Thursday, October 14, 2010

10.10.10

Hari yang lapang~

Dan hari itu.. mengisi cuti dengan usrah. Dan syafakillah buat k.su – walau sakit, tapi tetap setia menjadi naqibah~

Hari itu tersimpan pelbagai ragam manusia. Erhmm..bukan hari ni ja, tapi setiap hari.

Ada orang..mungkin tengah seronok dengan kenangan manis, ada orang mungkin tengah bahagia dengan perkahwinan mereka pada tarikh yang cantik dan ada orang mungkin sedang berduka.

Aku? Bersyukur.

Hidup selama 22 tahun pada 26 April lalu.

Dan hari itu. mengisi jiwa dengan makanannya.

Hairan. Perut terisi tak pernah henti, tapi ruh, cukup2lah dengan satu dua makanan. Ohh..hati oh hati..

+++

Sebagai MC usrah hari itu..

Start dengan al-fatihah. Dan sedikit tentang sirah~ ngeh..passion kepada sirah~

Aku sekadar berkongsi apa yang ku baca.. untuk mereka dan hari ini, menulis di blog.

+++

Bilakah jatuhnya khilafah? 3 Mac 1924.

Selepas kewafatan Rasulullah, wujudnya era khulafa’ arRasyidin, wujudnya Umayyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyah. Ahh..tu belum lagi memasukkan Fatimiyyah dan sebagainya.

Hairan kan? Bermula di Mekah, Madinah, kemudian ke Iraq, dan akhirnya ke Turki. Sedangkan tempat tersebut adalah berbeza budaya, adat, geografi dan sebagainya. Ye laaahh.. Turki kan hampir2 benua Eropah dah? Tentuulahh jauh dari Mekah asalnya Islam bermula di situ. Kan? *cuba fikir sesaat, betapa bezanya jarak antara dua tu?* fikirlah! Menjadi Muslim kena rajin!

Kenapa ya? – jawapannya? Cuma satu. Kerana mereka MAHU Islam. Mahu gerak kerja dakwah dan tarbiah. Kan? Dan Allah akan bagi kepada mereka yang MAHU. Kepada mereka yang liat? Ehemm..cuba fikir2kan. Kepada mereka yang bermalas2an dengan Islam.. cuba renung2kan.

Allah bagi apa sahaja..asalkan kita MAHU. Dan sebenarnya, masa usrah tu, aku tertarik dengan statement k.su – hidup kita bukan untuk diri kita sahaja - hah~ so, tepatlah dengan apa yang aku rasa sebelum ni. Hidup kita indah bila hidup kita bukan sekadar untuk diri kita.

Hakikatnya, aku tak rasa pun aku layak untuk buat kerja2 Islam dan terlibat dengan gerak kerja ni. Memandangkan ilmu tak banyak, akhlak pun tak sempurna, hati pun tak suci, ibadah pun lintang pukang. Tapi sekurang2nya aku.. masih sedar, yang kita nak masuk syurga, bukan sorang2. Kena ajak orang lain jugak. Dan.. belajar agama kalau tak aplikasi macam pelik je. Pelik ke? Taklah, Cuma ilmu tak amal. Ilmu kalau tak amal? Hurm..aku tak nafikan ilmu ape sangatlahh yang dapat dalam kuliah ni. Tapi sekurang2nya kita perlu MAHU. Aku ulang ya. Kita PERLU. Nak tak nak. Itulah dia. Sebabnya nanti nak masuk dalam masyarakat, etlis aku ada persiapan dan ada SESUATU yang perlu dilakukan. Kata k.’Aisyah - buat SESUATU dalam masyarakat masa posting nanti walau SEORANG? Heh.. nak berDUA boleyy? ^_^

Dan bila aku tanyakan kepada mereka, pada tarikh yang cukup cantik ini, kenapa kita di sini? Kerana kita MAHUkannya. Kan? Sambut temanku Syazana “Alhamdulillah!”

+++

Selesai usrah..

Aku berkongsi sesuatu dengan mereka.

Aku begitu bersemangat sebenarnya apabila membaca statement dalam buku Ahmad Yahya tu..

Yang mafhumnya begini. Suatu hari nanti, kita akan bangkit, kita bukan merampas hak sesiapa. Kita Cuma mendapatkan kembali hak kita dan sejarah yang telah disembunyikan oleh ‘mereka’

Hurm.. wahai kengkawan. Islam nak bangun dulu pun susah. Ada darah yang dikorbankan. Ada jiwa yang dibeliNya.

Sekarang.. jahiliyyah moden, adalah sama dengan jahiliyyah dahulu. Maka.. Islam datang bermula dengan tarbiah individu.

Ya..sungguh sakit untuk bangun sekarang. Kerana kita telah kembali kepada era Rasulullah dahulu. Maka, dari graf negative Islam, maka.. gerak kerja kita perlu sama dengan Rasulullah.

Susah kan?

Tak apalah~ yang susah tu SYURGA.

+++

Emm.. so? NAK ke TAK NAK?

Jadi.. perlu MALASkah syahida? – aha.. tahu jawapannya kan?

Jom khatam ‘Kejatuhan Tamadun Islam’ – nipis je..

Opss..boring ya? Taklah! Kalaulah kita tahu sejarah kita yang sebenar.. diingatkan ya~ sejarah kita banyak dipalsukan~ maka..jom kita mencari kebenarannya. Baru kita bersemangat! Sebab yang kamu tak minat sirah ni.. sebab dah dimindset oleh secular – sebab dan dimindset dengan sejarah2 yang tipu belaka~ hah~ sebab tu lah bosan.

dan diingatkan. Aku pantang bila ada orang kata ‘bosan dengan sirah’

Kalau tak nak disyarah panjang2. Jom buka buku baca~ *tiada unsur paksaan di sini* JOM2! *_*


LAMPIRAN

ni k.su dalam tudung merah. dan k,eryn di sebelahnya~

dan ini.. k.Aisyah, di sebelah kirinya CT dan A'idahmaka... di mana aku? huh...

No comments:

Post a Comment