Thursday, September 30, 2010

This Ukhuwwah~ Lillah..

Bila sebut pasal ukhuwwah.

Yang aku faham. Ialah… suka duka bersama.

Tidak meninggalkan dan tidak ditinggalkan.

Dan setiap ukhuwwah itu..akan diuji. Dan disinilah perlunya ‘lillah’

Ukhuwwah fillah.
Means.. for Allah only.

saling menyayangi keranaNya, saling memberi keranaNya, menegur walau ia menyakitkan, menerima walaupun ianya sukar.

Kerana Allah.

Senang untuk sms sahabat2 kita.. said ukhuwwah fillah. Tapi berapa ramai sanggup buktikan?

Bila seorang sahabat kita diuji.. bermaksud, kita terlibat sama. Dan jika kita terseret secara tidak sengaja.. itulah harga yang perlu dibayar~ kerana kesetiaan kita kepada ukhuwwah.

Dan aku sendiri pernah berjanji.
“dia tidak meninggalkanku ketika aku parah dahulu. Jadi, atas alasan apa perlu aku abaikannya?”

Kemudian.. aku mahu kasihinya lebih dari diriku sendiri. Kerana di situ adanya halawatul iman. Dan aku mahu menyayangi dan bertemunya hanya keranaNya agar kami bisa bersama di syurga nanti dengan naungan syafaatNya~

do we? Lillah? insyaAllah!

untuk mereka yang pernah hadir bersama2 di jalan ini..

~Kerana Engkau Tempat Aku Meminta~

Kepada Pemilik Hati Setiap Manusia..

Kerana Engkau Maha Mendengar..

Kerana Engkau Maha Memberi..

Kerana Ditanganmu Segala Takdir..

Mudah2an Dengan IzinMu

Amin…

Kerana Engkau Tempat Aku Meminta..

Monday, September 27, 2010

Permudahkan urusannya ya Allah~

Salam alayk.
Wah2..lama tak updet nih!
Tulis tu banyak. Post kadang2.. aduhai~ hobby ^_^

+++

Sabtu hari tu balik rumah abang. Di Bedong, Kedah jugak~ dalam 2 jam lebih jugaklah jam balik dari Kangar nih~
For IMPI yang buat daurah islami @ Isk . Really sorry ya? Tak boleh ada dekat sana sepanjang hari.
Escape..

+++

Aku jauh2 jalan balik. Walau hari ni pergi, esok balik. Asiggnment tak siap. Sabtu balik bedong. Ahad balik kangar. Isnin submit assignment! Waa T_T
Tapi tak apalah~ kerana sayang.

+++

Satu family berkumpul dekat rumah abang. Kenduri doa selamat+kesyukuran. Seronok ada, sayu pun ada.

Paling best, my sis masakkan daging dengan batang pisang. Special in Baling. Seedappp… sape2 nak rasa, boleh datang Baling yek..
+++

Lucu bila kak aku kirim kimono original dekat abang. Bila aku tengok kak aku pelik mintak kimono. Katanya mahu buat raya. Gelak besar aku. Macam2 la askar perempuan yang seorang nih! Alang2 pergi Jepun kata kak aku..

dan aku sedar~ ibu adalah wanita pertama dalam setiap hati lelaki. Kan?
~bila dengar mak cakap dengan abang.. sememangnya layaklah seorang ibu di hati lelaki..

+++

Abang.. balik dengan selamat yee?
Kerja sana baik2 yee?
Ingat mak pak kat rumah yee?
Isteri n anak2..abang2, kakak2, adik2.
especially adik yg sorang nih yee?
I love you very much! My dearest brother!

Ingat pesan kak nah~ solat jangan lupa..

Wawaa… miss him!

Zakaria Salleh.
Ya Allah. Permudahkanlah…
Allahumma yassir wala tuassir. Aminnn…

~_~

Kisah aku panjang,
Tadi, aku baca balik blog seorang kakak nih~ dia cakap ‘Allah tak pilih orang sebarangan’ – ayat ni buat aku tertanya2. ***tak faham!

++

Dulu, aku bukan sesiapa. Kosong. Tak faham.
Kemudian. Bila ada seorang mak cik ni approach aku (erm..masuk usrah) – aku ikut2 je. Tak faham. Apa tu tarbiah. Apa tu dakwah. Rasa macam hidup ni tak perlu pun orang lain kan? Nak buat apa, buat je lah sorang2. Tak perlu hirau pasal orang.
Then, bila dah 3 tahun aku ikut usrah. Aku masih di takuk lama. Tak faham. Cuma cakap usrah tu untuk bagi aku ilmu je.

+++

Naqibah makin bertukar. Seorang demi seorang. Sampailah aku jumpa Kak Aisyah. Dia terang sikit2 pasal usrah. Aku faham dan sedikit teruja. Tapi aku masih tak puas hati.
Aku kaji, selidik dan kaji lagi. Sampai satu tahap. Aku tahu hakikat apa tu usrah ; tarbiah n dakwah.
Aku mula sedar. Yang betapa indahnya hidup ini jika bukan sekadar untuk diri kita.
Bila aku dah tahu, dan aku faham (walau tak sepenuhnya) dan aku perlu buat. Nak atau tak je kan?
Membuatkan aku yakin. Untuk terus di jalan ni.
Memang jenis aku.. takkan ikut tanpa keyakinan. Takkan buat tanpa aku yakin.
Kata abang aku, memang aku jenis nekad. Nak bila nak. Tak mau bila tak mau. Yaa..bila aku faham dan aku nak.. maka aku nak! Muktamad.

+++

Kadang2 ada halangan.. bila kita tahu ada orang tak yakin dengan kita. Untuk buat kerja2 tarbiah n dakwah ni. Kata mereka..kita mungkin hipokrit, kita mungkin tak ikhlas, kita mungkin semangat tahi2 ayam je, atau mereka yang memandang sinis. Apatahlagi kalau orang tu dari usrah yang sama, atau mungkin murabbi kita atau mungkin mad’u kita. Sesiapa sahaja boleh menilai kita. Maka..biarkanlah mereka menilai…

Kadang2 kita akan jumpa rakan seusrah yang berbeda pandangan, atau murabbi yang bias, atau mad’u yang degil.

Wahai mereka yang ikut usrah, tiga golongan ni..salah satunya pasti buatkan kita rasa sempit kan?

Bila perbezaan pendapat berlaku.. maka berlapang dadalah.

Jika murabbi bersifat bias..maka husnu zhonlah.
Mana ada manusia adil dalam kasih sayang?
Kalau mad’u degil.. ingatlah hatinya milik-Nya.

++

Dan aku.. sekiranya ada ‘penilai2’ yang tengah judge aku.. maka judge lah sesuka hatimu. Katakan sahaja hipokrit, tak ikhlas atau apa sahaja. Kerana? hidup ni bukan sekadar untuk diri kita.

+++

Dan aku faham.. apa yang telah aku baca di blog kakak nih.. yang Allah takkan pilih sebarangan orang. Sebab sesuatu ada dalam dirinya. Ibarat logam. Sekiranya mereka faham. *ISK Mood*
Tapi aku tidak tahu. Adakah aku insan itu?
Sekiranya YA. Maka aku tidak faham.. kenapa aku?
Hanya Tuhan Yang Tahu.
Tidak bangga, Cuma bersyukur…

Monday, September 20, 2010

Beruntung atau tidak? bersyukur?

Rasa beruntung atau tidak? Bersyukur?

+++

Dulu. Dalam hati. Aku pernah cakap. Yang seronok kut jadi anak2 orang yg dah lama tlibat dalam dunia tarbiah.

Dulu. Aku selalu cakap.. yang beruntungnya mereka.. lahir dari keluarga yg dah faham tntg tarbiah. usrahs dan sebagainya.

Hmm..
Bila aku jumpa seorang nih. Dia cakap dia dulu tak ikut pun usrah. Macam2 lah dia cerita. Kemudian, dia baru ja mengaktifkan diri dalam bidang2 nih. Kata dia. Anak ikhwah/at tak semestinya menjadi semua. Sebab dia pun anak ikhwah/at.

Kemudian jugak, aku sedar. Yang iman tu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa (lagu raihan)

Dan aku sedar jugak. Kadang2 nak didik keluarga lagi susah dari nak didik orang lain. Kan?

Kemudian, aku rasa sesuatu dalam hati. Jalan nih, tak tengok kepada anak ikhwah/at. Tapi bgantung kepada diri sndiri. Nak atau tak? Tapi.. insyaAllah, pengaruh ibu bapa sangat memainkan peranan. Tak dinafikan.

So..kalau ada sesiapa yang rasa dia datang dari keluarga bukan islamik.. maka beruntunglah. Anda boleh pelajari banyak benda pun. Banyak sangat.

Benih yang baik, dicampak ke pulau mana pun tetap menjadi.

Kalau dah diri mahu kebaikan, tak kiralah anak pak imam ke, pencuri ke.. tetap baik..insyaAllah. jangan rasa rendah diri. Sebab iman tu memang tak dapat diwarisi. Tapi carilah ‘jiwa2' yg soleh/ah) agar keturunan soleh kemudian hari.

Hmmm..
Sebenarnya.. tarbiah boleh mengubah seseorang kan?
Dan.. tarbiah diri adalah permulaan.
Bersyukurlah. Walau siapa latar belakangmu.


+++
Terima kasih buat family yang sentiasa mahukan aku mendapat yang terbaik. Syukur~

Wednesday, September 15, 2010

Perjalanan Assignment..

Semester 6 agak mencabar dari semester2 lepas. Aku sedar, hidup pun makin sukar apabila ke depan. Kan? Sebab? Subjek pun dah makin berat. Espesheli, subjek Pengajian Akidah. Huuuhh…aku memang tak mampu nak tangkap satu persatu ‘mutiara’ yang keluar dari mulut ustaz. Lasli, aku record je apa ustaz cakap. Nanti rewind balik. Keunggulan IT asas keizzahan ummah. Multimedia kan medium dakwah? Hihihii (time ni..baru pandai cakap macam2.. buatnye idok! )

Dua hari berturutan, raya masih tak abis2. Hmm.. tapi indah. Sebab boleh hubungkan silaturrahim. (erm.. kenapa tulis pasal raya pulak) – (sebab duit raya 1 sen pun tak dapat. Abang2 dan kakak2 aku sungguh kedekut. Gerrammmm… huh!

assignment? Beb…membukit! Bukan 1..tapi.. *&^%$ (death note)

hihi. Sebenarnya hari ni khamis 16/9 baru start buka laptop, tu pun dengan rasa berat hati.. kemudian capai soalan assignment, buka buku rujukan, pikir2 idea..dan karang. Erh, sudah 1 page penuh. (baru 1 page >_< )

hoho. Aku bermati2an berdoa. Kut2 dapat tajuk sahsiah dan kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w. bukan ape.. senang! Teori tuu senang, praktiknya susah kan?
Dan aku pun..mula buka ‘maqal’ folder artikel islami. Seerah. Aku cari balik tajuk2 yang berkaitan Baginda. (erm..time buat assignment baru buka yee? Lemah betul iman)
Buka lagu2 tentang Baginda. Cari zouq! Alahaiii..

+++

Doa dikabulkan. Alhamdulillah. Fuhh, dapat tajuk yang diidam2kan. Ye lah! Kebelakangan ni aku asyik buka buku sirah, zaman novel islami dah habis, (mood membaca genre buku memang bermusim) bila sekarang time sirah2 rasul dan sahabat. Memang menarik minat aku. Tambah2 lak subjek sem ni. Fuhhh… syoknyeee *_*
(amaran .. erk, sekarang tutup buku genre lain. Maaf la ye kgkawan yang asyik pelawa buku tu buku ni. Tapi sekarang kalau bagi buku2 bibliorgafi sirah2 yang tebalnya 1000 muka surat pun aku sukee)

Alhamdulillah. Aku fikir satu benda. Mungkin sebab aku ‘kaji’ kebelakangan ni, Allah bagi aku ruang untuk aku syer apa yang aku ‘kaji’ dalam presentation dan assignment. Hihi.. optimis~

+++
Erm.. okay. Mahu sambung analisis sahsiah Rasulullah s.a.w dan kaedah penyampaiannya.
Kita murabbi kan?

~ tapi berbalik kepada murabbi kita. Rasulullah. – sekalipun susahnya untuk praktikkan sunnahnya. Keep trying okay? My self. Jihad!

Allahumma yassir wala tu’assir.


escape dari assignment boleyy???

Wednesday, September 1, 2010

to love is to tarbiah

Dua hari lepas.. aku ke rumah kak sumayyah. Mahu pinjam kereta untuk bawa adik2 ke Iftar bersama senior2 usrah. Aii..banyak yang berlaku. Terharu, lucu, gembira. *kenangan*
Dan banyaklah yang aku pelajari. Sangat banyak!

+++

Satu.
Usrah adalah kepercayaan.

Kenapa? Entahlah. Puas sebenarnya mencari kereta untuk bawa adik2 usrah kami yang senior ni iftar di RCH. Awalnya mahu give up atau pergi beli dan balik makan di bilik ja… entah macam mana, lupa nak bagitahu naqibah (mujur teringat). Kemudian memang teringin nak ajak kak sumayyah pergi iftar sekali. Alhamdulillah kak aisyah sekali.

Dan..k.aisyah demam. Tak larat sepenuhnya. Kak sumayyah dengan cepatnya offerkan kereta. Dua biji. Hukhuk. Bukan kereta kancil ke, viva ke, atau kereta Malaysia. Tapi siap dengan kereta Peuguot dan Matrix Hyundai. Ya Rabb. Aku benar2 rasa terharu. Kak sumayyah bukanlah naqibah kami, tapi di antara mereka yang berada dalam saff yang sama dengan kami, dan seusrah dengan naqibah kami. Tak tahu la nak cakap macamna.. benarlah, usrah adalah kepercayaan. To love is to believe. Kuasa usrah sangat hebat. Membuatkan aku semakin yakin untuk terus ditarbiah.

Kemudian, ditakdirkan kereta tu habis bateri. masyaAllah. Susah hati. Bimbang. Yelah..kereta orang. Mujur kak sumayyah tenangkan kami dan suruh balik sahaja. Kemudian kereta ditinggalkan. Kami balik dengan kereta yang satu lagi.

Huuhhh.. kebetulan Pak Cik Radzi dan Mak Cik Mazlina tak ada kat rumah. Pergi umrah. Kami bermalam sehari di sana. Sukarlah nak balik maktab. Jam dah lewat.
Kat sana.. aku berbual dengan mereka hingga jam 1 pagi. Hihi. Bukan mengumpat. Tapi share. Rasa macam kecik ja duduk sekali dengan kak sumayyah dan kak aisyah. Yelah..mereka dah lama di lapangan ni.. tapi rasa seronok..bila mereka banyak berkongsi dan nasihat. Aku merakam setiap butiran mereka di dalam ingatan. Bahkan segar. Tidak pudar.

Kata kak aisyah yang paling aku terkesan.. adalah tentang istiqomah.
Kata kak sumayyah yang paling aku sukai.. adalah tentang ikatan hati.
Banyak jugaklah cadangan2 mereka. ziarah tokoh, arggghhhhhhh..banyak yang mereka kongsikan. *malas nak taip*

+++

Dua.
Lakukan segala perubahan dengan diri sendiri. Dari hati.

Kenapa?

Kata mereka. buat sesuatu sebab kita yang nak. Bukan paksaan.

Dan kata kak aisyah ‘kena sabarrrr..’
Aku pun mengingatkan diri aku ‘tarbiah adalah satu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran’
Orang yang ditarbiah sekarang, mungkin hatinya tak terbuka lagi.. tapi bila dia mula berubah dirinya..sikit sikit, satu hari nanti, dia menjadi seorang yang sangat kuat. Lebih hebat daripada orang lain. insyaAllah.

Oh syahida.. sudah relakah 100% ditarbiah??

+++

Bila duduk bersama mereka.. rasa sakinah. Ketenangan yang teramat tenang. Bila sebenarnya kata2 mereka adalah tarbiah yang kita tak sedar pun kita sedang ditarbiah.
Dan aku rasa.. bersyukur..sangat bersyukur.

+++

tiga.
seorang pun boleh. nak tak nak ja...

Bila kami sembang2 pasal posting. Aku cakap kalau boleh nak dekat jee.. senang. Perlis pun okay. Daripada duduk kedah tapi langkawi, baik p perlis. Tapi tu la…sorang2. Huhu..sedih jugak.

kata kak aisyah… ‘suh k.su bagitahu suami dia…carikan teman’
*haha.. senyum jelah...*

Kemudian kak aisyah cakap.. kena buat sesuatu walau seorang. Dia ceritakan kepadaku..kisah reality seorang guru yang memakmurkan tarbiah di sekolahnya. Haa..seorang ja..tapi boleh!
Kemudian aku fikir.. nak tak nak ja… kan2?

+++

Too much. Banyak benda yang dapat. Rasa nikmatnya usrah. Simple. Tapi bermakna. Ikatan hati dalam usrah tu, sangat suci. Kadang2 kita akan sanggup korban apa sahaja, memberi tanpa syarat.

usrah is tarbiah
usrah is love
to love is to give
to love is to believe
to love is to tarbiah..

+++

Huu… syahida, sudahkan ikatan hati dalam usrah kamu sama seperti ansar dan muhajirin?

Kau lebih tahu. Jika tidak, baikilah diri dan orang lain.

Belajar dari sirah. Kan? kata nak ikut cara rasul.. takkan cakap ja…?so?

NAK TAK NAK JA… KAN?