Tuesday, August 17, 2010

untitled~

badan mula terasa lemah. sudah ada tanda-tandanya. oh Tuhan... Ramadhan yang lalu juga begini.

kelmarin pergi ke sekolah. badan memuncak panas. namun, digagahkan jua ke kelas. tanpa bersuara. hanya isyarat. mujur anak2ku faham...

dan aku ke klinik Faizah. oh, 38.9°C. batuk+selsema. siksanya aku betul2 rasakan.

sungguh, dalam kesakitan diuji dengan kesabaran.

alhamdulillah. mujurlah doktor bagi MC 3 hari. bermaksud, hari jumaat nantilah baru aku boleh ke kelas balik. kata doktor, kena rehat banyak2, just duduk atas katil n baring. tak boleh terlalu aktif.

+++

Allah beri sesuatu sesuai dengan keadaannya. betul?

bila kesihatan baik, Allah beri kita ruang untuk jalani kehidupan harian seperti biasa. segalanya sempurna.

tapi bila nikmat sihat ditarik, Allah beri kita ruang untuk berehat dari kesibukan dunia. kita lebih dekat dengan-Nya.

apa yang penting..jangan mengeluh, bahkan bersyukurlah.. kita belajar bersabar...

alhamdulillah, dan aku berehat dari praktikum...3 hari.. lapang dada aku rasakan~

+++

bila suhu badan tidak turun2, aku mengingatkan diri aku.. bagaimana pula dengan matahari sejengkal di atas kepala?

semoga kita dijauhkan dari panas dunia abadi... amin...

1 comment:

  1. smoga Allah berikan kekuatan dn kesembuhan segera...
    entah bagaimana bisa nanti kita akan berdepan dgn azab kubur sedangkan kita sering leka didunia....dgn byk dosa dn sedikitnya taubat....

    ReplyDelete