Thursday, October 28, 2010

off to BALING

hihi. perlu ke bagitahu sinii?
eh...suke hatilah! blog siapa?

+++
off to Baling hari nihh..
sampai bila ? not sure lah, sampai exam la kutt...

+++

ekcely..
semalam dengan adik2 yang tersayang
mun, ika, syila, shahana, syakinah, zaf, che an~
kecuali dayah..ngee... >_<

kami membicarakan erti BAHAGIA. dan BAHAGIA itu adalah subjektif. relative. kan?

"hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan"

"KETAHUILAH DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI KAN MENJADI TENANG" -arRa'd : 28

+++

kaedah mencari BAHAGIA?

ada 7 semuanya. dan aku yakin.. adikku2 telah khatam semalam. heh heh.. ^_____^

di antaranya adalah......

"sentiasa mencari peluang berbuat baik"
~berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan IKHLAS, dan mengharapkan PAHALA daripada ALLAH akan memberi ketenangan hati...

firmanNya bermaksud :
"tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan2 mereka kecuali daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. barang siapa melakukan hal itu kerana mengharap keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan pahala yang besar.."
surah anNisa' : 114

+++

maka.. akan ku sampai ke Baling. insyaAllah
pulang ke kampung. mencari keredhaan mereka dan keredhaanNya..
"berbuat baik terhadap makhluk"
^________^
hohoo... atau erti kata lain adalah (ayat skema mun)..
i miss my parent!

Rabbighfrli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira..
aminnn..

+++
belakang rumah.. sungguh cantik kan? say. SUBHANALLAH. kerana itu.. maka...
OFF TO BALING

Wednesday, October 27, 2010

Rahsianya adalah pada ISTIQOMAH

>>>>>>>>>>Dirimu itu terlalu mahal adikku. Untuk mendapatkan diri kamu seorang, berjuta jam manusia telah abeskan buatmu, beribu wang dihabiskan buat kami, bergelen air mata bergenang kerana kamu. Kerana itu, aku terpaksa aku katakan perkara ini:

‘aku tak risau jika kau tak melahirkan pewaris di bumi dakwah ini, namun aku cukup risau,jika kamu tak mampu istiqamah atas jalan dakwah ini, takkan mampu tsabat jika kamu berhadapan dengan keadaan cabaran tarbiyah yang lebih dahsyat dari ini.
Dirimu lebih aku sayangi daripada pewaris dakwah yang baru kamu cetak itu. Kerana keberadaan dan istiqamahnya kamu di atas jalan dakwah ini lebih bermakna bagi kami semua dalam jemaah ini berbanding dengan ratusan mad’u kamu bina, namun takkan pasti akan bersama dengan kita kelak.

Mentajmik manusia, dan mentarbiyah mereka adalah tarbiyah paling besar buat kita. Dari situ kita merasai makna, dari situ kita merasai cinta, dari situ kita belajar banyak perkara.
Namun tidak akan sama dengan usaha kita melengkapkan diri kita dengan muwasafat dan bekalan ilmu dan fikrah yang ada. Dan ini semua takkan didapati tanpa adanya tarbiyah.
Dakwah ini memerlukan nafas yang panjang. kita mahu tsabat dan kekalkan kaki kita di atas jalan dakwah ini hingga kita masuk syurgaNya. perjalanan kita masih jauh dan ramai lagi manusia akan kita temui.

nak tak nak, kita perlu selamatkan diri kita sebelum manusia lain.
aku tahu kau mengatakan dirimu ok. Aku tahu kau merasai keseorangan dalam menbincangkan masalah dakwahmu, dan kau amat struggle dalam tarbiyahmu,.
tapi di situ masih ada sebuah lilin yang takkan pernah padam. Dan lilin itulah lilin harapan. Selagi mana kau masih berharap, dan positif bahawa setiap masalah pasti ada penyelesainnya, iAllah akan kau temui lilin harapan di situ.

Berusahalah adikku untuk mencari tarbiyah itu. Jangan kau bandingkan dirimu dan aku. Dalam usia dakwahmu yang muda, terlalu banyak perlu kau pelajari,banyak perlu kau dengari dan tahu dari manusia lain.

Dalam menyediakan pelapis kita, mantapkan juga diri kita. Jika usrah kita tak berjalan, carilah majlis ilmu, bergurulah dengan akak2 dan syeikh yang kita kenali. Sentiasalah muhasabah naqibah kita. Sentiasa berbincang dengan masulah kita.

Dan sentiasa berdoa kepada Allah.. Betul, mendengar mp3, membaca buku, membaca quran dan beramal itu bekalan, namun, tidak dapat tidak, kau perlu juga mendapat sentuhan tarbiyah itu. Sentuhan seorang murabbi kepada mutarabbinya.

Harga istiqamah itu amat mahal sekali. dan aku takut kau akan kepenatan di tengah jalan dalam beramal, dan kau menjadi selesa dngan keadaanmu, puas dengan tarbiyah yang miliki, seleasa dengan tak berjalan pun tarbiyah, tanpa kau peduli untuk memperjuangkannya lagi.<<<<<<<<<< *dari mula sampai habis.. baca sini!*

+++

fikir2kan wahai diri yang dhaif.. yang mengharap kesempurnaan namun tidak sempurna...
duhai diri..
mampukah istiqomah?
dan aku masih baru.
masih samar.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

+++
ekcely. berFB dgn sahabatku.. katanya ISTIQOMAH..

pss.. mudah2an bermanfaat untuk semua~ pada diriku, pada dirimu..
^__________^
nak tunggu baik, bila?
nak tunggu free, bila?

dan aku...

"itulah yang paling susah sekali...."


Allahumma thabbit qulubana..

Sunday, October 24, 2010

Boleh ku curi hatimu..?

Akan ku curi hatimu dengan izin Allah..
Akan ku sayangi hati itu..

dan akan ku pastikan dalam doakan tidak tertinggal memohon kepada Allah..

agar hati itu sentiasa dalam keadaan tenang dengan sentiasa zikrullah,
bersih dengan ilmu-ilmu Islam,
dibajai dengan ukhuwwahfillah,

dan disuburi dengan husnuzhon kepada orang lain..

moga hati itu akan membuahkanmu peribadi Muslim yang unggul..

indahnya ukhuwwah ini,

dikala lupa ada yang mengingati,

dikala tersilap ada yang menasihati,

di dunia jasad dan hatinya menemani,
di kubur nanti pasti, doanya mengiringi.
kita tidak mencari sekelumit redha manusia,
yang kita cari seinfiniti redha Allah,

moga hidupmu sentiasa diberkati Allah..

salam ingatan buat ukhtiku sayang..
ukhwah 4eva ;-)


+++

aku dapat mesej ni petang tadi..
dari seorang yang aku sayangi~ aku sayangi seperti mereka yang lain, yang dulu, kini dan selamanya akan ku sayangi..
kemudian..air mataku bergenang. terharu...

anis, shera, tika, alya, aisah, kimah dan tyra...
~a bright day with them. sungguhhh hepiiiii.. hilang semua masalah~
i love u all...

^_^

boleh aku curi hatimu dengan izin Allah?
boleh aku sayangi hatimu?


*heh..mintak izin dulu~*

Saturday, October 23, 2010

Belajar dari OMBAK ^_^

Erm.. bosan kut pagi nihh.. *ni lah aku..tak boleh duduk diam* ^_^

Baring2 atas katil. Lagi lah bosannn…. Baca buku? Ngee~ japg lah kut.

Basuh baju.. japgilah kut~ sejuk air pagi2 ni..

Then.. belek handphone. Bukaklah lagu tu lagu ni..

Tiba2 bunyi lagu ni~ *dengan tiba2, jiwa pagi yang bersih ni..maka semangat tiba2*

Dan juga. Aku terkenang daurah murabbi hari tu~ ngeh2..

+++

Gelombang Keadilan_Shoutul Harakah_

Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah dinanti

Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Tuk tumbangkan segala kezhaliman

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat surga

+++

Sabarlah..Allah sedang melihatmu..

Janganlah..Engkau tinggalkan usaha agamamu.. biarpun ibarat menggenggam bara api..

sabarlah..menunggu hari yang pasti..

janganlah..engkau berbalik hati.. tunggulah.. harapanmu yang tinggi.. mengejar cinta yang pasti. Untuk Tuhan yang Ilahi..

Janganlah.. Engkau kejar dunia yang sementara, yang engkau akan tinggalkan. Mungkin sekarang, esok atau bila2 masa.

Tapi..usahakanlah yang pasti. Akhirat yang kekal abadi..

ingatlah..Tuhanmu tidak melihat pada rupa dan hartamu.. sesungguhnya Dia melihatkan hatimu..iman yang sempurna kepadaNya..

+++

Aku sedar. Mahu berada di jalan ini, atas pilihan kita. Mahu teruskan atau berpaling.

Apa yang penting. Untuk aku dan kita semua.

Hari ini.. kita ada dua pilihan. Selepas subuh..sama ada mahu terus tidur atau bangun dan buat kerja2 harian Muslim.

Hari ini, kita buka almari baju.. kita pilih nak pakai baju biru atau pink *kut..hihi* - kamu senyum ya bila sebut pink?-

Hari ini, kita pilih.. mahu buat apa..

Inilah kehidupan. Ada jihadnya. Mujahadah~ begitu jualah perjuangan~

Membina perjuangan bukan dari semangat. Kalau didasari semangat semata2.. itu hanya taksub kepada fikrah mahupun jemaah.

bercakap sana sini, menulis sana sini.. lalu, kalau semangat semata2?

Tapi sekiranya membina perjuangan dari jiwa.. wahhh..itulah yang sebenar2nya kan?

Maka ketahuilah. Semangat hanya akan membawa diri kita sebelah kaki kita dalam kegembiraan..

Tapi kalau jiwa yang dikuatkan.. kedua2 kaki kita dalam penderitaann..

Lalu, tanyalah diri kita.. syurga itu harganya apa?

+++

ceh.. syahida. suda semangat kan?

jom!

p mana?

mulakan hari dengan rutin lah~

sarapan, mandi, basuh baju.. maka turun ke padang...

teringat pulak tulisan sahabatku dalam i-IMPI ^_^ semuanya tanggungjwab ^_^

*aku cukup tak suka LAUT. sebab OMBAK yang cukup besar~ aku takut aku LEMAS. sungguh. aku fobia pada AIR. sebab tu..aku cuak bila Bina Insan Guru(BIG). ngee~ ngeri kut!! kemudian.. rupa2nya aku sedar HIDUP ni macam LAUT jugaklah~ sebab ada OMBAK. ada keTAKUTan.. mungkin lemas atau tidak. tapi.. boleh SELAMATkan kehidupan ini dengan belajar 'BERENANG'. kan??


so - berenang itu disimbolikkan dengan apa?? hoohoo~ maka jawapannya adalah IMAN, KEKUATAN JIWA.. bukan SEMANGAT semata2. kalau SEMANGAT semata2, terus kita gopoh2 nak masuk LAUT inii kan? terus LEMAS. dan mungkin tak boleh diSELAMATkan.. maka hadirkan berSAMA2 KEKUATAN JIWA.

aku ulang ya.. aku kata hadirkan berSAMA2. maksudnya dua2 ada.. bukan pada hanya semangat semata2... faham x niii?

*lemas yang boleh diselamatkan..hihi*

Friday, October 22, 2010

Khusus buat Du'at Muda Generasi Y - kalian adalah MASA DEPAN dakwah ini!

Salam


Khusus kunukilkan coretan ini, istimewa buat setiap seorang anak mudaku yang berusia 30 tahun ke bawah - yang telah berjanji setia dengan Allah SWT untuk mewakafkan jiwa dan raga buat satu perjuangan yang hebat dan agung, demi DAKWAH - menyeru, memanggil, menyantuni, memujuk dan menunjuk, mendampingi, membelai, merayu - apapun jua kata buatnya, :

  • agar manusia hamba ini kembali menghayati asal maksud penciptaannya oleh Rabb yang Maha Segalanya!
  • agar insan sedar, adalah lebih MUDAH untuk patuh dan menuruti setiap perintah Allah, dari melalui setiap KEPAYAHAN dan KESUKARAN cuba melawan fitrah dan berlagak sombong, bongkak dan takabbur terhadap Allah.
  • mudah-mudahan kehidupan kita semua menjadi lebih sejahtera, bila nilai dan keutamaan ditumpahkan kepada mencari redha Allah dan bukan sanjungan manusia
Kalian digelar Generasi Y - lantaran banyak sebabnya - kalian dibentuk dalam sebuah dunia yang mengecil sempadan geografi, masa dan batasannya. Kalian dilahirkan dan dibesarkan oleh Generasi Boomer & GenX yang begitu `protective', menyanjungi dan menghargai kalian dari dalam rahim, sewaktu mula melangkah, masuk ke tadika, ke alam sekolah hinggalah ke menara gading! Kekadang - kalian jadi bingung melihat gelagat Gen X dan Boomers di sekeliling kalian, mengapa seperti disanjung, namun kerap jua rasa tersingkir dan tersisih.
Mengapa rasa seperti disayangi, namun masih tidak dipercayai? Kenapa diminta bersuara, hanya untuk disangkal dan diminta diam semula?

Anak-anakku, para du'at muda,
Semangat dan kudrat kalian memang hebat. Optimisme kalianlah yang memberi nafas baru buat medan ini. Inovasi dakwah menjadi identiti kalian. Kalian berlari sepantas kilat, hampir kami yang sudah separuh abad ini, tercungap-cungap nak try to `catch up'.
Gandingan kita memang pasti mencetus sesuatu yang `phenomenal', InsyaAllah. Namun, ianya mesti diasaskan kepada suatu kesimbangan yang mantap.

Anak-anakku, berlarilah - jangan bimbang kami yang di sini. Jangan sekali rasa terjerat atau terperangkap, kerana kalianlah yang lebih tahu mengenai dunia kalian. Namun, jangan lupa, kemudaan kalian menyebabkan kematangan masih perlu dibina.

Para senior dakwah, kalian juga jangan tersentak dan terkejut melihat kelantangan mereka. Anak-anak ini masa depan dakwah kita. Ayuh kita sisipkan doa dan titipkan bekalan yang mantap - agar mereka bersiap siaga menempuh sejarah zaman mereka.

Anak-anakku, para du'at muda,
I HEAR YOU, I HEAR YOU......InsyaAllah, kembangkanlah sayapmu, terbanglah tinggi. Dr.Har yakin, hanya Allah SWT yang mampu membimbing kita sebaik-baiknya... Kenang Dr.Har dalam doa rabitah kalian, sepanjang masa.

Yang menyayangi,
Dr.Har


+++
terkedu membaca tulisannya~

moga kita semua beroleh sesuatu..

Tuesday, October 19, 2010

.::. Mak .::.

kata seseorang "seCINTA mana pun seorang lelaki terhadap seorang wanita, di hatinya tetap seorang IBU" ~

kataku "hanya ada IBU BAPA yang SAYANG, CINTA dan TERIMA kita sepenuh hati tanpa syarat"

hayatilah bersama... ringkas. tapi.. ketahuilah IBU adalah insan mulia di hati aku dan kau!

+++


rindu mak yang tera
mat sangat. namun aku tahu mak mesti inginkan aku menjadi anak bongsu yang kuat walau sangat manjaa..

wahai insan kekasih
hati.
di hatiku hanya dirimu. tiada dua. tiga apatahlagi.

ku titipkan doa buamu..agar engkau bahagia.. kerana syurgamu adalah syurgaku...

mak..
terima kasih..

kerana mengandungkanku selama 9 bulan lamanya.
terima kasih..
kerana membawaku
ke mana2 saja di dalam rahim, tersemat rahimNya. subhanallah.

mak..
terima kasih..

atas kelahiranku. atas kesudianmu. atas penggadaian nyawamu.

mak..
terima kasih..
atas susuanmu..

halalkan segalanya makk...

mak..
terima kasih...
atas didikanmu..

atas kesabaranmu..

mak..

terima kasih..
atas Cintamu yang tiada syarat.
atas pengorbanan
mu.
segala2nya.

ya Rabb.. damaikan hatinya, kurniakan syurgaMu ya Allah! aminn..
satu tiada dua!

Saturday, October 16, 2010

Degil.

Kata abang aku. Aku degil. Katanya degil bukan yang buruk. Tapi kalau inginkan sesuatu akan dapatkannya selagi bolehh. Dan itu mungkinlah dikenali sebagaiiiii nekad. Kut? *yela tuuuu*

Degil ni ada baik, ada buruknya. Kadang2 degil sikap kita untuk pertahankan agama, pendirian itu baguss… tapi kalau degil yang menyakitkan hati orang, itu yang tak bagus.. buruk.

Sebab~ adakala.. orang yang kelemahan dia adalah mengalah akan tertindas. Yang diam terus diam, yang diam terus mengalah. Sampai satu saat, semua itu menjadi sungguh booosaannnn. Dan boosaaan. Bahkan menjadi terlampau bosannn.. Tapi..

Mengalah bukan bererti kalah. Ia cuma lambang kesabaran.

Orang selalu cakap. Orang yang nampak ganas ni hakikatnya hati dia lembut. Orang yang nampak halus ni hati dia keras. No wonder lah ramai yang degil2 walau cakap macam boleh cairkan hati orang. Hampeh jugaklah! So.sekiranya lelaki yang baca entry ni... Aku nak warn awal2. Don’t judge a book by its cover. Perempuan sekarang banyak hipokrit. Depan ayu, belakang. Fuhh.. dasat~ hah~ sama lah macam lelaki pun. 2x5. Arghh…yang penting hati mau baik..

Berbalik kepada degil. Tak kesian ke dengan orang yang selalu mengalah? Ya! Simple thing je.. tapi yang simple tu mampu membuatkan orang menjadi sangat geramm dengan kita, menjadi sungguh bosann..

Oh diriku, sentiasalah ingat tips2 mak eh eh. Mak tak suka orang degil, orang melawan~ so..mengalah itu lebih baik walau ia sungguh menyakitkannn… ya lah! Orang mengalah ni sudah berkorban, mungkin korbankan kehendak dia sendiri. Siapa tahu kan?? Terpaksa mengalah untuk menjaga sebuah ikatan. Walau hanya sebagai kawan..

Dan ingatlah.. bersabar itu kunci kehidupan ni.

Biarlah mereka dengan dunia degil mereka. hidup takkan ke mana kalau asyik berdegil.

Mungkin jugaklah~ ramai pasangan yang berkahwin bermasalah atau bercerai sebab kurangnya tolak ansur, kata abang aku, tolak ansur kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. So. Bermulalah bertolak ansur dengan kawan dahulu. Kemudian setle kawan baru boleh kawin. Ape ingat kawin ni senang semudah akad? Huh huh. Kalau degil dengan kawan, tak hairanlah.. dengan suami@isteri pun sama.

Haa.. dah tazkirah BM walau belom BM. Ngeh2.

Hm.. aku cadangkan, kita semua kembali muhasabah diri. Degilkah kita? Adakah menyakitkan hati orang?

Apapun. DEGIL lah bertempat. Jangan semua perkara asyik biarkan orang mengalah dengan kita. Kadang2 orang terlampau diam dan mengalah akan mengundang gelojak hati yang sangat serius.

free from DEGIL yang tak bagus. buang semuanya~

Wallau’alam~


pss...aku tulis pasal degil ni..sebab ingat ape yang MAK aku pesan... i miss my mom! dan setiap kali aku rindu dia.. aku mesti ingat semua nasihat2 dia.. termasuklah "jangan DEGIL ya ida?"

Friday, October 15, 2010

Kembali_Tashiru

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan dalam Ujian

+++
loveeeeee.. suka lagu yang bermotivasi begini! maka, apa yang kita suka, kena share kan?

katakanlah ia adalah milik Allah...
ujian untuk meneguhkan, bukan untuk menjatuhkan~

pohonlah kekuatan dari Ny~ pertolonganNya~ ada cintaNya yang akan hadir bersama.

Allah, Alhamdulillah~

Thursday, October 14, 2010

10.10.10

Hari yang lapang~

Dan hari itu.. mengisi cuti dengan usrah. Dan syafakillah buat k.su – walau sakit, tapi tetap setia menjadi naqibah~

Hari itu tersimpan pelbagai ragam manusia. Erhmm..bukan hari ni ja, tapi setiap hari.

Ada orang..mungkin tengah seronok dengan kenangan manis, ada orang mungkin tengah bahagia dengan perkahwinan mereka pada tarikh yang cantik dan ada orang mungkin sedang berduka.

Aku? Bersyukur.

Hidup selama 22 tahun pada 26 April lalu.

Dan hari itu. mengisi jiwa dengan makanannya.

Hairan. Perut terisi tak pernah henti, tapi ruh, cukup2lah dengan satu dua makanan. Ohh..hati oh hati..

+++

Sebagai MC usrah hari itu..

Start dengan al-fatihah. Dan sedikit tentang sirah~ ngeh..passion kepada sirah~

Aku sekadar berkongsi apa yang ku baca.. untuk mereka dan hari ini, menulis di blog.

+++

Bilakah jatuhnya khilafah? 3 Mac 1924.

Selepas kewafatan Rasulullah, wujudnya era khulafa’ arRasyidin, wujudnya Umayyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyah. Ahh..tu belum lagi memasukkan Fatimiyyah dan sebagainya.

Hairan kan? Bermula di Mekah, Madinah, kemudian ke Iraq, dan akhirnya ke Turki. Sedangkan tempat tersebut adalah berbeza budaya, adat, geografi dan sebagainya. Ye laaahh.. Turki kan hampir2 benua Eropah dah? Tentuulahh jauh dari Mekah asalnya Islam bermula di situ. Kan? *cuba fikir sesaat, betapa bezanya jarak antara dua tu?* fikirlah! Menjadi Muslim kena rajin!

Kenapa ya? – jawapannya? Cuma satu. Kerana mereka MAHU Islam. Mahu gerak kerja dakwah dan tarbiah. Kan? Dan Allah akan bagi kepada mereka yang MAHU. Kepada mereka yang liat? Ehemm..cuba fikir2kan. Kepada mereka yang bermalas2an dengan Islam.. cuba renung2kan.

Allah bagi apa sahaja..asalkan kita MAHU. Dan sebenarnya, masa usrah tu, aku tertarik dengan statement k.su – hidup kita bukan untuk diri kita sahaja - hah~ so, tepatlah dengan apa yang aku rasa sebelum ni. Hidup kita indah bila hidup kita bukan sekadar untuk diri kita.

Hakikatnya, aku tak rasa pun aku layak untuk buat kerja2 Islam dan terlibat dengan gerak kerja ni. Memandangkan ilmu tak banyak, akhlak pun tak sempurna, hati pun tak suci, ibadah pun lintang pukang. Tapi sekurang2nya aku.. masih sedar, yang kita nak masuk syurga, bukan sorang2. Kena ajak orang lain jugak. Dan.. belajar agama kalau tak aplikasi macam pelik je. Pelik ke? Taklah, Cuma ilmu tak amal. Ilmu kalau tak amal? Hurm..aku tak nafikan ilmu ape sangatlahh yang dapat dalam kuliah ni. Tapi sekurang2nya kita perlu MAHU. Aku ulang ya. Kita PERLU. Nak tak nak. Itulah dia. Sebabnya nanti nak masuk dalam masyarakat, etlis aku ada persiapan dan ada SESUATU yang perlu dilakukan. Kata k.’Aisyah - buat SESUATU dalam masyarakat masa posting nanti walau SEORANG? Heh.. nak berDUA boleyy? ^_^

Dan bila aku tanyakan kepada mereka, pada tarikh yang cukup cantik ini, kenapa kita di sini? Kerana kita MAHUkannya. Kan? Sambut temanku Syazana “Alhamdulillah!”

+++

Selesai usrah..

Aku berkongsi sesuatu dengan mereka.

Aku begitu bersemangat sebenarnya apabila membaca statement dalam buku Ahmad Yahya tu..

Yang mafhumnya begini. Suatu hari nanti, kita akan bangkit, kita bukan merampas hak sesiapa. Kita Cuma mendapatkan kembali hak kita dan sejarah yang telah disembunyikan oleh ‘mereka’

Hurm.. wahai kengkawan. Islam nak bangun dulu pun susah. Ada darah yang dikorbankan. Ada jiwa yang dibeliNya.

Sekarang.. jahiliyyah moden, adalah sama dengan jahiliyyah dahulu. Maka.. Islam datang bermula dengan tarbiah individu.

Ya..sungguh sakit untuk bangun sekarang. Kerana kita telah kembali kepada era Rasulullah dahulu. Maka, dari graf negative Islam, maka.. gerak kerja kita perlu sama dengan Rasulullah.

Susah kan?

Tak apalah~ yang susah tu SYURGA.

+++

Emm.. so? NAK ke TAK NAK?

Jadi.. perlu MALASkah syahida? – aha.. tahu jawapannya kan?

Jom khatam ‘Kejatuhan Tamadun Islam’ – nipis je..

Opss..boring ya? Taklah! Kalaulah kita tahu sejarah kita yang sebenar.. diingatkan ya~ sejarah kita banyak dipalsukan~ maka..jom kita mencari kebenarannya. Baru kita bersemangat! Sebab yang kamu tak minat sirah ni.. sebab dah dimindset oleh secular – sebab dan dimindset dengan sejarah2 yang tipu belaka~ hah~ sebab tu lah bosan.

dan diingatkan. Aku pantang bila ada orang kata ‘bosan dengan sirah’

Kalau tak nak disyarah panjang2. Jom buka buku baca~ *tiada unsur paksaan di sini* JOM2! *_*


LAMPIRAN

ni k.su dalam tudung merah. dan k,eryn di sebelahnya~

dan ini.. k.Aisyah, di sebelah kirinya CT dan A'idahmaka... di mana aku? huh...