Monday, August 9, 2010

For them...with lovvee...

Coretan ringkas hari isnin. 9/8/2010

Untuk seketika.. 3 hari yang lalu. Saya pulang ke halaman ayah dan ibu saya. Bersama mereka buatkan saya tenang. Damai. Aman. Bebas.
Bebas dari kekalutan praktikum.
Aman dari kerenah rakan yang pelbagai.
Damai dari kekeliruan.

+++

Dan.. waktu itu juga.
Kata orang.. bila kita jauh dari sesuatu..kita akan menghargainya. Kita akan merasa kehilangannya.
Bagi saya juga begitu.
Jauh dari IPG..buat saya rindu.

Entah kenapa.
Adik2 saya pergi ke KL. Kata mereka, pergi lawatan. Institut al-Quran, Muzium Kesenian Islam dan banyak lagi.

Dan… saya rasa begitu jauuhhhhhhh dengan mereka.
Dan… merasa sungguh rinnndduuuuu…

+++

Saya mengenali mereka tahun lalu. Bersama mereka dan merapati mereka. membuatkan saya kadang-kadang terubat rindu di rumah. Kerenah dan ragam mereka menghilangkan rasa sayu.
Hubungan ini lebih akrab.. apabila kami berada dalam medan tarbiah yang sama. Ukhuwwah. Mahabbah.
Bersama mereka..membuatkan saya menjadi lebih matang.
Nasihat dan teguran. Saling diberikan.
Dan dari mereka. saya tahu erti nilai ukhuwwah.

Oh adik.. Medan ini sangat memerlukan istiqomah. Tetaplah di jalan ini…

Selepas ini..
adakah cerita kita masih akan sama?
Mungkinkah kisah kita kan kekal sama?

+++

Untuk adik2 yang saya bertemu dalam medan tarbiah yang sama.
I lovee you all very much!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi seseorang lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri"
Dan kini.. semakin merasai halawatul iman.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam kanvas kehidupan ini.. mencorakkan lukisan yang sungguh indah!

Aina~ Nabilah ~ Zawani~ Azielah ~ Dik Tun~ Syahmin~ Hidayah~ Hannan~ Zurain~ Nabila Huda~

No comments:

Post a Comment