Thursday, July 1, 2010

Feminin dan Maskulin. 1st step.

“lelaki..sebaik mana pun lelaki tu, lelaki jugak”

Ayat ini seringkali..terngiang-ngiang di ingatan saya. Tidak pudar hingga kini. Ayat seorang teman.
Entah kenapa.. saya bukan benci. Bukan juga cuba bersifat feminism.

Hari ini, saya terbaca kisah seorang bapa merogol tiga orang anaknya. 1 malam, 1 anak. Mahu mengikut tema 1 Malaysia barangkali. “seorang anak setiap malam, tiga beradik jadi pemuas nafsu durjana bapa” inilah tajuk dalam ruangan Setempat, Harian Metro.

Hari ini juga saya mendengar cerita realiti. Kisah lelaki yang dalam ingatannya 30 juz al-Quran meminjam duit seorang wanita dalam jumlah yang banyak, meminjam kamera tanpa dipulangkan. Hingga kini.

Hari ini juga saya mendengar luahan hati seorang isteri di corong radio yang mengatakan dirinya agak dilupai suami..gara-gara bola. Minat seorang lelaki.

Kisah ini seperti biasa… selalu kita dengar di mana-mana pelusuk bumi Allah ini.
Dan saya pasti. Bila anda baca entry ini, anda akan mengatakan..

“ala..salah perempuan tu jugak. Yang mudah percayakan orang sebab pa?”

“ala..perempuan la sebab utama rogol ni. Dedah aurat sana sini tu sebab pa?”

“ala..perempuan, tak faham minat lelaki. Asyik nak difahami, tapi tak pernah memahami!”


Huh. Anda hanya dibenarkan berkata begitu di dalam hati. Jangan di hadapan saya. Mungkin akan berlaku pendebatan yang berpanjangan… ^_*

Pada saya. Ada benarnya setiap kesalahan tersebut disandarkan kepada perempuan.

Ya.. pendedahan aurat membawa kepada punca kes rogol
Ya.. mempercayai seseorang membawa kepada penipuan.
Ya.. menagih perhatian membawa kepada ketidakfahaman.

Tapi.. kenapa tidak juga ditekankan konsep ‘menjaga pandangan’? Kenapa tidak ditekankan konsep ‘amanah’? Kenapa tidak ditekankan konsep ‘memahami’?

Ingat. Fahamkan di sini. Saya tidak mengatakan bukan salah perempuan. Tapi kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Bukan saya yang ajar. Tetapi agama.

Perempuan ; Menjaga aurat + Lelaki ; menjaga pandangan. Indahnya Islam. Tiada diskriminasi.

***

Men are from mars. Women are from Venus. Buku yang saya cukup gemar. We’re different! Dunia yang berbeza.

Saya terkilan. Bila segalanya diletakkan kesalahan 100% di atas bahu perempuan. Lelaki? Segalanya betul!

Benarlah kata sahabat saya. Perempuan dan lelaki, buat salah apapun, lelaki tak Nampak salahnya. Yang nampak? Perempuan. Dikatakan murahan, jalang dan sebagainya.
Anda sendiri boleh nampak dan fikirkan.. please… berfikir di luar kotak~


***

Menjadi seperti Rasulullah.

Saya pernah mencari definisi romantik.

Kata Justin Timberlake dari kumpulan N’sync suatu masa dahulu. “perkara yang tiba-tiba berlaku boleh menjadi romantik”

Saya susuri kisah rasulullah s.a.w. dan saya tersenyum tiap kali membaca kisah layanan rasulullah s.a.w terhadap isterinya. Kadang-kadang rasa malu sendirian.

Oh tuhan. sweet!

Hanya senyum bila masakan A’isyah ada sedikit ketidaksempurnaan. Berlumba lari dengan A’isyah. A’isyah si Humaira’. Dan A’isyah membacakan syair ketika melihat Rasulullah yang berpeluh di wajahnya.

Eh? Sebenarnya bukan isu rumah tangga yang mahu saya ulas di sini. Cuma mahu menggambarkan betapa Rasulullah adalah model agung untuk dicontohi.

Pada saya. Rasa cinta bertambah..bila melihat suami ‘menegur’ hanya dengan senyuman. Rasa dihargai bila dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu. Rasa dikasihi bila belumba lari sebegitu.

Remeh bukan?

Ala.. bukan susah..cakap je la.. “lauk ni masin” – tak payah susah-susah senyum-senyum kat meja makan.

Ala..bukan susah.. panggil je lah isteri dengan gelaran apapun. Ada apa pada nama?


Anda tahu. Perkara remeh inilah..hakikatnya yang menjadi titik perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

eh, sekejap. best ape dapat suami macam ni.. nampak kecikkkkk sangat kan? tapi sebenarnya sangat terkesan di hati isteri.

perbezaan yang melengkapi. indahnya hidup berpandukan sunnah. erm, bukan poligami jek sunnah ea... tapi setiap inci apa nabi buat tu sunnah. ulang sekali lagi... SUNNAH. ingat tu! nampak je remeh. tapi subhanallah. mampu meningkatkan rasa mawaddah wa rahmah.

huh~ semoga dia (tidak diketahui lagi siapa gerangannya) seperti itu ^_^
erm.. kahwin lagi...aiiishhh....
***

Jujur. Dunia kini tidak lagi selamat. Bila mana kehormatan seorang perempuan dilindungi dengan hijab, tetapi akibat tidak menjaga pandangan, ia boleh membawa kepada perkara negatif.

Pada saya. Kita tidak perlu menuding jari kepada siapa. First step. Baiki diri!

“lelaki, sebaik mana pun lelaki, dia tetap lelaki” ~ feminin

“sebaik mana pun perempuan, dia tetap perempuan” ~ maskulin

Prejudis. Harus dihilangkan. Kerana jika anda lelaki.. anda datang dari rahim seorang perempuan. Jika anda perempuan..anda datang dari benih seorang lelaki.

Kita adalah sama. Ingat! Kita sama walau berbeza. tapi indah kan? bila berbeza kita adalah saling melengkapi.. saling memberi dan menerima...

***

Saya tahu.. sukar rasanya bertemu insan persis insan agung Rasulullah s.a.w.
Sukar. Tapi masih adakah insan yang mahu menjadi seperti dirinya?

Saya tahu.. sukar rasanya bertemu insan persis Siti Khadijah.
Sukar. Tapi masih adakah insan yang mahu menjadi seperti dirinya?

insyaAllah. Kita adalah dia. Insan yang mahu memperbaiki diri. From zero to hero!

Masih ada lagi?

No comments:

Post a Comment