Friday, August 13, 2010

sekilas.. Sabar

Hari ini.. aku mengajar sirah. Perkahwinan Nabi Muhammmad.

Nabi Muhammad berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid semasa baginda berumur 25 tahun. Umur Khadijah ketika itu 40 tahun. Khadijah adalah seorang bangsawan yang berhati mulia. Beliau juga seorang usahawan yang berjaya di kota Mekah. Khadijah berkahwin dengan nabi Muhammad kerana tertarik dengan sifat dan akhlak mulia baginda. Baginda seorang yang jujur, rajin, sabar dan bijak menguruskan perniagaan. Selepas berkahwin, baginda meneruskan perniagaan dan hidup secara sederhana. Baginda hidup aman, bahagia dan penuh kasih sayang.

Hari ini.. aku mengajar mereka menyanyikan lagu ‘anak nabi kita’

Hari ini.. aku menunjukkan video baru dari Maher Zain. The chosen one. Lagu favorite aku.

+++

Terasa jauhhh darinya. Kembali merefresh cinta...

+++

Dulu.. aku pernah utarakan alasan ‘sibuk’..
lalu kata sirah

‘Rasulullah lagi siiibukkk...
Seorang hamba Allah yang setiap harinya istighfar melebihimu, yang qiamnya kerana mahu menjadi hamba yang bersyukur.

Seorang ketua keluarga yang mempunyai isteri2 dan anak-anak serta cucunya. Yang mengasihi mereka lebih dari segalanya. Yang bersabar dengan cucu ketika solatnya, yang ‘berbual kosong’ dengan A’isyah tentang abu Zar’in..

Seorang pemimpin negara yang gemilang. Yang mencipta sejarah.. dengan sulh Hudaibiah, Aqabah.. dan Fathul Mekahn nya…

Seorang Rasulullah.. yang memikul amanah.. (segalanya…)

Aku?

+++

Penat - sesekali fikirkanlah tentang.. Badar?
Berlapang dada - sesekali fikirkanlah tentang.. Khandak?
Sabar - sesekali fikirkanlah tentang.. Uhud?

+++

Dari sirah, aku lihat praktikalnya.. Rasulullah mempamerkannnya. Bukan sekadar teori. Tapi.. everything!

Hari ini..aku mengajar anak2ku agar menyayangi Rasulullah. Tanda sayang? Selawat. Sollahu alaihi wasallam.

Lalu aku? Praktikalnya? Di mana?

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” AsSoff ; 2,3

Bila Rasulullah mendidik sahabatnya dengan kesabaran.
Bila Rasulullah bersabar dengan kerenah musuhnya.

Aku? Hanya mengajar dan mengajak?

+++

Dan hari ini, aku telah belajar sesuatu. Simple.

Dan itu ialah “sobr”

Hari ini.. ada perubahan. Semoga istiqomah. Dan mahu istiqomah.

Oh syahida.. Rasulullah bersabar. Do you?

+++

Hope that day.. and see your smile..when you see me..

+++

S.A.B.A.R
Belajar dari yang Penyabar.
Ingat… tiada alasan untuk tidak bersabar.
Bersabar dengan ujian-Nya, bersabar dengan kerenah makhluk-Nya…
Kata mak.. “dah besar..dah tahu mana baik buruk..”

syahida. 12/8.10

No comments:

Post a Comment