Saturday, August 28, 2010

rindu dia.

baru 4 hari 3 malam berpisah.
tiba2 rasa sunyiiii sangat... "lonely, i'm so lonely'

*untuk dia yg baca post ni..jgn kutuk aku ea. n jgn senyum @ gelak. itu pelik namanya bila kamu senyum@ gelak depan laptop purple kamu.. atau menggelengkan kepala, atau menjerit... ok?

ini hanya luahan hati di tgh malam buta. ehem..sudah 3:39am*

+++

erm.. bla kamu mahu pulang ke hostel?? bilik 227 ini sungguh sunyiiiii...sungguh keseorangannnn...

tahu tak sekarang apa yang berlaku?
lampu kedua2nya dinyalakan...
tingkap serapat2nya ditutup..
pintu bilik dikunci seerat2nya..
dan sekejap lagi..
bila mahu tidur,
muka akan dipusingkan ke sebelah kiri menghadap dinding..

sebab apa? sebab dia tak ada...
huhu~ sedih2...rindu2..ingat2..
(atau kerana TAKUT??)

ala..bukan jauh pun.. SP cuma. bukan BALING. SP..SP.. tapi rasa mcm nun jauhhhhhhhhhhhh di sana...

+++

dia.. tahu semuanya tentang diri ini. semuanya, bukan segalanya. hihi.. perangai baik buruk juga dia sudaaa kenalll... dan dia menerima diri ini seadanya...

ujian persahabatan.. kdg2 kami bmasam muka, kdg2 bgtu riuh bercerita.. itu normal. setiap ukhuwwah akan diuji dan diuji.

"hubungan terjalin dengan diri terpimpin..persengketaan adalah dugaan, dengan iman di hati, amalan di baiki.."
~nyanyi di pagi2 hari~

sukar diterjemahkan perasaan ini. untuk dia, maafkan aku atas segalanya. andai tidak dapat menjadi pendengar atau pembantu yang baik.. dan tidak mampu menjadi sahabat sesempurna.. maaf.. kerana tidak pandai mempamerkan rasa sayang ni... =)

dalam hati.. rasa bersyukur punya sahabat sepertinya! terima kasih ya Allah atas ANUGERAH ini...

+++

dia classmate aku form 4-5. jadi sudah tentu dia dari BALING. kmudian, kami mbesar dewasa.. dan mlanjutkan pengajian di IPP.. dan dia adalah ROOMATE aku.. jodoh kuat. hehe... posting? insyaAllah sekali.. =p

ehem. dia dan aku sungguh berbeza. dia sangat MATANG dalam hidup, dlm mbuat keputusan... tapi aku?

(err... bila usrah time.. dia akan ckp 'dah bawa kunci motor?' 'dah bawa quran?' 'dah bawa pen?' 'dah bawa buku tafsir?' kemudian...pintu yang telah ditutup dibuka kembali. maka aku berlari2 ke bilik mengambil barang2 yang 'terlupa' - lupa kan sikap manusia. relax lah!)

erm.. dia jugak selalu buat kerja dgn sungguh TELITI dan TEPAT pada waktunya. dan aku?
(setiap malam..dia akan tidur lewat. dan melihat dia yang tidak tidur2 lagi..kemudian aku pun menutup sebelah lampu ni..dan zzz... dan kerjanya akan siap! dan kerja aku? esok2lah..lusa2lah..lambat lagi. kemudian bila tiba hari kerja sepatutny disubmit..maka aku? akan berpesan awal2.. 'weh, jangan tidoq awal..malam ni kita tidoq lewat na..aku nak wat kerjaa' =)

eh, dia selalu LAMBAT..tapi aku? haaaaaaaaa....

dan bagaimana pun dia.. dia ialah dia. sebagaimana dia TERIMA diri ini seadanya, begitulah aku...

**nak letak gambar..tapi nanti macam akan 'dimarahi' oleh dia.. jadi letak gambar inilah =( **

+++

entry khusus untukny~

THANKS 4 ALWAYS BE THERE.
THIS UKHUWWAH.. ILALLAH.. INSYA-ALLAH!

loves,
syahida

1 comment:

  1. best nye ade kwan yg sentiasa mengingatkan ke arah kebaikan

    ReplyDelete