempengaruhi orang lain selama ia sendiri tidak terkesan oleh apa yang diserukannya itu.
(Kitab Al-Masaar, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
•Boleh dikatakan bahawa yang terpenting kita siapkan adalah kebangkitan rohani, hidupnya hati, serta kesedaran penuh yang ada dalam jiwa dan perasaan...
•Kami menginginkan jiwa-jiwa yang hidup, kuat, mantap, hati-hati yang segar serta memiliki semangat yang berkobar-kobar, perasaan dan ghirah yang sentiasa bergelora, roh-roh yang bersemangat, selalu optimis, merindukan nilai-nilai yang luhur, tujuan mulia serta mampu bekerja keras untuk menggapainya...” (Risalah Da’watuna Fii Thaurin Jadiid)



p/s - saat ini..bila melihat mereka yang telah berada di jalan ini sekian lamanya..hingga usianya lewat.. aku tertanya2, bagaimana mereka mampu ISTIQAMAH?

Monday, July 12, 2010

Subur tarbiah

Soal Kak ‘Aisyah…
Siapa Hassan al-Banna?
Dia membalas pertanyaannya dengan jawapannya sendiri
‘murabbi’ – guru~

bersama Kak 'Aisyah di Kuala Perlis.. 'usrah' sweettttt~
***

Sehari dua, saya selalu browser, kisah-kisah Ikhwanul Muslim. Saya bukanlah insan yang ‘thiqoh’, yang sering menjaga diri. Saya banyak melakukan dosa dan seringkali berbuat salah.

Menghadiri daurah dakwah yang lalu…

Akh Zuki menyoal kepada kami semua ‘tidak bolehkah berdakwah tanpa memakai kopiah?’

Saya percaya, kita sendiri mempunyai jawapannya. Sudah tentulah boleh. Dakwah milik setiap individu. Namun, ada golongan yang terlampau extreme..hinggakan mengatakan bahawa ciri seorang daie mesti begini dan begitu. ya, pada muwasofatnya perlu begitu. tapi pada pakaiannya? Tak semestinya daie yang memakai jubah dan kopiah sahaja perlu berdakwah. Kan?

Kerana dari situ, saya sedar..

Dulu.. saya selalu katakan pada diri, ‘oh, aku belum cukup yakin nak dakwah dan tarbiah orang’ – ‘ish, tak layak lah’ dan saya percaya ramai daripada kita berfikiran sebegitu. Bahaya~ kalau semua begitu, bagaimanakah dakwah kemudiannya?

Walaupun saya akan bergelar ustazah suatu hari nanti, saya masih tidak dapat mengelak dari berbuat salah. Dan itu manusia, normal!

Dan sungguh, saya merasakan tidak layak.

Dakwah. Bunyinya agak ‘syadid’ bukan? Tapi saya pernah mendengar slot dari Dr. Hafidzi yang mengatakan bahawa ia merupakan serangan pemikiran. Bila jihad dikatakan extreme, bila ‘kafir’ dikatakan lebih sopan digelar ‘non-Muslim’.. hakikatnya, istilah ini bukan ‘syadid’.. tapi kerana serangan pemikiran..mahu menghapuskan istilah-istilah Islami dari jiwa Muslim. Pepatah Melayu mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’. Barangkali, bahasa terhapus, maka bangsa pun terhapus. Hurm..begitu juga Islam? Sekiranya dihapus satu persatu..mungkin istilah-istilah ini menjadi ‘ngeri’ kepada Muslim. Cukuplah, durjana Mustafa Kamal atartuk yang menghapuskan bahasa arab dari negaranya… hasilnya?

Pada anda, dakwah itu bagaimana? Mungkin berjela-jela definisi kita.. tapi..hakikatnya, mengajak kepada kebaikan pun dah dikira dakwah. Simple! Sedar tak sedar..apa yang kita lakukan, adalah dakwah. Fuh, senangnya nak dapat pahala~

***

Eh, tiba-tiba semangat pula bercakap hal ni.. heee~
Bukan apa, insyaAllah.. semester ini, ada agenda tertentu. Erm, sebenarnya mudah, tapi sukar. Kecil, tapi besar.. USRAH~

Seakan tidak layak menjadi murabbiyah..tapi saya mahu mencuba. Cukuplah tiga tahun yang lalu..saya bersikap lesu. Sampai bila mahu maju? Dan sekarang, mahu mencuba. Meskipun tidak layak.

Saya percaya.. menjadi murabbi, membuatkan diri kita ditarbiah.

Murabbi.. mutarabbi dan manhaj? Yang mana paling terdahulu dan yang mana kemudian?

Murabbi itu Allah
Mutarabbi itu Rasulullah
Manhaj itu al-Quran. dustur.

Dalam usrah…

Murabbi itu naqib/ah
Mutarabbi itu mad’u
Manhaj itu silibus.

Hakikatnya..ia datang dari Allah. Ya, segalanya dari Allah~ pastilah MURABBI terlebih dahulu..

***

Dan saya akan berguru dengan murabbi terlebih dahulu….
Katanya dia seronok mahu mendapat ‘cucu’.. tapi saya tahu.. dia sudah lama punya ‘cucu’

‘dalam usrah kita subur tarbiah’

Mencontohinya~

Saya senyum. Tanda puas. Puas hati melihat PnP saya begitu memberangsangkan hari ini. eh, sebenarnya, hari ini mengajar surah Al-Fil. Hafazan. Dan saya hanya meletakkan target anak-anak saya boleh menghafaz ayat 1 surah tersebut. Pada yang melebihi ‘aras’ alhamdulillah~ syukur!

Hari ini.. saya menggabungjalinkan bidang ‘akidah’. Akidah comes first! Awwaluddin ma’rifatullah~ tak guna juga kalau asyik suruh hafal, tapi tiada penghayatan..
lantas, akidah adalah asas. Bila akidah kuat, hatinya mudah tersentuh, jiwanya kan memahami al-Quran. Bukankah ayat-ayat al-Quran banyak diturunkan tentang Akidah? Kemudian, barulah menyentuh tentang hukum syariat.

Lalu.. sejam tidak mencukupi untuk melakukan semua perkara. Mereka ‘berjanji’ dengan saya, mahu menghafaz 3 ayat di rumah.. dan esok, saya mahu menuntut janji itu wahai anak!

Tadi.. saya berkongsi video tanda kekuasaan Allah. Langit, bumi..dunia dan seisinya. Tentulah ia video yang dilatari muzik dari Maher zain ‘open your eyes’- lagu kesukaan saya! Touching~

Semalam, seorang rakan saya menyoal ‘ssh x ngajar pend islam’?
Saya katakan ‘sush 2 sush, tp y sush 2 indah’

~yang penting berSABAR~ sebab.. anak-anak saya, punya perbezaan individu.

****

Tiba-tiba saya bermonolog. Pengalaman praktikum dua bulan, mengajar saya pelbagai cara dan ragam manusia. Ini baru kanak-kanak. Yang baru mengenal Tuhan dan cara mendekati-Nya~

Tapi bagaimana perasaan insan agung ketika mula-mula menyampaikan dakwah dan mentarbiah umat. Dia seorang yang sangat PENYABAR. Sangat PENYABAR. Dan saya? Hurm… baru sedikit, tapi sudah mengeluh~

Praktikum banyak mengajar saya. Dari sini, saya kenal..betapa sukarnya Nabi berdakwah. Sukar. Dan sangat sukar! Selalu juga tertanya-tanya, apakah aku menghargainya?

Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul~

Dah mengalami, baru merasai…
Baru sedikit dah rasa penat.. jadi, perlulah lebih ‘menghargai’ usaha Nabi yang jalannya berliku-liku… kan2?

***

Pernahkah anda mendengar kisah pemimpin Quraisy yang luluh hatinya apabila berhadapan dengan kesantunan dan kemulian baginda Rasululullah s.a.w. Begitulah yang dialami oleh pemimpin besar Quraisy, Abu Abbas ketika beliau mula menerima Islam.

Kehadiran baginda Rasulullah dengan ajaran Islam pada awalnya memang menimbulkan kebencian yang menebal dihatinya. Abu Abbas terpaksa berpisah dengan empat dari lapan orang isterinya yang telah memilih Nur Islam apabila baginda tertarik dengan ajaran Islam. Rasulullah mula menyebarkan sinar Islam di kota Madinah.

Peristiwa ini tentu menjatuhkan maruah beliau sebagai salah seorang tokoh pemimpin Quraisy yang disegani oleh kaumnya. Dendam inilah yang mendorong Abu Abbas untuk menikam tentera Muslimin dari belakang. Beliau bersama lima anaknya merancang untuk menggugurkan batu besar ke pihak tentera Islam semasa berlakunya Perang Uhud.
Rancangannya itu berjaya menggawatkan suasana perang, seorang demi seorang tentera Islam gugur termasuklah bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutalib yang gugur syahid kerana tindakan kejam tentera musuh.

Kemangkatan bapa saudara yang banyak memberi sokongan terhadap perjuangan Rasululllah memang menyedihkan, namun peristiwa ini langsung tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berjuang.

Semangat baginda tetap berkobar, bagaikan singa lapar baginda bersama anggota tentera Islam yang berani telah meneruskan usaha menentang musuh. Akhirnya kemenangan memihak kepada tentera Islam. Pihak musuh bertempiaran lari, pada masa inilah Abu Abbas melihat baginda Rasulullah mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar tentera Islam menghentikan pertempuran. Tentera Islam diarahkan untuk meletakkan kembali senjata pedang dan panah ke dalam sarungnya.

Lalu baginda menyeru satu peringatan, firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bahawasanya perangilah kerana Allah orang-orang yang memerangi kamu sahaja. Dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan. Kerana Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas.” (Al Baqarah:190)

Kemenangan yang dikecapi langsung tidak menjadikan baginda lupa diri, baginda masih boleh memberikan kemaafan meskipun baginda kehilangan bapa saudara kesayangannya yang dibunuh kejam oleh tentera musuh. Baginda tidak menyimpan dendam atau bertindak menghancurkan tentera musuh yang tidak berdaya.

Peristiwa ini begitu menyentuh hati Abu Abbas lalu dia berbisik dalam hati,”Adakah di muka bumi ini orang yang akhlaknya semulia pekerti Nabi Muhammad SAW?”
Abu Abbas berdiri kaku dipuncak gunung batu. Hatinya yang sekeras batu mulai cair dan lembut. Dia melihat sendiri baginda nabi yang berlumuran darah tetap tersenyum dan ramah berhadapan dengan pejuang Islam. Kelembutan peribadi Rasulullah telah membuka hati Abu Abbas untuk menerima Nur Islam.

Tindakan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Abu Abbas. Peristiwa ini perlu dijadikan azimat dan ingatan kepada umat Islam sepanjang zaman.

p/s – kisah ini tiba-tiba ada dalam disk saya.. ape lagi? Saja nak share.. kisah sirah insan agung! Dalam menghadapi ‘murid’nya dengan penuh keSABARan~
oh syahida, tidak mahukah mengikuti sunnahnya? Bidang pendidikan adalah milik kita, manfaatkanlah!

Wednesday, July 7, 2010

Duhai Sayang...

Duhai sayang..
si Mujahid yang menuntut aku bermujahadah dengan S.A.B.A.R..
Sang nakal si Qurratun A’yun~

Hari ini.. aku terbaca sebuah puisi. Baitnya indah. Terkesan di hati.

BALADA SEORANG MURID DAN SEORANG GURU TUA

“tentu kerana ketekunan
Selebihnya sudah suratan
Hari ini engkau berjaya
Memegang jawatan penting negara
Lalu seorang bekas gurumu
Yang sudah lama bersara
Dan kini ditimpa
Sedikit gangguan mental
Merasa terlalu gembira
Lalu mencanang kepada dunia
Engkau adalah bekas muridnya

Sesungguhnya bagi seorang guru tua
Tidak ada yang lebih bahagia
Mencerita setelah muridnya Berjaya
Meskipun ini tidaklah menyenangkan
Seorang muridnya yang bergelar orang kenamaan negara

Sesungguhnya guru adalah sebutir bintang
Masih wujud meskipun terpadam
Dari mata realitimu
Yang terlena”
- Haron A.H, Kota Bharu, 1999

Duhai sayang…
Menatapmu memberi 1001 rasa.
Aku dulu begini, aku kini mendewasa, suatu masa punya permata hati sepertimu.

Duhai sayang..
Tidak perlu menjadi seorang kenamaan negara.
Cukuplah menjadi sang Khalifah menegakkan ad-din. jika tidak pada dunia, pada negaramu.. jika tidak pada negaramu, pada masyarakatmu.. jika tidak pada masyarakatmu, pada keluargamu.. jika tidak pada keluargamu, pada dirimu…

Tadi.. kutanamkan padamu “mukhalafatuhu lilhawadith”
Bukan sekadar pelengkap silibus. Tapi dari akidah mengenal yang Esa.
Kata kau “Allah satu, tiada dua” – aku bangga!

Duhai sayang.. dulu Islam asing dan akan kembali asing. Kata rasul, beruntunglah jika menjadi golongan asing.

Duhai sayang..
Dulu Islam pernah terbilang.. kemudian menjunam.
Nanti.. zamanmu moga engkau yang membuatkan Islam terbilang. insyaAllah.

Duhai sayang.. mendidikmu adalah suatu proses. Bukan suatu sistem. Tarbiah ini adalah panjang. Sabar dan marah silih berganti. Juga guru silih berganti. Namun..ku harap akidahmu kekal yang Satu..

Aku redha.. meski ilmu tidak banyak yang dicurahkan.. aku redha, jika ia mengair basah dalam jiwamu.

Apalah ertinya sangat pengorbanan diri ini dan diri seluruh murabbimu..jika ia dapat membahagiakan dirimu kelak. Di dunia pasti, di akhirat menanti. InsyaAllah!

p/s : maaf ye, tadi penerangan ustazah sedikit boring, barangkali kalian dah pun belajar asas tajuk ini. tapi jangan risau, Jumaat ini..akan dikisahkan padamu.. ‘ibrah sirah. Jangan risau, berguru denganku..sirah itu tidak menjemukan!

Oh ya, kisah sang pelacur dan sang wanita solehah ke syurga dan ke neraka..nampaknya membuahkan hasil. Biar sedikit, kerana mendidikmu adalah suatu PROSES..

Monday, July 5, 2010

berdepan MUJAHID KECIL...

Luahan jiwa yang KUSUT…

Hari ini..hari pengujian bagi sebuah keSABARan…

Dan saya telah pun letih fizikal. Penat. Stay up hingga jam 3 pagi. Membuat kerja-kerja praktikum. Hampir sahaja ‘geram’ dengan RPH arab. Susah beb. Ingat senang nak mengarang RPH dalam Arab?

Sudahnya…
Saya agak letih + mengantuk! Mengantuk. Tidak perlukan bantal untuk tidur. Penat dan mengantuk yang terlampau! Bangun seawal mungkin meneruskan rutin sebagai USTAZAH. Bukan, tapi sebagai MUSLIM. Sebagai pemberi ILMU..

Kelas arab. Darjah 1. Minggu lepas. Minggu pengenalan semuanya dengar kata. Tak degil.

Hari ni? Entah kenapa.. perangai mereka berubah. Sungguh berubah. 100%. Dan saya? SABAR.. SABAR.. SABAR..
anak-anak murid perempuan saya, semuanya mendengar kata…mendengar arahan. Bayangkan ‘hero2’ saya…wah.. berlari, bermain. Suara semaksima mungkin sudah keluar. Sukar untuk dikawal.. Mengajar bahasa arab? Adalah satu cabaran besar buat saya. Untuk rakan-rakan saya semestinya.

Dan saya mula down.. memikirkan pelbagai andaian. Mengecam kekuatan dan kelemahan PnP agar saya dapat baiki kemudian hari. Ahh..silapnya satu. Saya terlupa mengingatkan diri saya matlamat sebenar. IKHLAS mengajar! Memberi ILMU. Perlu SABAR.

p/s – buat sesiapa yang dahulunya pernah bercita-cita menjadi seorang GURU. Tapi tak tercapai? Maka bersyukurlah. SABAR itu mudah dilafazkan. Tapi sukar dilaksanakan. Bersyukurlah. Kerana anda mungkin tidakkan punya SABAR bila berhadapan dengan MUJAHID KECIL ini~

dan tadi.. saya masuk kelas ganti. Darjah enam. Matematik. (dulu..pernah mengajar PJ.. eh, menjadi seorang Ustazah..mesti versatile!)

saya mengajarnya asas darab. 5x2 = ?
dia sukar menjawab. Sudah pelbagai cara saya ajar. Namun dia masih tak boleh nak ‘merasai’ ilmu ini.

SUKAR. SUKAR. SUKAR.
SABAR. SABAR. SABAR.

Sesekali, nada saya sudah berubah. Lalu. Saya soal latar belakang keluarga. Oh Allah. Aku lupa perbezaan individu. Senangnya aku mengabaikan sunnah Rasulullah dalam meraikan perbezaan individu.

Dan saya terpaku.. rupanya dia datang dari keluarga yang bercerai. Tinggal di asrama. Dan saya yakin, keluarganya menyerahkan tanggungjawab mendidiknya kepada guru 100%. Di rumah, tinggal bersama ayah dan tok. Saya mahu saja bertanya, di mana ibu?
Sebak~ wahai ibu.. dia lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu daripada perhatian seorang ayah.

Dan sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan punca-punca perceraian. Dan.. bukan indah hidup berumahtangga. Indah bila Allah sebagai tunjangnya. Anak ditatangi sebagai AMANAH. Bukan dibiar begitu sahaja.

Jadi.. permulaan membina rumahtangga adalah..asasnya mesti dari ALLAH. Bukan dari SYAITAN.

Haaaaaa……….. semoga esok dapat diperbaiki..

dan esok… darjah 3. Ya Allah! Saya sangat sayangkan kelas ini. sangat mendengar kata dan mudah belajar.

Surah At-takathur. Hafazan. Dan saya suka mengajar al-Quran. Rasa bagai pahala mengalir kepada murabbiku dahulu. Subhanallah.

“sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

Wahai MUJAHID KECILku…
Tadi ustazah dah ingatkan.. balik baca surah ni bagi lancar. Sebab esok masa untuk menghafal.

Esok? HAFAZAN dan saya mahu tekankan TAJWID. Dan esok. Mahu agar kelas kita menjadi ‘sahabat’… uih, tak sabarnya berjumpa dengan MUJAHID2 ini. nakal! Tapi Qurratun A’yun~

Wahai Rasulullah. Bagaimana agaknya Engkau mentarbiah mereka..dari zero menjadi hero. Baru sehari mengajar. Penatnya sudah terasa. Kesabaran sudah teruji. Bukan mudah! Engkau? Sabarnya dirimu wahai Nabi..

“dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi perkerti yang agung” (al-Qalam : 4)

Wahai Rasulullah. Ku susuri sirahmu.. agar sabar itu menghuni di jiwa..

Buat rakan-rakan praktikum..

Antara syarat yang digariskan oleh Imam al-Ghazali mengenai keperibadian seorang guru ialah..

SABAR menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik~

Moralnya? SABAR…

MUJAHID KECIL…
berhadapan dengan ‘amanah’ Allah.. perlukan MUJAHADAH kan?

Kalau Yasir dan Sumaiyah berMUJAHADAH dengan mempertahankan akidah..

Jika Umar al-Khattab berMUJAHADAH dengan sikapnya ketika jahiliah..

Kenapa tidak aku? berMUJAHADAHlah dengan SABAR!

“Allahumma yassir..wala tu’assir”

Thursday, July 1, 2010

Feminin dan Maskulin. 1st step.

“lelaki..sebaik mana pun lelaki tu, lelaki jugak”

Ayat ini seringkali..terngiang-ngiang di ingatan saya. Tidak pudar hingga kini. Ayat seorang teman.
Entah kenapa.. saya bukan benci. Bukan juga cuba bersifat feminism.

Hari ini, saya terbaca kisah seorang bapa merogol tiga orang anaknya. 1 malam, 1 anak. Mahu mengikut tema 1 Malaysia barangkali. “seorang anak setiap malam, tiga beradik jadi pemuas nafsu durjana bapa” inilah tajuk dalam ruangan Setempat, Harian Metro.

Hari ini juga saya mendengar cerita realiti. Kisah lelaki yang dalam ingatannya 30 juz al-Quran meminjam duit seorang wanita dalam jumlah yang banyak, meminjam kamera tanpa dipulangkan. Hingga kini.

Hari ini juga saya mendengar luahan hati seorang isteri di corong radio yang mengatakan dirinya agak dilupai suami..gara-gara bola. Minat seorang lelaki.

Kisah ini seperti biasa… selalu kita dengar di mana-mana pelusuk bumi Allah ini.
Dan saya pasti. Bila anda baca entry ini, anda akan mengatakan..

“ala..salah perempuan tu jugak. Yang mudah percayakan orang sebab pa?”

“ala..perempuan la sebab utama rogol ni. Dedah aurat sana sini tu sebab pa?”

“ala..perempuan, tak faham minat lelaki. Asyik nak difahami, tapi tak pernah memahami!”


Huh. Anda hanya dibenarkan berkata begitu di dalam hati. Jangan di hadapan saya. Mungkin akan berlaku pendebatan yang berpanjangan… ^_*

Pada saya. Ada benarnya setiap kesalahan tersebut disandarkan kepada perempuan.

Ya.. pendedahan aurat membawa kepada punca kes rogol
Ya.. mempercayai seseorang membawa kepada penipuan.
Ya.. menagih perhatian membawa kepada ketidakfahaman.

Tapi.. kenapa tidak juga ditekankan konsep ‘menjaga pandangan’? Kenapa tidak ditekankan konsep ‘amanah’? Kenapa tidak ditekankan konsep ‘memahami’?

Ingat. Fahamkan di sini. Saya tidak mengatakan bukan salah perempuan. Tapi kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Bukan saya yang ajar. Tetapi agama.

Perempuan ; Menjaga aurat + Lelaki ; menjaga pandangan. Indahnya Islam. Tiada diskriminasi.

***

Men are from mars. Women are from Venus. Buku yang saya cukup gemar. We’re different! Dunia yang berbeza.

Saya terkilan. Bila segalanya diletakkan kesalahan 100% di atas bahu perempuan. Lelaki? Segalanya betul!

Benarlah kata sahabat saya. Perempuan dan lelaki, buat salah apapun, lelaki tak Nampak salahnya. Yang nampak? Perempuan. Dikatakan murahan, jalang dan sebagainya.
Anda sendiri boleh nampak dan fikirkan.. please… berfikir di luar kotak~


***

Menjadi seperti Rasulullah.

Saya pernah mencari definisi romantik.

Kata Justin Timberlake dari kumpulan N’sync suatu masa dahulu. “perkara yang tiba-tiba berlaku boleh menjadi romantik”

Saya susuri kisah rasulullah s.a.w. dan saya tersenyum tiap kali membaca kisah layanan rasulullah s.a.w terhadap isterinya. Kadang-kadang rasa malu sendirian.

Oh tuhan. sweet!

Hanya senyum bila masakan A’isyah ada sedikit ketidaksempurnaan. Berlumba lari dengan A’isyah. A’isyah si Humaira’. Dan A’isyah membacakan syair ketika melihat Rasulullah yang berpeluh di wajahnya.

Eh? Sebenarnya bukan isu rumah tangga yang mahu saya ulas di sini. Cuma mahu menggambarkan betapa Rasulullah adalah model agung untuk dicontohi.

Pada saya. Rasa cinta bertambah..bila melihat suami ‘menegur’ hanya dengan senyuman. Rasa dihargai bila dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu. Rasa dikasihi bila belumba lari sebegitu.

Remeh bukan?

Ala.. bukan susah..cakap je la.. “lauk ni masin” – tak payah susah-susah senyum-senyum kat meja makan.

Ala..bukan susah.. panggil je lah isteri dengan gelaran apapun. Ada apa pada nama?


Anda tahu. Perkara remeh inilah..hakikatnya yang menjadi titik perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

eh, sekejap. best ape dapat suami macam ni.. nampak kecikkkkk sangat kan? tapi sebenarnya sangat terkesan di hati isteri.

perbezaan yang melengkapi. indahnya hidup berpandukan sunnah. erm, bukan poligami jek sunnah ea... tapi setiap inci apa nabi buat tu sunnah. ulang sekali lagi... SUNNAH. ingat tu! nampak je remeh. tapi subhanallah. mampu meningkatkan rasa mawaddah wa rahmah.

huh~ semoga dia (tidak diketahui lagi siapa gerangannya) seperti itu ^_^
erm.. kahwin lagi...aiiishhh....
***

Jujur. Dunia kini tidak lagi selamat. Bila mana kehormatan seorang perempuan dilindungi dengan hijab, tetapi akibat tidak menjaga pandangan, ia boleh membawa kepada perkara negatif.

Pada saya. Kita tidak perlu menuding jari kepada siapa. First step. Baiki diri!

“lelaki, sebaik mana pun lelaki, dia tetap lelaki” ~ feminin

“sebaik mana pun perempuan, dia tetap perempuan” ~ maskulin

Prejudis. Harus dihilangkan. Kerana jika anda lelaki.. anda datang dari rahim seorang perempuan. Jika anda perempuan..anda datang dari benih seorang lelaki.

Kita adalah sama. Ingat! Kita sama walau berbeza. tapi indah kan? bila berbeza kita adalah saling melengkapi.. saling memberi dan menerima...

***

Saya tahu.. sukar rasanya bertemu insan persis insan agung Rasulullah s.a.w.
Sukar. Tapi masih adakah insan yang mahu menjadi seperti dirinya?

Saya tahu.. sukar rasanya bertemu insan persis Siti Khadijah.
Sukar. Tapi masih adakah insan yang mahu menjadi seperti dirinya?

insyaAllah. Kita adalah dia. Insan yang mahu memperbaiki diri. From zero to hero!

Masih ada lagi?