Wednesday, August 25, 2010

Bumi Sendiri

tadi blogwalking. ke semua blog kengkawan. tapi tidak meninggalkan jejak pun..

kemudian, terjumpalah satu sajak. dan sangat tertarik dengannya.

sama2 hayati dan fikirkan... 'Jika kita bersuara biarlah jujur rasa'

+++

Kita perlu turun dari menara
melepaskan capal berjalan kaki
merasakan keresahan nafas bumi.

Kita sekarang sedang didesak di tengah
dendam gelegak,
sedang disiku dari seluruh penjuru,
sedang dihina kerana terlalu lama
sengaja mengalah.
Kita sedang genting dan sedang gering,
kita perlu marah sejujur hati
untuk bermaruah di bumi sendiri.

Kali ini jika kita menyanyi biarlah lagu yang paling hakiki.
Jika kita bersuara biarlah jujur rasa.

Biarlah ketika didengar anak cucu
mereka akan bangga datuk neneknya
lelaki yang berani;
mereka akan merasa bermaruah di tengah buminya sendiri.

Kita perlu bangun sekali ini,
bangun pertahan hak yang hakiki.

A Samad Said
Kuantan 1987

No comments:

Post a Comment