Monday, September 20, 2010

Beruntung atau tidak? bersyukur?

Rasa beruntung atau tidak? Bersyukur?

+++

Dulu. Dalam hati. Aku pernah cakap. Yang seronok kut jadi anak2 orang yg dah lama tlibat dalam dunia tarbiah.

Dulu. Aku selalu cakap.. yang beruntungnya mereka.. lahir dari keluarga yg dah faham tntg tarbiah. usrahs dan sebagainya.

Hmm..
Bila aku jumpa seorang nih. Dia cakap dia dulu tak ikut pun usrah. Macam2 lah dia cerita. Kemudian, dia baru ja mengaktifkan diri dalam bidang2 nih. Kata dia. Anak ikhwah/at tak semestinya menjadi semua. Sebab dia pun anak ikhwah/at.

Kemudian jugak, aku sedar. Yang iman tu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa (lagu raihan)

Dan aku sedar jugak. Kadang2 nak didik keluarga lagi susah dari nak didik orang lain. Kan?

Kemudian, aku rasa sesuatu dalam hati. Jalan nih, tak tengok kepada anak ikhwah/at. Tapi bgantung kepada diri sndiri. Nak atau tak? Tapi.. insyaAllah, pengaruh ibu bapa sangat memainkan peranan. Tak dinafikan.

So..kalau ada sesiapa yang rasa dia datang dari keluarga bukan islamik.. maka beruntunglah. Anda boleh pelajari banyak benda pun. Banyak sangat.

Benih yang baik, dicampak ke pulau mana pun tetap menjadi.

Kalau dah diri mahu kebaikan, tak kiralah anak pak imam ke, pencuri ke.. tetap baik..insyaAllah. jangan rasa rendah diri. Sebab iman tu memang tak dapat diwarisi. Tapi carilah ‘jiwa2' yg soleh/ah) agar keturunan soleh kemudian hari.

Hmmm..
Sebenarnya.. tarbiah boleh mengubah seseorang kan?
Dan.. tarbiah diri adalah permulaan.
Bersyukurlah. Walau siapa latar belakangmu.


+++
Terima kasih buat family yang sentiasa mahukan aku mendapat yang terbaik. Syukur~

No comments:

Post a Comment