Monday, July 26, 2010

Rindu pada Murabbi~

Tiba-tiba digamit rasa rindu dan terus menulis..

Masih teringat.. Mak Cik Wan.. dia berbual dengan saya dan memegang saya dan berkata ‘mak cik harap.. syahida ikut usrah sampai habis..’ katanya diiringi senyuman – saya terdiam dan di hati, mengaminkannya!

Waktu tu.. join program 3R, jadi fasi. Menyedari saya dan rakan langsung tidak mengikuti tarbiah…Dan mak cik dengan sukarelanya mengambil saya dan rakan-rakan menjadi mutarabbinya.

Masih ingat usrah pertama.. pertama ketika menginjak dewasa! Usrah itu masih segar hingga kini. Yang pertama itu lebih membekas di hati. Dan saya? Sampai kini..mengaguminya. usianya bukan remaja…bahkan sudah punya cucu. namun semangatnya. Allahuakbar! Saya mahu menjadi sepertinya! Kekal thabat.. dan saya bangga menjadi mutarabbinya!

Kemudian.. usrah bertukar tangan~ kepada ustazah Ruswati. Dan saya cukup menyayangi dan mengaguminya. Dia seakan seorang ibu. Memberi perhatian tanpa membezakan siapa kami...dan dialah yang paling banyak bersabar dengan kerenah kami. Mendidik 3 tahun bukannya mudah! Program yang diajak hanyalah beberapa kerat yang hadir. Termasuklah saya. Dan dia sungguh penyabar! Dan saya sanggup luangkan masa..asalkan bersamanya.

+++Teringat kisah Abu Hurairah yang kemana sahaja dia bersama Rasulullah+++

Kerana dari murabbi-murabbi saya.. saya peroleh semangat dan kekuatan jiwa. IKHLAS. Saya yakin. Itulah mereka berdua. Kerana bahang IKHLAS.. mad’unya merasai..

Rindu mahu bertemu mereka.

Mak cik wan..kali terakhir saya bertemunya.. 21 Julai lalu.. dan menyalami+mencium tangannya+memeluknya.. satu perasaan yang tak tergambar. Sungguh, saya benar-benar menghormatinya. Kerana peribadi dan fikrahnya..

Ustazah Ruswati.. sudah lama.. lama.. Oh..tidak sabar rasanya..31 Julai ini.. semoga dia hadir di Qiam dan Daurah Tauhid nanti. 3 tahun berhalaqah bersamanya.. indah. Argh… 3 tahun, bukan masa yang sekejap!

Usrah.. sungguh.. benar-benar merindui halaqah bersama mereka. rindu!

Ya Allah.. Kau ampuni dan rahmati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti. Amin!

No comments:

Post a Comment