Saturday, October 9, 2010

Bersama kesulitan ada kemudahan

Dedikasi buat seorang teman..

Setelah lapar ada kenyang,
Setelah haus ada kepuasan,
Setelah berjaga ada tidur yang lena,
Dan setelah sakit ada kesembuhan,
Setiap yang hilang pasti ditemui

Dalam kesesatan akan datang petunjuk..
Dalam kesulitan ada kemudahan..
Dan setiap kegelapan akan terang benderang..

Al-Maidah : 52 :
"mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya"

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang.. mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah..

Khabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa..pertolongan akan datang secepat kepantasan cahaya dan kerdipan mata..

Khabarkan juga kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba..

Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas,
Ketahuilah bahawa di balik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan..
Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahulah bahawa tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman,
Ketakutan akan berakhir dengan rasa aman,
Dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian..
Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas dan pada situasi yang (mungkin) sangat kelam,
Umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan, dan keputus asaan dalam hidup mereka,

Itu kerana mereka hanya menatap dinding-dinding kamar dan pintu-pintu rumah mereka,
Padahal mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir
Dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya
Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkalpun..
Kerana setiap keadaan pasti berubah
Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar

Walaupun hari demi hari akan terus bergilir
Tahun demi tahun akan selalu berganti
Malam demi malam pun datang silih berganti

Maka demikian yang ghaib akan tetap tersembunyi
Dan yang maha bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya
Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua..

An-naml : 40 :

“ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”

“ketika menerima sesuatu yang buruk, ingatlah saat-saat ketika kita menerima yang baik”



Allah always be there. Always!
“what sometimes appears to be the end is really a NEW beginning"

Aku hanya mahukan agar engkau mendapat kekuatan darinya. Dan dari Allah semestinya!

~LA TAHZAN : DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI~

No comments:

Post a Comment