Monday, July 12, 2010

Mencontohinya~

Saya senyum. Tanda puas. Puas hati melihat PnP saya begitu memberangsangkan hari ini. eh, sebenarnya, hari ini mengajar surah Al-Fil. Hafazan. Dan saya hanya meletakkan target anak-anak saya boleh menghafaz ayat 1 surah tersebut. Pada yang melebihi ‘aras’ alhamdulillah~ syukur!

Hari ini.. saya menggabungjalinkan bidang ‘akidah’. Akidah comes first! Awwaluddin ma’rifatullah~ tak guna juga kalau asyik suruh hafal, tapi tiada penghayatan..
lantas, akidah adalah asas. Bila akidah kuat, hatinya mudah tersentuh, jiwanya kan memahami al-Quran. Bukankah ayat-ayat al-Quran banyak diturunkan tentang Akidah? Kemudian, barulah menyentuh tentang hukum syariat.

Lalu.. sejam tidak mencukupi untuk melakukan semua perkara. Mereka ‘berjanji’ dengan saya, mahu menghafaz 3 ayat di rumah.. dan esok, saya mahu menuntut janji itu wahai anak!

Tadi.. saya berkongsi video tanda kekuasaan Allah. Langit, bumi..dunia dan seisinya. Tentulah ia video yang dilatari muzik dari Maher zain ‘open your eyes’- lagu kesukaan saya! Touching~

Semalam, seorang rakan saya menyoal ‘ssh x ngajar pend islam’?
Saya katakan ‘sush 2 sush, tp y sush 2 indah’

~yang penting berSABAR~ sebab.. anak-anak saya, punya perbezaan individu.

****

Tiba-tiba saya bermonolog. Pengalaman praktikum dua bulan, mengajar saya pelbagai cara dan ragam manusia. Ini baru kanak-kanak. Yang baru mengenal Tuhan dan cara mendekati-Nya~

Tapi bagaimana perasaan insan agung ketika mula-mula menyampaikan dakwah dan mentarbiah umat. Dia seorang yang sangat PENYABAR. Sangat PENYABAR. Dan saya? Hurm… baru sedikit, tapi sudah mengeluh~

Praktikum banyak mengajar saya. Dari sini, saya kenal..betapa sukarnya Nabi berdakwah. Sukar. Dan sangat sukar! Selalu juga tertanya-tanya, apakah aku menghargainya?

Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul~

Dah mengalami, baru merasai…
Baru sedikit dah rasa penat.. jadi, perlulah lebih ‘menghargai’ usaha Nabi yang jalannya berliku-liku… kan2?

***

Pernahkah anda mendengar kisah pemimpin Quraisy yang luluh hatinya apabila berhadapan dengan kesantunan dan kemulian baginda Rasululullah s.a.w. Begitulah yang dialami oleh pemimpin besar Quraisy, Abu Abbas ketika beliau mula menerima Islam.

Kehadiran baginda Rasulullah dengan ajaran Islam pada awalnya memang menimbulkan kebencian yang menebal dihatinya. Abu Abbas terpaksa berpisah dengan empat dari lapan orang isterinya yang telah memilih Nur Islam apabila baginda tertarik dengan ajaran Islam. Rasulullah mula menyebarkan sinar Islam di kota Madinah.

Peristiwa ini tentu menjatuhkan maruah beliau sebagai salah seorang tokoh pemimpin Quraisy yang disegani oleh kaumnya. Dendam inilah yang mendorong Abu Abbas untuk menikam tentera Muslimin dari belakang. Beliau bersama lima anaknya merancang untuk menggugurkan batu besar ke pihak tentera Islam semasa berlakunya Perang Uhud.
Rancangannya itu berjaya menggawatkan suasana perang, seorang demi seorang tentera Islam gugur termasuklah bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutalib yang gugur syahid kerana tindakan kejam tentera musuh.

Kemangkatan bapa saudara yang banyak memberi sokongan terhadap perjuangan Rasululllah memang menyedihkan, namun peristiwa ini langsung tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berjuang.

Semangat baginda tetap berkobar, bagaikan singa lapar baginda bersama anggota tentera Islam yang berani telah meneruskan usaha menentang musuh. Akhirnya kemenangan memihak kepada tentera Islam. Pihak musuh bertempiaran lari, pada masa inilah Abu Abbas melihat baginda Rasulullah mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar tentera Islam menghentikan pertempuran. Tentera Islam diarahkan untuk meletakkan kembali senjata pedang dan panah ke dalam sarungnya.

Lalu baginda menyeru satu peringatan, firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bahawasanya perangilah kerana Allah orang-orang yang memerangi kamu sahaja. Dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan. Kerana Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas.” (Al Baqarah:190)

Kemenangan yang dikecapi langsung tidak menjadikan baginda lupa diri, baginda masih boleh memberikan kemaafan meskipun baginda kehilangan bapa saudara kesayangannya yang dibunuh kejam oleh tentera musuh. Baginda tidak menyimpan dendam atau bertindak menghancurkan tentera musuh yang tidak berdaya.

Peristiwa ini begitu menyentuh hati Abu Abbas lalu dia berbisik dalam hati,”Adakah di muka bumi ini orang yang akhlaknya semulia pekerti Nabi Muhammad SAW?”
Abu Abbas berdiri kaku dipuncak gunung batu. Hatinya yang sekeras batu mulai cair dan lembut. Dia melihat sendiri baginda nabi yang berlumuran darah tetap tersenyum dan ramah berhadapan dengan pejuang Islam. Kelembutan peribadi Rasulullah telah membuka hati Abu Abbas untuk menerima Nur Islam.

Tindakan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Abu Abbas. Peristiwa ini perlu dijadikan azimat dan ingatan kepada umat Islam sepanjang zaman.

p/s – kisah ini tiba-tiba ada dalam disk saya.. ape lagi? Saja nak share.. kisah sirah insan agung! Dalam menghadapi ‘murid’nya dengan penuh keSABARan~
oh syahida, tidak mahukah mengikuti sunnahnya? Bidang pendidikan adalah milik kita, manfaatkanlah!

No comments:

Post a Comment