Wednesday, September 1, 2010

to love is to tarbiah

Dua hari lepas.. aku ke rumah kak sumayyah. Mahu pinjam kereta untuk bawa adik2 ke Iftar bersama senior2 usrah. Aii..banyak yang berlaku. Terharu, lucu, gembira. *kenangan*
Dan banyaklah yang aku pelajari. Sangat banyak!

+++

Satu.
Usrah adalah kepercayaan.

Kenapa? Entahlah. Puas sebenarnya mencari kereta untuk bawa adik2 usrah kami yang senior ni iftar di RCH. Awalnya mahu give up atau pergi beli dan balik makan di bilik ja… entah macam mana, lupa nak bagitahu naqibah (mujur teringat). Kemudian memang teringin nak ajak kak sumayyah pergi iftar sekali. Alhamdulillah kak aisyah sekali.

Dan..k.aisyah demam. Tak larat sepenuhnya. Kak sumayyah dengan cepatnya offerkan kereta. Dua biji. Hukhuk. Bukan kereta kancil ke, viva ke, atau kereta Malaysia. Tapi siap dengan kereta Peuguot dan Matrix Hyundai. Ya Rabb. Aku benar2 rasa terharu. Kak sumayyah bukanlah naqibah kami, tapi di antara mereka yang berada dalam saff yang sama dengan kami, dan seusrah dengan naqibah kami. Tak tahu la nak cakap macamna.. benarlah, usrah adalah kepercayaan. To love is to believe. Kuasa usrah sangat hebat. Membuatkan aku semakin yakin untuk terus ditarbiah.

Kemudian, ditakdirkan kereta tu habis bateri. masyaAllah. Susah hati. Bimbang. Yelah..kereta orang. Mujur kak sumayyah tenangkan kami dan suruh balik sahaja. Kemudian kereta ditinggalkan. Kami balik dengan kereta yang satu lagi.

Huuhhh.. kebetulan Pak Cik Radzi dan Mak Cik Mazlina tak ada kat rumah. Pergi umrah. Kami bermalam sehari di sana. Sukarlah nak balik maktab. Jam dah lewat.
Kat sana.. aku berbual dengan mereka hingga jam 1 pagi. Hihi. Bukan mengumpat. Tapi share. Rasa macam kecik ja duduk sekali dengan kak sumayyah dan kak aisyah. Yelah..mereka dah lama di lapangan ni.. tapi rasa seronok..bila mereka banyak berkongsi dan nasihat. Aku merakam setiap butiran mereka di dalam ingatan. Bahkan segar. Tidak pudar.

Kata kak aisyah yang paling aku terkesan.. adalah tentang istiqomah.
Kata kak sumayyah yang paling aku sukai.. adalah tentang ikatan hati.
Banyak jugaklah cadangan2 mereka. ziarah tokoh, arggghhhhhhh..banyak yang mereka kongsikan. *malas nak taip*

+++

Dua.
Lakukan segala perubahan dengan diri sendiri. Dari hati.

Kenapa?

Kata mereka. buat sesuatu sebab kita yang nak. Bukan paksaan.

Dan kata kak aisyah ‘kena sabarrrr..’
Aku pun mengingatkan diri aku ‘tarbiah adalah satu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran’
Orang yang ditarbiah sekarang, mungkin hatinya tak terbuka lagi.. tapi bila dia mula berubah dirinya..sikit sikit, satu hari nanti, dia menjadi seorang yang sangat kuat. Lebih hebat daripada orang lain. insyaAllah.

Oh syahida.. sudah relakah 100% ditarbiah??

+++

Bila duduk bersama mereka.. rasa sakinah. Ketenangan yang teramat tenang. Bila sebenarnya kata2 mereka adalah tarbiah yang kita tak sedar pun kita sedang ditarbiah.
Dan aku rasa.. bersyukur..sangat bersyukur.

+++

tiga.
seorang pun boleh. nak tak nak ja...

Bila kami sembang2 pasal posting. Aku cakap kalau boleh nak dekat jee.. senang. Perlis pun okay. Daripada duduk kedah tapi langkawi, baik p perlis. Tapi tu la…sorang2. Huhu..sedih jugak.

kata kak aisyah… ‘suh k.su bagitahu suami dia…carikan teman’
*haha.. senyum jelah...*

Kemudian kak aisyah cakap.. kena buat sesuatu walau seorang. Dia ceritakan kepadaku..kisah reality seorang guru yang memakmurkan tarbiah di sekolahnya. Haa..seorang ja..tapi boleh!
Kemudian aku fikir.. nak tak nak ja… kan2?

+++

Too much. Banyak benda yang dapat. Rasa nikmatnya usrah. Simple. Tapi bermakna. Ikatan hati dalam usrah tu, sangat suci. Kadang2 kita akan sanggup korban apa sahaja, memberi tanpa syarat.

usrah is tarbiah
usrah is love
to love is to give
to love is to believe
to love is to tarbiah..

+++

Huu… syahida, sudahkan ikatan hati dalam usrah kamu sama seperti ansar dan muhajirin?

Kau lebih tahu. Jika tidak, baikilah diri dan orang lain.

Belajar dari sirah. Kan? kata nak ikut cara rasul.. takkan cakap ja…?so?

NAK TAK NAK JA… KAN?

No comments:

Post a Comment