Wednesday, September 15, 2010

Perjalanan Assignment..

Semester 6 agak mencabar dari semester2 lepas. Aku sedar, hidup pun makin sukar apabila ke depan. Kan? Sebab? Subjek pun dah makin berat. Espesheli, subjek Pengajian Akidah. Huuuhh…aku memang tak mampu nak tangkap satu persatu ‘mutiara’ yang keluar dari mulut ustaz. Lasli, aku record je apa ustaz cakap. Nanti rewind balik. Keunggulan IT asas keizzahan ummah. Multimedia kan medium dakwah? Hihihii (time ni..baru pandai cakap macam2.. buatnye idok! )

Dua hari berturutan, raya masih tak abis2. Hmm.. tapi indah. Sebab boleh hubungkan silaturrahim. (erm.. kenapa tulis pasal raya pulak) – (sebab duit raya 1 sen pun tak dapat. Abang2 dan kakak2 aku sungguh kedekut. Gerrammmm… huh!

assignment? Beb…membukit! Bukan 1..tapi.. *&^%$ (death note)

hihi. Sebenarnya hari ni khamis 16/9 baru start buka laptop, tu pun dengan rasa berat hati.. kemudian capai soalan assignment, buka buku rujukan, pikir2 idea..dan karang. Erh, sudah 1 page penuh. (baru 1 page >_< )

hoho. Aku bermati2an berdoa. Kut2 dapat tajuk sahsiah dan kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w. bukan ape.. senang! Teori tuu senang, praktiknya susah kan?
Dan aku pun..mula buka ‘maqal’ folder artikel islami. Seerah. Aku cari balik tajuk2 yang berkaitan Baginda. (erm..time buat assignment baru buka yee? Lemah betul iman)
Buka lagu2 tentang Baginda. Cari zouq! Alahaiii..

+++

Doa dikabulkan. Alhamdulillah. Fuhh, dapat tajuk yang diidam2kan. Ye lah! Kebelakangan ni aku asyik buka buku sirah, zaman novel islami dah habis, (mood membaca genre buku memang bermusim) bila sekarang time sirah2 rasul dan sahabat. Memang menarik minat aku. Tambah2 lak subjek sem ni. Fuhhh… syoknyeee *_*
(amaran .. erk, sekarang tutup buku genre lain. Maaf la ye kgkawan yang asyik pelawa buku tu buku ni. Tapi sekarang kalau bagi buku2 bibliorgafi sirah2 yang tebalnya 1000 muka surat pun aku sukee)

Alhamdulillah. Aku fikir satu benda. Mungkin sebab aku ‘kaji’ kebelakangan ni, Allah bagi aku ruang untuk aku syer apa yang aku ‘kaji’ dalam presentation dan assignment. Hihi.. optimis~

+++
Erm.. okay. Mahu sambung analisis sahsiah Rasulullah s.a.w dan kaedah penyampaiannya.
Kita murabbi kan?

~ tapi berbalik kepada murabbi kita. Rasulullah. – sekalipun susahnya untuk praktikkan sunnahnya. Keep trying okay? My self. Jihad!

Allahumma yassir wala tu’assir.


escape dari assignment boleyy???

No comments:

Post a Comment