Monday, September 27, 2010

~_~

Kisah aku panjang,
Tadi, aku baca balik blog seorang kakak nih~ dia cakap ‘Allah tak pilih orang sebarangan’ – ayat ni buat aku tertanya2. ***tak faham!

++

Dulu, aku bukan sesiapa. Kosong. Tak faham.
Kemudian. Bila ada seorang mak cik ni approach aku (erm..masuk usrah) – aku ikut2 je. Tak faham. Apa tu tarbiah. Apa tu dakwah. Rasa macam hidup ni tak perlu pun orang lain kan? Nak buat apa, buat je lah sorang2. Tak perlu hirau pasal orang.
Then, bila dah 3 tahun aku ikut usrah. Aku masih di takuk lama. Tak faham. Cuma cakap usrah tu untuk bagi aku ilmu je.

+++

Naqibah makin bertukar. Seorang demi seorang. Sampailah aku jumpa Kak Aisyah. Dia terang sikit2 pasal usrah. Aku faham dan sedikit teruja. Tapi aku masih tak puas hati.
Aku kaji, selidik dan kaji lagi. Sampai satu tahap. Aku tahu hakikat apa tu usrah ; tarbiah n dakwah.
Aku mula sedar. Yang betapa indahnya hidup ini jika bukan sekadar untuk diri kita.
Bila aku dah tahu, dan aku faham (walau tak sepenuhnya) dan aku perlu buat. Nak atau tak je kan?
Membuatkan aku yakin. Untuk terus di jalan ni.
Memang jenis aku.. takkan ikut tanpa keyakinan. Takkan buat tanpa aku yakin.
Kata abang aku, memang aku jenis nekad. Nak bila nak. Tak mau bila tak mau. Yaa..bila aku faham dan aku nak.. maka aku nak! Muktamad.

+++

Kadang2 ada halangan.. bila kita tahu ada orang tak yakin dengan kita. Untuk buat kerja2 tarbiah n dakwah ni. Kata mereka..kita mungkin hipokrit, kita mungkin tak ikhlas, kita mungkin semangat tahi2 ayam je, atau mereka yang memandang sinis. Apatahlagi kalau orang tu dari usrah yang sama, atau mungkin murabbi kita atau mungkin mad’u kita. Sesiapa sahaja boleh menilai kita. Maka..biarkanlah mereka menilai…

Kadang2 kita akan jumpa rakan seusrah yang berbeda pandangan, atau murabbi yang bias, atau mad’u yang degil.

Wahai mereka yang ikut usrah, tiga golongan ni..salah satunya pasti buatkan kita rasa sempit kan?

Bila perbezaan pendapat berlaku.. maka berlapang dadalah.

Jika murabbi bersifat bias..maka husnu zhonlah.
Mana ada manusia adil dalam kasih sayang?
Kalau mad’u degil.. ingatlah hatinya milik-Nya.

++

Dan aku.. sekiranya ada ‘penilai2’ yang tengah judge aku.. maka judge lah sesuka hatimu. Katakan sahaja hipokrit, tak ikhlas atau apa sahaja. Kerana? hidup ni bukan sekadar untuk diri kita.

+++

Dan aku faham.. apa yang telah aku baca di blog kakak nih.. yang Allah takkan pilih sebarangan orang. Sebab sesuatu ada dalam dirinya. Ibarat logam. Sekiranya mereka faham. *ISK Mood*
Tapi aku tidak tahu. Adakah aku insan itu?
Sekiranya YA. Maka aku tidak faham.. kenapa aku?
Hanya Tuhan Yang Tahu.
Tidak bangga, Cuma bersyukur…

1 comment:

  1. salam... Alhamdulillah, kita sama2 berjalan di jalan ini.. tarbiah dan dakwah adalah Jantung bagi sebuah gerkan. Ia perlu digerakan, berhenti jantung matilah gerkan itu..

    Setiap insan yang ditarbiah itu beruntung sebenarnya..

    kita perlu balas jasa naqib/ah kita dengan mengkaderkan dengan lebih ramai lagi mad'u yng jauh dari Islam..

    Inilah tugas kita!!..

    ReplyDelete