Monday, July 5, 2010

berdepan MUJAHID KECIL...

Luahan jiwa yang KUSUT…

Hari ini..hari pengujian bagi sebuah keSABARan…

Dan saya telah pun letih fizikal. Penat. Stay up hingga jam 3 pagi. Membuat kerja-kerja praktikum. Hampir sahaja ‘geram’ dengan RPH arab. Susah beb. Ingat senang nak mengarang RPH dalam Arab?

Sudahnya…
Saya agak letih + mengantuk! Mengantuk. Tidak perlukan bantal untuk tidur. Penat dan mengantuk yang terlampau! Bangun seawal mungkin meneruskan rutin sebagai USTAZAH. Bukan, tapi sebagai MUSLIM. Sebagai pemberi ILMU..

Kelas arab. Darjah 1. Minggu lepas. Minggu pengenalan semuanya dengar kata. Tak degil.

Hari ni? Entah kenapa.. perangai mereka berubah. Sungguh berubah. 100%. Dan saya? SABAR.. SABAR.. SABAR..
anak-anak murid perempuan saya, semuanya mendengar kata…mendengar arahan. Bayangkan ‘hero2’ saya…wah.. berlari, bermain. Suara semaksima mungkin sudah keluar. Sukar untuk dikawal.. Mengajar bahasa arab? Adalah satu cabaran besar buat saya. Untuk rakan-rakan saya semestinya.

Dan saya mula down.. memikirkan pelbagai andaian. Mengecam kekuatan dan kelemahan PnP agar saya dapat baiki kemudian hari. Ahh..silapnya satu. Saya terlupa mengingatkan diri saya matlamat sebenar. IKHLAS mengajar! Memberi ILMU. Perlu SABAR.

p/s – buat sesiapa yang dahulunya pernah bercita-cita menjadi seorang GURU. Tapi tak tercapai? Maka bersyukurlah. SABAR itu mudah dilafazkan. Tapi sukar dilaksanakan. Bersyukurlah. Kerana anda mungkin tidakkan punya SABAR bila berhadapan dengan MUJAHID KECIL ini~

dan tadi.. saya masuk kelas ganti. Darjah enam. Matematik. (dulu..pernah mengajar PJ.. eh, menjadi seorang Ustazah..mesti versatile!)

saya mengajarnya asas darab. 5x2 = ?
dia sukar menjawab. Sudah pelbagai cara saya ajar. Namun dia masih tak boleh nak ‘merasai’ ilmu ini.

SUKAR. SUKAR. SUKAR.
SABAR. SABAR. SABAR.

Sesekali, nada saya sudah berubah. Lalu. Saya soal latar belakang keluarga. Oh Allah. Aku lupa perbezaan individu. Senangnya aku mengabaikan sunnah Rasulullah dalam meraikan perbezaan individu.

Dan saya terpaku.. rupanya dia datang dari keluarga yang bercerai. Tinggal di asrama. Dan saya yakin, keluarganya menyerahkan tanggungjawab mendidiknya kepada guru 100%. Di rumah, tinggal bersama ayah dan tok. Saya mahu saja bertanya, di mana ibu?
Sebak~ wahai ibu.. dia lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu daripada perhatian seorang ayah.

Dan sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan punca-punca perceraian. Dan.. bukan indah hidup berumahtangga. Indah bila Allah sebagai tunjangnya. Anak ditatangi sebagai AMANAH. Bukan dibiar begitu sahaja.

Jadi.. permulaan membina rumahtangga adalah..asasnya mesti dari ALLAH. Bukan dari SYAITAN.

Haaaaaa……….. semoga esok dapat diperbaiki..

dan esok… darjah 3. Ya Allah! Saya sangat sayangkan kelas ini. sangat mendengar kata dan mudah belajar.

Surah At-takathur. Hafazan. Dan saya suka mengajar al-Quran. Rasa bagai pahala mengalir kepada murabbiku dahulu. Subhanallah.

“sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

Wahai MUJAHID KECILku…
Tadi ustazah dah ingatkan.. balik baca surah ni bagi lancar. Sebab esok masa untuk menghafal.

Esok? HAFAZAN dan saya mahu tekankan TAJWID. Dan esok. Mahu agar kelas kita menjadi ‘sahabat’… uih, tak sabarnya berjumpa dengan MUJAHID2 ini. nakal! Tapi Qurratun A’yun~

Wahai Rasulullah. Bagaimana agaknya Engkau mentarbiah mereka..dari zero menjadi hero. Baru sehari mengajar. Penatnya sudah terasa. Kesabaran sudah teruji. Bukan mudah! Engkau? Sabarnya dirimu wahai Nabi..

“dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi perkerti yang agung” (al-Qalam : 4)

Wahai Rasulullah. Ku susuri sirahmu.. agar sabar itu menghuni di jiwa..

Buat rakan-rakan praktikum..

Antara syarat yang digariskan oleh Imam al-Ghazali mengenai keperibadian seorang guru ialah..

SABAR menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik~

Moralnya? SABAR…

MUJAHID KECIL…
berhadapan dengan ‘amanah’ Allah.. perlukan MUJAHADAH kan?

Kalau Yasir dan Sumaiyah berMUJAHADAH dengan mempertahankan akidah..

Jika Umar al-Khattab berMUJAHADAH dengan sikapnya ketika jahiliah..

Kenapa tidak aku? berMUJAHADAHlah dengan SABAR!

“Allahumma yassir..wala tu’assir”

No comments:

Post a Comment