Monday, August 2, 2010

DRIPTps 2010

AHAD. 1 Ogos 2010
Daurah Rehlah IPT Perlis ; DRIPTps 2010. Eagle Park Resort, Bukit Ayer Perlis.

Sesi pagi diisi dengan daurah yang disampaikan oleh Ustaz Firman Shakti. Tentang akidah. Akidah? Ya~akidah!

Saya cukup terkesan dengan satu slide ini yang dihuraikan oleh ustaz..

Bagaimana mengikat hati yang benar?
Kambing? Lehernya
Ayam? Kakinya
Kerbau? Hidungnya
Manusia?.... “HATI”
Ikatan itulah akidah!


Dan saya berfikir.. semua makhluk ada ikatannya, jika kambing dengan lehernya, ayam dengan kakinya, kerbau dengan hidungnya.. manusia? Dengan hatinya.
Benarlah.. mahu memiliki seseorang yang kita sayangi..tidak dengan memiliki dirinya, tetapi memiliki hatinya. Betulkah?
Ya..Akidah yang satu.

***

Manusia.. ada tiga tingkatan keimanan.
Pertama ; ‘ilmulYaqin (keyakinan kerana ilmu)
Kedua ; ‘InulYaqin (keyakinan kerana melihat)
Ketiga ; HaqqulYaqin (keyakinan sejati)

Ayuh.. sama2 mencapai tahap HaqqulYakin – mustahil mengubahnya meski semua menentang!

Dan.. ada tiga kelompok manusia~
Pertama ; mereka yang menerima akidah secara talqin (keturunan) dan menyakininya kerana tradisi..
Kedua ; mereka yang menganalisi dan berfikir..
Ketiga ; mereka yang selalu menganalisis, berfikir serta berusaha taat kepada Allah SWT, melaksanakan perintahnya dan memperbaiki ibadahnya.

Huuu~duhai diri..di manakah kamu?

***

Slot rehlah adalah sangat dinanti2. Meski pening untuk atur segala klu dan tempat. Ia sangat mengujakan kami. Argh,…bermain sambil belajar. Atau belajar sambil bermain?
Hurm.. yang pasti..kami sama2 mentadabburi al-Quran.

Oh..indah..bila melihat adik2 memegang tafsir erat..sambil mencari solusi kepada klu.

Err, agak ‘jahat’ bila kami sengaja meletakkan check point di bawah jambatan, di tengah2 air terjun, di tapak2 khemah.. hee~ pasti sukar..apatah lagi part air terjun…hee~sungguh seronok!

Mentadabbur al-Quran. Bangga.. melihat mereka mencari dalil dan bukti..

Pada sebuah syahadatain..
Pada suruhan menjaga pandangan, menutup aurat dan memelihara kemaluan..
Pada erti ulul albab..
Pada ibadah solat dan puasa..
Pada definisi sebuah ketenangan jiwa…

Oh adik2..kita sama2 mentadabbur..kerana ‘This is our Path’ – tema explorace!
dan kata mereka..mahu menjadi ulul albab! =)

Akhirnya.. semua berkumpul..

Kami sama2 menyanyikan lagu Teman Sejati by Brothers dan Satu Hati by La Khauf. Sambil erat memegang tangan, tak kira siapa.. ini jalan kami. Ini ukhuwwah kami.
Saat mahu bersurai, kami bersalaman.. dan saling memohon maaf. Saat saya memeluk sahabat ‘ aku sayang hang! Semoga kita istiqamah ‘ – rasa mahu T_T keharuan..kerana dikurniakan mereka yang sama tarbiahnya~ sama matlamatnya~ apa yang lagi penting. We bonded by Akidah!

***

Dan saya.. bukan sekadar daurah dan rehlah.

Saya bertemu Ustazah Ruswati dan berbual dengannya. Tidak lama. Katanya dia perlu hadiri mesyuarat Tarbiah. Sepanjang perjalanan bersamanya cukup untuk melepaskan ingatan saya kepadanya.

Saya bertemu Mak Cik Wan. Murabbi pertama saya. Bila disoal tentang usrah dan medan ini. dia masih mengambil berat tentang kami. Tentang jalan yang kami lalui. Dan sungguh! saya bersyukur kerana menjadi mutarabbinya. Banyak yang dibualkan. Erm, sikit sebenarnya..tetapi banyak manfaatnya. Pada hati saya.

***

Sesungguhnya Engkau tahu.. bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya, tegakkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam, Ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami, dengan kurnia iman, dan indahnya tawakkal padaMu, hidupkan dengan ma’rifatMu, matikan dalam syahid di jalanMu, Engkaulah pelindung dan pembela, Ya Robbi bimbinglah kami…



++mengimbau kembali..nasyid Doa Rabitah oleh Izzatul Islam, yang dimainkan usai daurah..dan doa yang dibacakan ketika usai rehlah++

No comments:

Post a Comment